Saya terpanggil untuk berkongsi tentang hasrat yang dipacu oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia yang mahu melihat aspirasi untuk memperkasa pembelajaran para pelajar dengan mengintegrasi kaedah e-pembelajaran di setiap fakulti. Hasil laporan yang saya jana daripada i-folio menunjukkan jumlah tertinggi penggunaan i-folio khususnya untuk semester 2 2013-2014 merujuk kepada aspek forum posting, diikuti dengan jumlah kedua tertinggi adalah aktiviti memuat naik fail ke i-folio. Jumlah terendah penggunaan i-folio untuk tujuan P&P adalah merujuk kepada aspek tugasan (tasks) dan kuiz. Di bawah pula adalah graf keseluruhan penggunaan i-folio bermula dari semester 2 2011-2012 (di mana i-folio mula diperkenalkan) sehinggalah semester 2 2013-2014. Data bagi semester 3 adalah sifar kerana tiada semester 3 ditawarkan di fakulti pendidikan. Merujuk kepada tahap penggunaan yang boleh diaplikasi dalam e-pembelajaran sebagaimana tertera dalam rajah paling atas, kelihatan penggunaan platform i-folio secara keseluruhan telah mencapai ke Tahap 2. Namun demikin, kita masih memerlukan bukti tentang kreativiti dan kesungguhan para pensyarah menghasilkan sendiri bahan pengajaran yang sesuai untuk diintegrasi ke dalam sistem i-folio ini. Atau adakah pandangan para pensyarah kita tentang penggunaan i-folio semata-mata untuk memuat naik proforma, bahan bacaan, membuat pengumuman, atau forum semata-mata? Satu persoalan lain yang boleh dibangkitkan adalah sejauh mana kesedaran para pensyarah tentang keperluan mereka untuk menjana kemahiran agar dapat merealisasikan Tahap 3 dalam penggunaan i-folio itu.
Ada sebarang komen? :)
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
April 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |