Cuti semester nan lepas sememangnya lebih pendek berbanding semester lalu. Maka tidak hairanlah saya seperti tercengang-cengang dengan pantasnya masa yang berlalu sehingga sedar-sedar pelajar baru (pascasiswazah) sudahpun mula mendaftar, serta pelajar-pelajar yang lain mula berbondong-bondong kembali ke kampus tercinta. Banyak status di Facebook pelajar saya yang memperlihatkan emosi berbelah bahagi mereka untuk kembali semula 'ke sekolah'. Rata-rata melahirkan rasa 'berat hati' untuk datang semula menadah ilmu, atau mungkin juga ada yang telah mula membayangkan peritnya bebanan untuk menyiapkan tugasan sebelum peperiksaan di hujung semester! Namun itulah kemanisan sebagai mahasiswa. Saya sendiri secara personal masih rindukan kehidupan sebegitu, serta bagaimana' zombie'nya diri ini kala minggu peperiksaan mula menjenguk tiba. Perpustakaan menjadi teman paling rapat yang didampingi hampir saban hari dari pagi hingga malam. Duh! Sungguh tepu tempurung kepala, namun sehabisnya peperiksaan, kala menerima slip keputusan hati sentiasa berbunga ria, lalu bersujudlah syukur dengan kurnia 'upah' hasil kerja keras yang tidak berbelah bahagi itu. Bermulanya semester baru, bermakna saya juga perlu membuka lembaran fail pengajaran yang baru. Meskipun beberapa subjek telah saya ajari pada semester-semester lepas, namun sebagai seorang yang sering menelaah karangan berkisar 'praxis practice' tentunya saya perlu melakukan beberapa penambahbaikan dalam pengajaran di setiap semester baru bermula. Lalu azam itu, perlu ditampilkan dengan iringan doa kepada Yang Haq, mudah-mudahan niat suci dipermudahkan pelaksanaannya kelak, ameen. Banyak agenda yang telah berlalu namun kerana kekangan masa yang sering merantai membuat minda beku untuk menulis. Malah, beberapa manuskrip yang dirancang masih terdampar sepi! Namun syukurlah beberapa perkara yang menjadi kewajipan kerja telah selamat dilangsaikan. Kursus Google Drive yang berlangsung minggu nan sudah sungguh memuaskan hati. Peserta kali ini lebih ramai daripada dua bengkel sebelum ini. Semuanya menunjukkan minat yang tidak berbelah bahagi untuk turut sama mendapat manfaat daripada Google Drive yang percuma itu. Terima kasih semua kepada yang hadir serta memberikan saranan untuk bengkel akan datang :) Karnival Inovasi (K-Novasi) Peringkat UKM juga telah diadakan pada 11-12 Februari yang lepas. Saya tidak melepaskan peluang untuk turut sama memeriahkan acara dengan menghantar dua poster untuk dipertandingkan. Mudah-mudahan semester baru membawa kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan kita :)
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|