Alhamdulillah, hari ini saya sempat menyerahkan Nota Serah Tugas untuk jawatan Ketua Porgram PhD bagi Fakulti Pendidikan yang saya sandang lebih kurang 2 tahun setengah. Penggal pelantikan saya sebagai Ketua Program PhD sepatutnya berakhir pada bulan Februari 2021, namun kerana komitmen lain di Pusat Kembangan Pendidikan, jawatan ini tergugur sekaligus :D Terima kasih Puan Nad kerana sudi bergambar kenangan dan mewakili TD Siswazah untuk menerima nota serah tugas ini. Saya mencari bos Siswazah (Prof Nik) namun beliau mempunyai tugas lain siang tadi. Banyak yang saya pelajari semasa memegang jawatan ini .. dan banyak lagi perkara yang mungkin saya tidak sempat belajar! Apapun, saya tabik hormat kepada semua kakitangan siswazah yang bukan sahaja komited dalam kerja mereka malah seringkali menjadi tempat rujukan saya apabila diperlukan : Puan Nad, Siti, Naza, Sue, Anaqhi, Zura dan Kak Mahani merupakan tulang belakang saya semasa menjadi ketua program. Tidak lupa, TD kami Prof Nik yang sentiasa bersikap supportive serta tenang dalam apa jua situasi yang mendatang. Terima kasih semua atas kerjasama yang erat serta banyak mempermudahkan urusan saya selama ini. Sepuluh jari disusun jika ada kekurangan (pasti ada) dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini. Didoakan semua dalam rahmat Allah jua :)
0 Comments
Pantasnya masa berlalu! Baru sekejap rasanya saya menulis satu entri tentang Hari Kualiti. Tup tup .. acara yang sama untuk tahun ini kembali lagi - namun dinaiktaraf namanya kepada Anugerah Seri Sanggar Intelek .. hebat tak namanya? Kehadiran saya ke majlis ini adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai ahli fakulti untuk turut sama menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. Justeru, tahun lepas saya telah merasai rezeki untuk APC dan Anugerah Amalan Berkualiti, lalu tahun ini saya tidak menyimpan apa-apa harapan untuk naik ke pentas lagi. Dapat duduk-duduk bersama rakan fakulti, bergurau senda dan menyakat sana-sini merupakan momen indah yang jarang-jarang dapat dirasai dalam aktiviti seharian. Lalu kebersamaan itu yang benar-benar didambakan di sebalik kehadiran ke majlis ini. Tahniah kepada Dr Effendi @ Ewan - adik saya yang begitu cemerlang dalam tugasnya sebagai KJK Fakulti Pendidikan. Sekalung tahniah juga buat semua penerima APC kali ini serta penerima anugerah2 lain dan tidak ketinggalan salam perpisahan buat ahli-ahli fakulti yang telah bersara .. banyak kenangan dan penitisan ilmu yang saya perolehi kala berdampingan dengan insan-insan hebat yang telah banyak menabur bakti kepada anak bangsa ini! Semoga Allah merahmati segala jasa baik dan ilmu bermanfaat yang dikongsi ... ameen. Alhamdulillah juga .. tiada menyangka untuk menerima anugerah top 10 untuk penerbitan dalam jurnal WoS/SCOPUS. Saya sendiri tidaklah aktif mana menulis dan menerbit, justeru terlalu banyak komitmen lain yang menanti di kiri kanan. Namun alhamdulillah .. kiranya para pelajar saya banyak menyumbang kepada anugerah ini. Terima kasih semua anak2 didik saya! Turut tidak saya sangka penglibatan dengan pihak industri (Telekom) yang memberikan sejumlah dana penyelidikan menyumbang turut diiktiraf. Alhamdulillah, jasa baik pihak Telekom akan sentiasa saya kenang :) Oktober kian mampir. Perancangan saya bertingkat-tingkat! Ada beberapa projek yang belum berkesudahan. Allahu Ya Mujib - kurniakan ketenangan jiwa dan kedalaman zihni untuk aku terus berkarya sebagai seorang akademik dan tetapkanlah aku dalam keimanan dan kurniakan daku dengan sifat qana'ah dalam setiap nikmat yang Engkau hadiahkan ... Ianya satu sinergi yang terbentuk dalam ekosistem yang dinamik. Tanpa sinergi dan sense of ownership yang tinggi, pencapaian yang membanggakan ini sudah tentu hanya sekadar mainan mimpi di siang haru. Waduh ..! Berkilas bahasa pulak kali ni! Alhamdulillah ala kulli hal, Audit SIRIM selama dua hari (6&7 Julai 2020) berlangsung dalam suasana yang agak intense namun bersistematik. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas khususnya buat KJK Fakulti kami Dr Effendi dan tidak dilupakan Pn Nadia yang banyak membantu dalam melengkapkan segala keperluan dan dokumen. Syabas juga buat semua auditee yang berjaya mengharungi sesi interogasi dengan penuh tenang dan berhemah. Berita gembira apabila Pn Elly, auditor kami mengumumkan tiada NCR, tiada FOI untuk Fakulti Pendidikan disambut dengan tepukan dan tangisan air mata gembira. Menambah kemeriahan apabila sambutan hari jadi Pn Nad turut diraikan secara kecil-kecilan dengan acara pemotongan kek yang sodap. Happy belated birthday Nad! Nanti saya bagi hadiah ye! :) Selesai bab audit, hari ini bergelumang pula dengan bengkel penyediaan proforma bagi kursus wajib baharu sarjana. Saya terlibat dalam penggubalan proforma untuk Kursus Penyelidikan bersama Prof Lilia dan Dr Aidah. Esok pula akan berlangsung bengkel bersama Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat berkaitan pemerkasaan Active Learning untuk pdp dalam talian. Allah Allah .. tak cukup kaki tangan dah ni .. markah juga masih ada yang belum diberesi, kerja-kerja editorial juga sudah mendapat 'warning' daripada Editor of Chief - Chris. Tuhanku, berikan rahmat dan rahim Mu buat kami yang sentiasa mengejar tugas-tugas dunia .. mudah-mudahan ia menjadi bekal pahala untuk kehidupan hakiki di sana .. Jom semua, kita sambung kerja! Sememangnya ini normal baharu. Segala aktiviti turut melalui proses modifikasi untuk disesuaikan dengan keadaan dan tuntutan semasa. Pagi tadi kami bersiaran dalam talian lagi untuk mendengar Taklimat Latihan Ilmiah yang akan dilalui oleh para pelajar FPend tidak lama lagi.
Semoga kaedah baharu yang telah diformulakan oleh pakar-pakar pendidikan di fakulti dapat memberi manfaat dan pembelajaran yang bermakna buat para pelajar. Oh oh .. ramai sebenarnya yang hadir namun kebanyakan lebih suka menyorok di sebalik gambar pegun. Jadi saya hanya tampal page yang memaparkan wajah 'live' sahaja ye:) 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh penting buat warga pendidik, baik di peringkat sekolah mahupun di pengajian tinggi. Kami semua meraikan tarikh ini saban tahun, bukan untuk diri sendiri tetapi secara peribadi tentulah kerana menghargai segala jasa baik para guru yang telah mendidik anak bangsa, khususnya yang menjadikan diri kita seperti hari ini. Selari dengan normal baharu, sambutan Hari Guru di peringkat Fakulti Pendidikan tahun ini diadakan secara dalam talian. Tepat jam 9 pagi kami bersiap-siaga di hadapan gajet masing-masing untuk turut memeriahkan acara sambutan. Selain pelancaran 50 buah buku penulisan warga Fakulti Pendidikan, slot Bicara Intelek turut menarik perhatian. Tahniah kepada semua tenaga kerja yang menjayakan program tahun ini, khususnya buat adik-adik saya di team teknikal. You did great!! Menyebut tentang guru, banyak yang menyentuh rasa justeru kerana jasa seorang gurulah, kita berada di mana kita sekarang. Kenangan di zaman persekolahan sudah pasti sarat dalam simpanan memori, namun tidak mampu dicatat di ketika ini. Suram malam begini, membawa ingatan jauh kepada arwah ayah, Cikgu Haji Khalid bin Taib. Semoga segala jasa bakti ayah diganjari pahala dan dikurniakan keampunan daripada Azza wa Jalla.
Jom semua, kita sedekahkan al-fatihah buat semua guru kita yang telah kembali ke rahmatullah mahupun yang masih hidup, kita doakan keberkatan dan rahmat bagi seluruh kehidupan para guru kita ... Saya anggap ini acara penutup tahun 2019 kerana pada minggu hadapan ramai yang akan mula bercuti panjang dan terbang ke sana sini. Lalu majlis Hari Kualiti 2019 adalah tepat sekali dijalankan pada minggu ini di mana masih ramai yang bertugas. Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang namun yang bezanya pada tahun ini ada majlis rasmi untuk meraikan penerima anugerah. Terima kasih dan tahniah di atas inisiatif ini, khususnya buat Yg Berusaha Dr Effendi, Ketua Jaminan Kualiti yang menggerakkan usaha ini. Selain penyampaian anugerah untuk perkhidmatan cemerlang, majlis turut meraikan beberapa kategori lain melibatkan staf pelaksana dan staf akademik. Tiada pernah terfikir oleh saya untuk turut menerima Anugerah Amalan Berkualiti dan hal ini merupakan satu kejutan juga. Bingung juga memikirkan amalan apakah yang dipertaruhkan untuk mengungguli kategori ini? Rupanya, saya baru dimaklumkan bahawa pencalonan dilakukan oleh Ketua Pusat masing-masing dan diadili oleh juri yang dilantik dari institusi luar. Apapun, saya anggap in sebagai sebuah rezeki untuk disyukuri. Diri ini sememangnya tidak pernah sempurna namun pengiktirafan ini tentunya menyuntik rasa insaf serta qana'ah dengan segala nikmat daripada-Nya. Cepatnya masa berlalu, lagi beberapa minggu tahun baharu akan menjelma. To-do-list saya masih panjang! Jadi saya perlu pendekkan ocehan. Kehadirannya ke fakulti menemui saya untuk mendapatkan input tentang bahan pembelajaran berasaskan Augmented Reality yang telah dihasilkan untuk projek Sarjananya. Pelajar manis bernama Iffa merupakan pelajar sarjana dari FTSM yang kini sedang gigih menyiapkan produk untuk penulisan tesisnya. Beliau menghasilkan satu bahan pembelajaran berasakan AR dan diintegrasikan dengan elemen Artificial Intelligence yang melibatkan pengecaman mimik muka dan suara. Idea yang menarik serta sesuai dengan isu dan keperluan yang diutarakan. Bahan yang dibangunkan melibatkan pelajar darjah tiga sebagai pengguna sasaran. Tingkah beliau, bahan yang dibangunkan boleh membantu meningkatkan kemahiran ekspresi wajah para pelajar di samping dapat meningkatkan kemahiran penyebutan dengan lebih jelas. Namun, sudah pasti ada beberapa aspek yang perlu ditambahbaik dari kacamata penilaian saya - agar bahan ini kelak dapat benar-benar digunakan secara lebih meluas dalam kalangan pelajar yang memerlukan. Selamat maju jaya Iffa! Sebenarnya sudah beberapa minggu saya dihubungi Rina, pelajar Sarjana Teknologi Pendidikan dari UPM yang menyatakan hasrat untuk datang bertemu saya di FPend UKM. Namun kerana komitmen yang lain, pertemuan ditangguh-tangguh pula. Hari ini akhirnya kami bertemu mata. Rina datang bersama rakannya Ari dari program yang sama. Mereka datang dengan hajat mendapatkan buku penulisan para pelajar Sarjana saya dari kursus Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat. Semoga pembacaan kalian membuahkan hasil dan boleh dijadikan asas ilmu dalam bidang yang diterokai! All the best buat kedua-duanya! Floor Manager. Itulah amanah yang dipikul untuk acara peringkat kebangsaan ini. Sehari sebelum majlis rasmi, kami berkampung di DECTAR bersama Dato' Sheikh Muszaphar demi memastikan aturcara yang dirancang terlaksana dengan jayanya. Bukan mudah apabila ada saja isu teknikal serta persediaan yang tidak dapat disiapkan mengikut tarikh yang sepatutnya. Rehearsal penuh tidak dapat dilakukan pada petang 18hb kerana berkait rapat dengan pihak luar. Kami pulang dengan rasa sebu perut kerana kerisauan. Awal pagi 19hb, saya memasuki dada DECTAR dengan harapan satu raptai penuh dapat dilunasi sebelum acara perasmian sebenar, namun separuh dewan telah dipenuhi para pelajar menyebabkan hasrat itu terpaksa dikuburkan. Alhamdulillah, dalam debar yang bersenandung, acara perasmian berjalan lancar jua. Namun tugas berlarutan hingga ke petang. Paling penting adalah memastikan setiap acara dilangsungkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Syukur semua ahli jawatankuasa yang lain memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi. Tahniah buat semua! Acara ini merupakan sesuatu yang sangat bermakna khususnya buat para pelajar sekolah yang hadir membanjiri DECTAR. Dianggarkan 2000 hadirin memenuhi dewan pada tarikh itu. Saya kira bicara motivasi daripada Dato' Sheikh Muszaphar turut memberi impak kepada golongan ini. TIdak ketinggalan booth sekitar luar dan dalam DECTAR serta Mini Planetarium yang gah berdiri dan sentiasa penuh dengan pengunjung - sehingga kami pun tiada berkesempatan untuk menjengah masuk ke dalam perut planetarium lantaran kunjungan yang tidak putus daripada para peserta. Penat tetapi puas. Itulah perasaan kami apabila segala penat lelah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Penghargaan juga buat rakan floor manager yang begitu berdedikasi - Dr Hazrati dan En Mohd Syazwan. Thumbs up to all of you :) Barangkali inilah penutup tirai 2019 buat saya menghadiri sebarang seminar atau simposium justeru jadual di sepanjang Disember nampaknya semakin padat. Undangan daripada pihak MCMC (Malaysian Communication and Multimedia Commission) saya penuhi kerana pengisiannya yang begitu menarik malah terkait juga dengan bidang kajian yang sedang saya jalankan iaitu Keselamatan Siber dan Digital Citizenship.
Tidak ramai wajah yang dikenali dalam kalangan mereka yang hadir. Namun, rezeki juga saya dapat bersua dengan sahabat dari UIA, Dr Rosemaliza dan rakan-rakan, selain bersama Syaida, pelajar PhD saya yang juga sedang menjalankan penyelidikan berkaitan kesedaran Keselamatan Siber. Pembentangan selari di sebelah petang turut menarik minat. Tahniah kepada semua penyelidik yang membentangkan hasil kajian mereka. Inilah yang saya gemari kala menghadiri majlis ilmu seperti ini kerana ia mampu meluaskan horizon pemikiran serta memberi ruang untuk networking serta penyelidikan! Alhamdulillah ini tahun ke-2 saya ditaklifkan untuk menyelaras gerakerja Majlis Pengiktirafan dan Pemakaian Jubah Graduan PhD Fakulti Pendidikan. Tulang belakang utama tentulah staf yang menguruskan hal ehwal siswazah yang sentiasa komited dan tahan uji! Tahun ini kami turut melibatkan ahli jawatankuasa dalam kalangan pelajar siswazah di bawah naungan Persatuan Siswazah. Terima kasih semua di atas kerjasama yang sangat tip-top! Nanti kita belanja eh! :D Jujurnya, perancangan majlis untuk tahun ini telah mula digerakkan sekitar bulan Julai lagi. Urusan mendapatkan sebutharga, serta keputusan yang perlu diambil berdasarkan hasil post mortem untuk majlis pada tahun lepas tidak lupa dirujuk. Meski dalam kesibukan mengendalikan urusan siswazah (viva, pemilihan pelajar, pendaftaran dan sebagainya) kami bergerak secara simbiosis. Hanya sedikit arahan yang perlu saya berikan - kerana mereka ini tahu apa yang perlu dibuat. Aahah!! Sukanya hatiku! ^___^ Gambar di bawah pula kejadian sehari sebelum majlis robing diadakan. Kami mengadakan raptai dan menunggu bunga-bunga segar yang ditempah siap disusun indah. Dalam masa yang sama, backdrop juga baharu dinaikkan. Bukan mudah walaupun acara esoknya hanya memakan masa beberapa jam! Tiada niat untuk bermegah, sebaliknya sebagai tanda penghargaan paling dalam buat semua yang namanya tercatat di bawah. Jentera yang sememangnya ampuh dan berkemampuan tinggi. Mungkin kerana pengalaman lepas yang banyak membantu, setiap perkara dapat dilaksanakan dengan lancar alhamdulillah .. mereka inilah tulang belakang saya! Tanpa mereka, majlis ini tentu penuh dengan kekurangan. My heartfelt thanks to all! Tahun ini juga, saya tiada anak PhD yang terlahir. Insha-Allah tahun hadapan, tujuh anak PhD akan naik ke pentas. Saya menunggu-nuggu saat itu sebagai hadiah buat saya pada tahun terakhir sebagai Ketua Program PhD, amin!
Ini acara fakulti. Saya sering diajar bahawa sebagai warga, adalah tanggungjawab setiap ahli untuk menjayakan apa jua aktiviti dan agenda fakulti yang dinaungi. Lalu dalam sesibuk manapun jadual peribadi, hal yang satu ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Sebahagian besar hadir dalam acara yang bertempat di Puri Pujangga ini. Kami terpecah kepada lima kumpulan kecil yang masing-masing bertanggungjawab menghasilkan pelan strategik bagi setiap aspek termasuklah Penerbitan, Akademik, Antarabangsa, Bakat dan Kewangan. Saya berada di kumpulan Penyelidikan dikepalai oleh Prof Kamisah bersama beberapa ahli yang lain. Perancangan hendaklah strategik, selain bersifat logik dan boleh ditangani. Mudah-mudahan apa yang dirancang bakal dilaksanakan dengan jaya :) Ini satu amanah yang berat. Bermula dengan penghasilan 'best practice model', kami beralih kepada pembangunan Model Kelestarian Pusat Internet sebagai respons kepada permintaan daripada pihak MCMC sendiri yang menginginkan satu model yang boleh diusulkan untuk kelestarian Pusat Internet. Untuk tujuan ini, para ahli penyelidikan bertungkus-lumus memerah idea dan pemikiran dalam beberapa siri perbincangan untuk menghasilkan satu kerangka model untuk dibincangkan dan dipersetujui dalam sesi Persidangan Meja Bulat. Kami meneliti beberapa sustainable models yang berkaitan dengan kelestarian sesebuah sistem khususnya yang ada kena mengena dengan Pusat Internet atau Telecentre. Kami turut memutuskan untuk menggunakan pendekatan Modified Nominal Group Technique (NGT) untuk menentusahkan elemen-elemen dalam model yang dicadangkan berbanding Classic NGT. Setelah selesai proses Modified NGT dijalankan di sebelah pagi, sesi undian (voting) menggunakan perisian Interpretive Structural Modelling (ISM) dilaksanakan di sebelah petang. Alhamdulillah, banyak input yang diterima malah tidak ketinggalan ada isu yang agak kontroversi terpaksa disentuh demi mencari jalan terbaik. Kudos kepada semua pakar yang sudi hadir dan berkongsi maklumat serta buah fikiran .. kami benar-benar menghargainya. Tanpa input sedemikian, tiadalah maknanya Persidangan Meja Bulat ini. Kudos juga buat semua ahi penyelidik serta team daripada TM dan MSD di atas kerjasama yang tidak pernah berkurangan semenjak dari awal penyelidikan! Masa umpama belati. Barusan sahaja semester berlalu kini kami menyambut pelajar baharu pula! Tentunya teruja sekali untuk mengenali anak-anak didik baharu kerana itulah naluri pendidik tentunya. Selamat datang buat semua pelajar ke Fakulti Pendidikan UKM. Perjalanan anda baharu saja bermula. Namun segala semangat yang dikobarkan pada hari pertama ini haruslah dikekalkan hingga ke penghujung kembara. Susah payah menelusuri hidup sebagai pengejar ilmu tentu sekali lumrah yang harus ditelan meski pahit hingga ke perdu hati. Namun percayalah jika kemahuan dan usaha diseiringkan, disalut doa dan berkat guru serta ibu bapa, pasti kemanisannya akan dihirup juga! Saya turut menyampaikan taklimat kepada pelajar-pelajar PhD. Rasanya banyak amanat yang telah ditinggalkan. Jika ada yang berminat membaca ocehan hati saya silakan klik LINK INI tentang PhD: Siapa saingan kita? Berlangsung pada 19 Ogos yang lepas, acara Persidangan Meja Bulat ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang sememangnya dirancang dari awal lagi. Persidangan ini mengumpulkan pakar-pakar dari bidang yang pelbagai termasuklah Keusahawanan, Pendidikan, Perundangan, TVET, serta Industri yang dijemput untuk duduk semeja dan membahaskan isu-isu berkaitan kelestarian Pusat Internet di negara ini. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi diucapkan buat penaja geran penyelidikan kami iaitu Telekom Malaysia Bhd kerana semenjak dari fasa pertama pengumpulan data sehinggalah ke peringkat penghasilan model kelestarian, seringkali memberikan komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Sekalung pernghargaan tidak terhingga buat En Anuar Mat Alim, Pengurus Besar TM yang sudi merasmi, membaca doa malah bertindak sebagai tunggak peting dalam perbincangan meja bulat ini. Tidak lupa juga buat pegawai-pegawai TM yang lain serta staf-staf MSD yang turut hadir. Tentu sekali tidak dilupakan para pakar yang sudi meluangkan masa, tenaga serta buah fikiran yang bernas. Output akhir daripada Persidangan Meja Bulat ini merupakan model kelestarian pusat internet yang kami rangka berdasarkan sorotan literatur dan diharmonikan dengan data temubual pada fasa pertama kajian. Penggunaan Interpretive Structural Model (ISM) saya kira amat praktikal di mana perisian ini membantu menganalisis input daripada proses voting yang dijalankan dan hasilnya setiap sub-elemen akhirnya disusun mengikut keutamaan berdasarkan voting yang dibuat. Credit untuk pelajar PhD saya Mazzlida yang membantu menguruskan penggunaan ISM ini. Duh, masa kian pantas berlarian sedangkan masih ada tugas yang berbaki yang perlu dilangsaikan untuk projek Geran Industri ini. Janji kami kepada TM, laporan akhir akan idserahkan dalam bulan Oktober 2019 ini. Mudah-mudahan kami diberikan kekuatan minda dan fizikal untuk meneruskan urusan yang berbaki ini. Di bawah ini adalah ahli-ahli penyelidik yang sentiasa komited dengan tugasan yang diberi. My heartfelt thanks to - Dr Azlin, Dr Diyana, Dr Sheerad, Dr Hazrati dan Dr Yusoff. Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success!
|
Archives
May 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |