Ramadhan kita sudah masuk ke 'trimester' yang kedua. Pantas sungguh hari-hari yang berlalu, tahu-tau kita sudah menjengah hari ke 11 dalam bulan mulia ini. Tadi saya sempat mendengar halwa telinga di IKIM fm melalaui slot Islam Itu Indah. Ustaz Pahrol bercakap tentang erti Ramadhan. Dua perkara penting yang dikupas adalah tentang bagaimana ibadat puasa ini bukan sahaja sebagai satu perintah daripada Allah, namun apa yang tersirat di sebalik ibadat ini adalah untuk mengukuhkan keimanan, rasa pengharapan kita terhadap keampunan Allah. Hati saya tersentuh apabila beliau turut mengaitkan tentang keyakinan seseorang terhadap janji syurga. Beliau membawa contoh kehidupan umat Islam di Palestine; sehingga ada ungkapan yang menyebut bahawa di Palestine, 'seseorang itu mungkin bersahur di dunia, tetapi berbuka di akhirat'. Hal ini rentetan daripada keadaan di bumi Palestine kini yang menerima hujanan peluru oleh puak musuh Islam yang durjana, lalu panggilan syahid itu boleh menjemput bila-bila masa. Namun kerana keyakinan akan janji Allah, mereka langsung tiada gentar.
Seharusnya kita tidak putus memanjat kesyukuran kepada rahmat dan nikmat Allah buat kita. Makan minum kita serba mencukupi di bulan Ramadhan, malah kadangkala melebihi daripada nikmat rezeki yang kita perolehi di bulan-bulan biasa. Pesanan buat diri sendiri dan semua: Berpada-padalah dalam menyediakan (atau membeli) juadah berbuka. Jangan sehingga makanan itu bersisa sia-sia. Jika godaan kecil ini pun kita tewas, bagaimana melalaui ibadat berpuasa ini dapat kita bentuk keyakinan dan keberanian untuk mencapai kunci ke pintu syurga? :(
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
March 2021
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |