InsyaAllah tahun 2015 akan menyaksikan lebih banyak senarai kursus di bawah e-Learning Support Series dijalankan. Saya secara peribadi telah merancang beberapa siri bengkel yang mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua tenaga pengajar di fakulti. Seiring dengan kehendak Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) yang mengkehendaki kursus-kursus di fakulti memasukkan sekurang-kurangnya 30% element blended learning, saya kira langkah ini perlu diperluas di mana sokongan teknikal serta moral perlu diberi. Maka tanggunajawab itu terpundak ke atas bahu penyelaras e-pembelajaranlah nampaknya :)
Saya pernah berbual dengan seorang rakan dari sebuah IPTA lain tentang Blended Learning. Katanya, beliau dan rakan-rakan sebenarnya masih belum jelas tentang apa itu Blended Learning, Flipped Classroom dan MOOC. 'So what do you expect from us?' soalnya! (Hmm .. apa pula pandangan ahli FPEND tentang konsep-konsep ini?) ^___^
2 Comments
2/4/2015 03:50:38 pm
Dasar e-Pembelajaran Negara, maju jaya tu mate, boleh diteroka lagi. Betul katamu bukan semua pensyarah terdedah dengan e-learning tambah dengan perkembangan teknologi yg sangat pesat. Blended Learning? Flipped classroom? Nampaknya aku kena mengaji dengan mu, ada live streaming tak sesi mu nanti? Atau boleh upload ke youtube tu? hehe...Goodluck mate!
Reply
Fariza Khalid
2/4/2015 04:20:47 pm
Mate, betul tu .. kita tak boleh expect semua orang mahu ambil kisah tentang Blended Learning, Flipped Classroom atau MOOC ni. Kalau aku tidak duduk dalam bidang ni pun barangkali akupun tak aware pasal semua ni hehehe ..
Reply
Leave a Reply. |
Archives
November 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |