Kala di usia di bangku sekolah menengah dahulu, saya tidak ketinggalan meminati beberapa baris lagu dendangan artis tempatan. Kadangkala, ketika rasa kantuk menyerang diri di bangku kelas, seringkali juga saya menconteng-conteng buku dengan nama kumpulan-kumpulan muzik yang menjadi kegemaran tika itu. Salah satunya tentulah kumpulan Ekamatra yang cukup popular dengan Pusara Lebuh Raya, Siapa di Hatimu dan Di sini Kasihku Abadi (sekadar menamakan beberapa contoh). Kadangkala juga, saya dan rakan di bangku sebelah, Na seringg menyanyi kecil sementara menunggu kelas seterusnya. Lucu mengenangkan kegilaan kala remaja. Namun itu dahulu. Usia remaja yang semakin jauh ditinggalkan, tetapi sentiasa membekas dalam ingatan. Zaman berubah, manusia pun mengalami tranformasi berbeza. Beberapa hari lepas, saya berkunjung ke toko buku kegemaran untuk mencari sedikit keperluan pejabat. Ketika asyik mencari itu-ini, telinga saya disajikan dengan alunan qasidah yang merdu sekali. Saya tidak perlu meneka suara siapa kerana suara mantan penyanyi Ekamatra itu memang dekat di hati (penggemar tegarlah kononnya!). Lalu saya terus ke rak CD, dan di baris paling hadapan saya terlihat nama Rahmat tertera pada kotak CD, lalu terus membayarnya di kaunter. Dahulu dan kini, tidak sama. Dahulu begitu, sekarang begini. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan perubahan ini. Sejak sekian lama, penghijrahan beliau ke genre berbeza sememangnya dalam pengetahuan saya cuma sebelum ini saya tiada kesempatan untuk memilik naskhah karya beliau. Maula Yasalli memuatkan lima alunan qasidah yang meruntun jiwa. Saya tidak menyesal memilikinya. Zaman berubah, kita juga harus berubah. Ayuh, isi diri dengan input yang positif. Jangan terlalu asyik dengan lagu-lagu yang tidak memberi makna kepada pembinaan dalaman diri.
Saya teringat analogi yang diberi oleh seorang rakan, bahawa hiburan itu ibarat makanan ringan. Sedap dimakan, namun tidak mengenyangkan. Habis satu, mahu lagi satu tetapi untuk jangka masa panjang, mudaratnya lebih banyak dari manfaat. Lalu yang mana menjadi pilihan .. mudah-mudahan Allah memandu jiwa kita menuju maghfirah-Nya selalu :)
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |