Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Menjana pemikiran reflektif 

6/10/2015

1 Comment

 
Bila direflek kembali, betapa lamanya saya tidak menulis. Bukan kerana tiada perkara yang hendak dikongsi tetapi seringkali kaki tangan bagai digari masa. Pantasnya waktu berlari, sedar-sedar semester sudah tiba ke penghujung. Saya menerima beberapa pesanan ringkas melalui Whatsapp dan emel daripada beberapa pelajar bertanyakan tips untuk soalan peperiksaan yang selang beberapa hari sahaja lagi. "What do you expect?" terjah saya dalam hati. Adakah begini budaya pelajar sekarang? Menghubungi pensyarah semata-mata untuk mencari tips soalan agar kerja belajar dipermudahkan? 

Beberapa minggu sudah, saya menghadiri Simposium Kesarjanaan dalam Pengajaran dan Pembelaajran; Inovasi dalam P&P sebagai memenuhi undangan untuk membentangkan hasil penyelidikan daripada geran PTS (Program Tindakan Strategik). Saya lalu memilih satu topik berkaitan pemikiran reflektif. 

Pemikiran reflektif merupakan satu istilah umum yang merujuk kepada aktivti intelek dan afektif di mana individu terbabit meneroka pengalaman sendiri yang akhirnya membawa kepada pemahaman serta apresiari baru tentang sesuatu konsep. Kemahiran pemikiran reflektif ini secara amnya melibatkan kebolehan seseorang individu itu berfikir pada aras tinggi. Satu trend yang saya kenalpasti berlaku dalam pengajian di univeristi, para pelajar sering sahaja diminta untuk menulis refleksi (sesetengah orang menggelarnya refleksi metakognitif). Namun, persoalannya, berapa ramaikah pensyarah yang membuat penilaian secara sistematik ke atas penulisan refleksi ini? Seringkali penulisan refleksi pelajar dikira dalam pemarkahan hanya berdasarkan ada atau tiadanya penulisan. Seringkalu juga, tugasan ini hanya dipandang pelajar sebagai tugasan untuk menulis kembali apa yang mereka lalui dalam setiap aktiviti berkaitan, tanpa menyedari akan hakikat pemikiran reflektif bukanlah sesuatu yang spontan, atau hanya sebagai laporan tentang apa yang berlaku. Ia harus merangkumi kesedaran mental pelajar tentang apa yang telah dipelajari, apa kelemahan yang hendak diperbaiki malah cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Hasil analisis yang dijalankan, saya mendapati peratus data untuk penulisan yang berbentuk non-reflective jauh lebih tinggi daripada penulisan di bawah kategori reflektif. Hal ini memberi satu gambaran tentang bagaimana pelajar kini berfikir - atau bagaimana mereka melihat proses pembelajaran secara 'sedar'. 

Picture
Ringkasan dapatan yang dibentangkan


Bukan mudah kiranya membina dan memupuk pemikiran reflektif ini kerana ia bukan sahaja melibatkan daya berfikir dan kemahuan untuk memperbaiki potensi diri, malah ia menuntut keterbukaan diri (self-disclosure) daripada individu terbabit. Lalu fahamlah saya bahawa banyak lagi perkara yang perlu saya fikirkan untuk aktiviti P&P akan datang demi memperluas peluang untuk para pelajar saya membina kemahiran reflektif ini! Afterall, it is what being a reflective practitioner is all about, I must say! 

Meneliti hakikat kehidupan ini, refleksi bukanlah sesuatu yang asing. Dalam istilah Bahasa Arabnya - muhasabah diri, merupakan paksi utama untuk seorang Muslim menganjak diri kepada tingkat yang lebih baik di sisi maha Khalik. Lalu, hal ini memberi peringatan pada diri bahawa nikmat akal diberi untuk berfikir, dan menilai. Lalu jika nikmat akal ini tidak mahu (baca: malas) digunakan pada cara yang sepatutnya, haruslah kita kekal pada takuk yang lama. 

 Ramadhan al-Mubarak is just around the corner .. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan senitasalah membuat refleksi diri ... :)

P/S: Buat para pelajar yang dikasihi .. SELAMAT BERJUANG DI DEWAN PEPERIKSAAN ..MOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK ANDA SEMUA! 
Picture
Picture
Picture
1 Comment
nor
2/3/2022 05:46:50 pm

Perkongsian yg sgt baik. Terima kasih

Reply



Leave a Reply.

    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding