Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin .. segala syukur dan puji bagi-nya juga.
Eidul Adha telah berlalu, menitipkan banyak pesanan buat hati. Di sebalik kegembiraan merayakan kedatangan hari mulia, dengan kemeriahan ibadah kurban di sana sini, ada sesuatu membuat rusuhnya hati. Barangkali, musibat yang diperturunkan kala jutaan hujjaj berkumpul di Tanah Suci membawa pesanan yang mendalam. Siapa sangka, musim kali ini banyak jiwa telah dijemput pulang. Segalanya memberi ingat tentang kepulangan kita kepada Pencipta. Namun beruntunglah mereka yang berpergian kala sedang menyahut lambaian Ilahi di tanah suci. Bagaimanakah pengakhiran kita kelak? Cukup bersediakah kita untuk dijemput? :( Tahun ini di atas sebab yang mendesak saya tidak dapat pulang beraya di kampung. Lalu buat pertama kalinya, saya berpeluang melaksanakan solat sunat Eidul Adha di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya. Tidak seperti acara solat terawih di sepanjang Ramadhan di mana jemaah lelaki dan wanita berkongsi lantai, kali ini semua jemaah wanita ditempatkan di tingkat atas. Menghampiri jam 8.25 pagi ruang penuh sesak. DI hadapan saya ada dua jemaah yang berbaju blaus, berkain polos serta bertudung lilit. Meski saya cuba untuk tidak memandang, namun kerana safnya betul-betul di hadapan mata, lalu sesekali pandangan saya menjamah juga. Mungkin ingin menjadi seperti jemaah wanita lain yang bersolat tanpa telekung - maka dua gadis itu saya lihat tidak mengenakan telekung - hanya apa yang disarung pada badan sahaja. Apabila semua bangkit untuk memulakan solat, sekali lagi saya terlihat susuk badan mereka terhidang di hadapan mata. Baju tidak menutup punggung; kain polos ketat mengikut bentuk; tudung senteng sebelah, serta lengan tidak menutup sepenuhnya sehingga ke pergelangan. Allah! Allah! Hati menggumam. Ah! Panorama di hadapan mata yang mengganggu tumpuan solat!! Sekadar renungan buat kita semua - para muslimat - haruskah perkara ini berlaku dalam masyarakat kita? Sayang sekali niat baik untuk mencari pahala solat sunat Eidul Adha tercemar dengan pelaksanaan yang tidak mengikut syariat. Apatah lagi ia menjadi punca hati orang lain berkata-kata. Jikalaupun kita bersetuju bahawa Islam itu mudah, janganlah hendaknya sesekali kita 'mengambil mudah' akan hukum aurat serta syarat sah solat. Kadang-kadang kita ini suka terikut-ikut. Namun, seharusnya kita reflek kembali adakah kita telah mengikut apa yang baik, adakah kita melaksanakan mengikut apa yang dibolehkan. Berfikirlah sebelum bertindak. Bertanyalah jika jahil. Dan bersyukurlah jika ada yang membantu dengan teguran yang baik. Kita ini manusia yang sering lupa. Lalu berpesan-pesanlah kita agar tidak tergelincir dari laluan yang hak. (Muhasabah dan titipan pesanan untuk diri sendiri juga yang seringkali terlupa dan lalai). Wallahu a'lam. Nota: Penghujung September yang padat ..!
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|