2005 merupakan tahun di mana saya mula bertugas di Fakulti Pendidikan UKM setelah beberapa tahun bertugas di lapangan industri pendidikan. Bermula detik itu, saya melebarkan circle persahabatan bersama-sama pensyarah di fakulti dan tentunya oleh kerana saya merupakan tenaga pengajar yang baharu, maka sayalah antara yang termuda antara kesemua kakak-kakak yang ada.
Gambar di atas dirakam selepas acara Konvokesyen 2021 di DECTAR ketika makan tengahari. Dari kiri - Dr Khadijah aka Kak Kathy, Fariza aka saya :D, Dr Norshidah akak Kak Shidah, Prof Ruhizan aka Prof Ruhi, PM Dr Manisah aka kak Manih, dan PM Dr Azlin aka Kak Lin. Momen ini sengaja disimpan di sini kerana sewaktu menikmati hindangan nasi ayam yang tidak seberapa rasanya itu, kami membilang ahli yang bakal bergelar YB. Ternyata, hal itu membekas di jiwa. Tentunya sedih untuk melepaskan pemergian sahabat-sahabat saya yang banyak memberi kekuatan di waktu jatuh dan bangun ... Dalam tempoh dua tahun kurang lebih, kami bakal ditinggalkan oleh Dr Shidah, Dr Manih dan Dr Azlin :( Hilanglah geng makan tengahari dan teman berduka lara. Namun yang tinggal harus meneruskan kehidupan .. begitulah kitaran hidup kita yang bermula pasti berakhir .. namun begitu di saat catatan ini dibuat, ketika jemari mencatuk aksara hati ini dibalut rasa pilu membungkam. Indahnya persahabatan, ukhuwwah yang dibina namun perpisahan bukanlah satu titik pemisah yang mutlak. Namun selagi ada nyawa dan kudrat, selagi kukuhnya ingatan dan ikatan kami akan tetap bertemu lagi :)
0 Comments
Telah berlangsung beberapa purnama yang lalu namun seperti biasa, catatan tertunda! Bengkel Perancangan Strategik - sesuai dengan namanya menuntut pemikiran dan rasional agar selari dengan hala tuju UKMShape. Bengkel selama empat hari dihadiri oleh semua Ketua Projek dan ahli-ahlinya mengikut giliran penjadualan. Sebagai output, setiap projek perlu mengemukakan pembentangan bagi pelan strategik masing-masing sebagai batu asas dalam pelaksanaan dan pengoperasian. Sebagai salah satu project-based unit semenjak awal penubuhannya pada awal Januari 2021, ODL terus melangkah ke hadapan dengan pelbagai inisitaif bagi memastikan pengembangan dan pembangunan program dapat ditingkatkan. Syabas Yanti selaku Project Manager. Ada sesuatu yang menarik di sini. Lihatlah kreativiti mereka! Sarung tangan plastik yang dibekalkan semasa makan tengahari dijadikan bekas untuk menceduk jajan hehe ..
Maaf, catatan ini sudah terlebih dari basi. Namun kerana ini sahaja ruang yang ada untuk saya mencoret lalu hal ini perlu saya teruskan pengkisahannya.
Ya, kami kehilangannya. Instructional Designer pertama untuk Unit ODL - Sheril akhirnya meninggalkan UKM. Saya tidak mahu menghalang pemergiannya kerana pada hemat saya hijrah yang dilakukan adalah ke arah peningkatan profesionalism yang bermakna. Mudah-mudahan niat untuk menjadi seorang pensyarah yang penuh wibawa dan hikmah akan dapat digapai dengan jayanya! Saya juga mendoakan pada suatu hari kelak saya akan dapat bertemu dengan Dr. Sheril Syazwani! Begitu banyak baktinya buat ODL - satu program yang asing bagi kebanyakan orang khususnya di UKM ini namun kemasukan Sheril ke Pusat Kembangan Pendidikan bukanlah secara kebetulan. Proses temuduga yang berlangsung dari pagi hingga ke petang menuntut jawatankuasa pemilih (pada ketika itu dipengerusikan oleh mantan Pengarah PKP - Prof Norhamidi, dianggotai bersama oleh PM Dr Faidzul, saya, serta wakil dari Bendahari serta Jabatan Pendaftar) membuat pertimbangan yang teliti. Namun pengalaman yang berkait rapat dengan pengendalian LMS untuk program ODL akhirnya memancing kami untuk sebulat suara memilihnya sebagai calon pilihan. Alhamdulillah, beliau menerima tawaran lalu bermulalah perjalanan program ODL yang panjang lagi berliku. Unit ODL bertambah lagi keahliannya setelah Yanti, Pengurus Program melaporkan diri selang tidak lama selepas Sheril. Pada ketika itu kami bertiga bekerja rapat dalam hal-hal berkaitan ODL, disokong pula oleh Dr Faidzul dan Dr Zainol yang tidak jemu memerah otak untuk sama-sama mereka bentuk program ODL UKM yang julung-julung kalinya dibangunkan. Sebagai ID, tugas beliau banyak berkisar tentang penghasilan storyboard untuk bahan pembelajaran sokongan serta memberi penasihatan tentang penulisan modul bertulis kepada pakar kandungan yang terlibat. Ternyata pemergian Sheril yang belum diisi sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada keseluruhan perjalanan pembangunan program ODL. Mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya. Tarikh sasaran untuk memulakan program ODL pada Januari 2022 tidak tercapai jua kerana faktor-faktor di luar kawalan. Tarikh-tarikh mesyuarat yang ditangguh beberapa kali di peringkat UKM mahupun KPT antara sebab perancangan awal terpaksa dilupakan. Namun seperti yang saya katakan tadi, semua yang terjadi ada hikmahnya. Di saat-saat kami kehilangan seorang ID, tempoh persediaan secara tidak langsung menjadi lebih panjang, lalu ada lah ruang untuk bernafas alhamdulillah. Sheril, Saya rakamkan ucapan jutaan terima kasih buat Sheril di atas segala kepakaran yang dicurahkan serta komitmen yang tinggi yang telah ditunjukkan. Sheril merupakan seorang pekerja yang tahu skop tugasannya, tidak menunggu disuruh berkali-kali. Sekali arahan diberi, pasti akan siap. Inilah nilai profesionalisme yang harus diikuti oleh semua. Punctuality, accountability serta tidak culas/curi tulang dalam waktu bekerja, menjadikan beliau mempunyai status tersendiri di mata saya. Semoga Sheril gembira dan tenang di tempat kerja yang baharu. Jarak yang jauh bukanlah pemisah. Semoga akan ada ruang untuk kita berjumpa lagi di lain masa Insha Allah. Himpitan tugas di sepanjang minggu kadangkala menyebalkan fikir dan rasa lalu jemputan yang diterima untuk sama-sama meraikan Sambutan 100 Tahun SITC-MPSI-IPSI-UPSI merupakan satu momen yang perlu dihadiri. Sepagi di UPSI memberi sedikit ruang untuk minda bernafas seketika. Tahniah UPSI dan alumni-alumninya!
Stress will become our best buddy when things are not done correctly as they should be! I feel like shouting - "Wake me up when September ends!" really.
I have three theses to evaluate - one internal and two as an external reader. I have a grant proposal to be completed by the end of this week. Three modules for ODL (done it halfway through!). Two manuscripts for development letter (editorial work) and 3 manuscripts to review as a reviewer. Publication? Just forget about it... October is approaching very soon, but I haven't had time to complete the drafts since January this year :( Ah yes - not to mention a lined up of meetings! Wonder when all these will be over!!! This feeling is soo intense. To get a 'me time,' I had to flee here - my tiny room at the faculty. Turn on the diffuser with some citrus drops, speakers on with Spanish guitar (if you wonder what I am listening to right now, try this LINK Soothing to ears, serene to minds, isn't it?). Yes, a cup of Cappuccino will help wonders too! O Allah, please grant me the strength to endure all these obligations. Penstrukturan baharu bagi Pusat Kembangan Pendidikan memberi impak kepada beberapa bentuk perubahan, khususnya portfolio saya sendiri. Lantikan saya di PKP yang pada awalnya untuk mengisi keperluan khusus dalam pembangunan progam Open & Distance Learning telah melalui rombakan dalam kabinet di PKP dan ini menjadikan portfolio saya berkembang daripada Open & Distance Learning kepada Pengurusan Akademik & Pengembangan Program. Memang. Semakin berat tanggungjawab yang dipikul justeru tiga sub-bahagian di bawah penyeliaan saya menuntut komitmen kerja yang bukan sedikit. Namun, saya anggap ini sebagai satu amanah dan taklifan yang perlu ditangani dan dilaksanakan sebaiknya. Berhikmah dan berfikrah. Itulah cabaran yang perlu dijelmakan dalam semua bentuk tindak tanduk, pemikiran, komunikasi malah dalam mencapai sesuatu keputusan. Alhamdulillah perjumpaan ringkas sebagai tautan silaturahim antara semua ahli di bawah Pengurusan Akademik & Pembangunan Program akhirnya berjaya dijalankan meskipun secara dalam talian sahaja. Perkongsian skop tugas dengan sub-bahagian lain saya kira memberi manfaat kepada semua kerana sinergi yang kukuh sememangnya diperlukan dalam sesebuah organisasi. Apatah lagi jika komponen tugas di antara sub-bahagian memerlukan perpetuation atau kesinambungan yang jitu. Sama-sama kita memacu ke arah merealisasikan hasrat untuk memberi khidmat yang terbaik kepada para pelanggan, sekaligus memberikan semangat yang lebih positif buat kita semua inshaAllah ... Alhamdulillah thummalhamdulillah ...
Sebuah perjalanan panjang akhirnya tiba juga ke titik ini. Satu lagi program di bawah Open & Distance Learning (ODL) melalui audit lokasi secara maya sebagai sebahagian daripada proses untuk mendapatkan kelulusan akreditasi sementara iaitu Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuludin dan Falsafah). Setinggi-tinggi penghargaan buat penilai luar PM Dr. Azidah aka Dr. Jid, sahabat saya daripada USM dan PM Dr Helmi dari Pengajaran UKM di atas setiap maklum balas membina yang dikongsikan. Syabas dan tahniah buat semua tenaga kerja daripada FPI di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk program ODL ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan perancangan kita. Ameen. Alhamdulillah di atas ruang masa yang diberikan meski rutin kerja harian begitu menuntut komitmen yang tinggi serta surat jemputan yang hadir dalam tempoh masa yang agak singkat.
Pertama kali bersama rakan-rakan daripada KUIS tidak sedikitpun menimbulkan rasa kekok untuk berbual mesra. Dr Md Nor, Dekan Fakulti Pengajian Peradaban Islam selaku tuan rumah menyambut ketibaan saya secara maya dengan sembangbual yang rancak sehingga terlupa seketika saya bahawa saya adalah tetamu. Dalam sesi ini, saya berkongsi tentang keseluruhan fasa dalam penyelidikan dari perspektif penyelidik - pensyarah atau pelajar. Ada di antara fasa-fasa tersebut yang memerlukan komitmen masa serta kemahiran tertentu. Dengan kewujudan teknologi dalam talian, sudah tentu akan dapat mengoptimumkan proses penyelidikan misalnya pengumpulan data, sintesis literatur dan malah, aspek pengurusan penyelidikan khususnya apabila ia melibatkan sekumpulan penyelidik. Saya sendiri telah bertahun-tahun menggunakan aplikasi Trello untuk tujuan pengurusan projek, malah untuk tujuan penyeliaan tesis dan pengajaran & pembelaajran bersama pelajar-pelajar eksekutif. Lalu saya kira tidak salah untuk saya mengongsikan kebaikan dan faedah aplikasi ini dalam membantu penyelidik menguruskan projek kajian mereka. Saya turut menyentuh tentang bagaimana Wakelet juga boleh digunakan untuk mengumpulkan segala bahan rujukan dan pembacaan dengan cara yang mudah dan efisyen. Semoga perkongsian kecil ini memberi makna dan contoh best practice buat semua. Jazakumullah khairan kathira! It was in back 2019 when I was awarded an industrial grant from Telekom Malaysia. Not to exaggerate, but the truth is - it was the best and thrilling experience I had as a grant leader ever. The main driver for the excitement was vastly a result of having a good team member! Working on the industrial grant also urged you to really emerge in the process as the timeline is pretty tight. We worked diligently for 7 months - thanks to all my sedulous, conscientious, punctilious, and meticulous - and other 'ous' (hahaha, you name it!) research team! You deserve a shout out guys! And I had published few entries on Telekom Grant HERE, HERE and HERE. My heartfelt thanks to 4IR Institute UKM for the invitation to share my experience on Industrial Grant. As I mentioned to Dr. Ummul, I may not technically share the dos and don'ts of everything related to the industrial grant, as my personal experience with Telekom Grant might be different or unique. Thus, it may not be generalized to other industrial grant applications. Anyway, I was glad that I had the chance to tell my story and interacted with the audience. Hah! I do not have any grants left! All my grants had ended .. it is time for grant hunting again. Let's do it, peeps! Here are parts of my slides on the tips. Hopefully, this is helpful if not fully :) Pecutan 10 Terakhir Ramadhan. Begitulah kupasan tazkirah pada pagi tadi sebagai makanan rohani buat semua. Disampaikan oleh Da'i Hadhari, seorang penceramah muda yang energetik dan tidak kurang lawaknya menyebabkan audiens tidak kering gusi.
Antara inti utama yang menjadi peringatan buat semua - tiga perkara yang seringkali menyebabkan umat Islam rugi apabila menjelangnya Ramadhan: a) Kurangnya bersedekah b) Tidak melaksanakan solat sunat 2 rakaat c) TIdak membaca Al-Quran Satu peringatan penting yang membuatkan diri bermuhasabah. Terima kasih Da'i Hadhari di atas perkongsian ilmu tersebut. Syabas pihak PKP di atas inisiatif untuk majlis ilmu yang bermakna ini. Barakamullah ... Life has to go on.
Itulah. Setiap yang datang pastikan pergi dan begitulah kitarannya dalam hidup ini. Pengarah kami, setelah lebih sepuluh tahun menerajui PKP akhirnya terpaksa pergi juga. Kami akur dengan ketetapan ini, meskipun saya secara peribadi merasakan bahawa masih terlalu banyak perkara yang ingin saya pelajari daripada Prof Norhamidi. Jumaat lepas merupakan momen terakhir untuk kami bersama dalam masyuarat pengurusan. Sekadar menitip coretan di sini sebagai kenangan di masa akan datang. Apapun, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof di atas perlantikan sebagai Pro-Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana)! Semoga terus cemerlang dalam menjalankan amanah! Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Audit Lokasi Secara Maya untuk Akreditasi Sementara Program ODL sulung kami. Dua program terlibat adalah Sarjana Pendidikan dalam Teknologi Pendidikan dan Sarjana Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua.
Apa yang boleh dikatakan .. sesi sekitar 2 jam penuh dengan debaran dan pengharapan. Saya nampak kesungguhan semua ahli memberikan yang terbaik. Manakan tidak, usaha yang telah dicurahkan selama berbulan-bulan lamanya akhirnya sampai jua ke saat yang dinantikan. Meskipun laporan penuh belum kami terima, namun saya bermunajat kepada-Nya agar proses akreditasi sementara untuk program sulung ODL ini berjalan lancar. Setinggi-tinggi penghargaan buat Dr Effendi, KJK Fakulti Pendidikan di kerana menjadi hos yang tersangatlah awesomenya! You are the best Fendi! :) Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga buat YBhg. Prof Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Dekan FPend yang telah membuat pembukaan majlis. Terima kasih semua ahli panel penilai, serta PM Dr. Dalbir Singh, Pn Hidayu dan Cik Hafizah dari PJK yang turut hadir. Terima kasih juga PM Dr Zainol selaku KJK PKP kami :) Sesi ini sesungguhnya tidak akan menjadi kenyataan tanpa sinergi daripada semua. Setinggi-tinggi tahniah buat Dr Hazrati selaku Penyelaras Program Sarjana Teknologi Pendidikan dan Dr Maslawati selaku Penyelaras Program Sarjana TESL. You have done a great job !! And of course, not to be forgotten - my ODL team: Nurziyanti our program manager and Sheril our Instructional Designer for your endless commitment and hardwork! To our CC team: Khairul, Zaidi and Hashim - keep up the great job! All the graphics are beautifully created! Alhamdulillah thummalhamdullillah! Kepala buntu untuk mengulas lebih lanjut. Pulang semalam juga dengan kepala kosong. Saya masuk ke peraduan lebih awal dan tidur juga lena! Alhamdulillah, our ODL team managed to conduct another workshop to facilitate the module writing process to all subject matter experts from the Faculty of Education. This time around, we had a chance to have a face-to-face session at Bangi Resort Hotel. It was unfortunate that I had flu a day before the date :( I decided not to attend the workshop, as I know my presence might create an unease atmosphere for the attendees. Adhere to the SOP first, peeps! Time flies so fast, and I know that it is not easy to complete the module writing within a short period. For that, I admire the commitment shown by all the module writers; despite a hectic schedule - classes, supervision, plus research activities - they dedicated their precious and valuable time to sit down for a whole day to continue with the writing process. Bravo to our Program Manager -Yanti, and our instructional designer - Sheril, for your diligence and enthusiasm throughout the day! Let's have Japanese cuisine together after the Raya! It's a throwback!
How could I miss the news! Jadi saya parkir sahaja di sini untuk kenang-kenangan. Entah bagaimana terjumpa artikel yang telah diterbitkan sekian lama, sejurus selepas acara Anugerah Bitara UKM 2018 dijalankan! It's UKM's 48th convocation!
Following the new norm and strict Standard Operation Procedure (SOP), alhamdulillah, we managed to attend another historical event this year after a few postponements. Konvokesyen merupakan acara tahunan yang penting dalam meraikan kejayaan para graduan UKM khususnya daripada fakulti sendiri - Fakulti Pendidikan. Sekalung tahniah buat semua anak didik kami! Terlalu banyak yang perlu dilangsaikan, lalu tiada daya untuk mencoret panjang. Let the pictures speak! |
Archives
May 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |