Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Yeayyy.. exam is over!

6/24/2014

4 Comments

 
Picture
Pagi. Saya sedang memandu perlahan kerana berkira-kira mahu membelok ke kanan. Saya melihat ada tangan-tangan yang melambai lalu saya turunkan cermin sisi kenderaan. 

"Dr., selamat bercuti!' jerit seorang daripada dua gadis comel itu. 


"Cuti?" saya melongo. "Saya tak cuti, kamu yang cuti!", balas saya.


"Oh hahaha! Ye lah .. lupa!" Dia menyeringai. Masih comel. 


"Kamu dah nak balik kampung?", seperti sudah gaharu cendana pula saya. Masakan mahu ke kuliah lagi jika mengusung beg pakaian sebesar beg abang Bangla mahu pulang negeri :P


"Ye! Exam dah habis!", kedua-duanya riang sekali. 


"Okay, selamat bercuti untuk kamu. Jangan lupa tolong ibu di dapur!'. usik saya. Hasilnya, bunga tawa melayang-layang  di udara. 

Perasaan itu. Bukan tidak pernah saya rasa. Malah, kehidupan di kampus di sepanjang ijazah pertama sememangnya banyak melakar momen indah. Kenangan merempit motor Honda Cup berplat TP7734 ke perpustakaan besar atau sesekali ke perpustakaan undang-undang sepanjang hari hingga suntuk ke malam tidak mudah dikikis. Masuk pagi, keluar sebentar mengisi perut di kala tengahari kemudian menyambung 'uzlah' di penjuru yang sama setiap hari bukanlah satu rutin yang mudah dilaksanakan. Tanpa 'internal driver' saya kira tidak akan memberi kekuatan sebegitu. Lalu tidak hairanlah di musim peperiksaan tiba, kami seperti tidak kenal satu sama lain kerana masing-masing khusyuk mengelek buku dan nota sendiri. Mungkin kebanyakan sahabat saya kala itu mempunyai stail pembelajaran yang sama - kami banyak belajar sendiri; sehingga sudah terisi minda dengna maklumat asas, baharulah berani membuka mulut untuk perbincangan. Kelemahan saya pula, pantang jika ada perkara yang disebut oleh sahabat lain yang tiada dalam simpanan memori dan taakulan saya, saya akan cepat panik dan terancam. Dahulu, zaman saya di kampus Uni Malaya tidak ada sebarang Facebook groups! Tiada bekalan nota dimuat naik oleh pensyarah malah masih ramai pensyarah menggunakan Over Head Projektor semasa kuliah! Sumber rujukan utama untuk peperiksaan adalah nota kuliah dan contengan-contengan pada buku nota lewat tutorial. Jika banyak yang disalin dan dinotakan, banyaklah bekalan. 

Tempoh beberapa minggu membekam rasa, penuh khusyuk pula menadah doa agar usaha itu tidak sia-sia. Empat tahun di ijazah pertama sungguh mengusik kalbu. Di situ kehidupan dan cita-cita tumbuh, di situ manis masam kehidupan dan persahabatan benar-benar dirasai. Kemuncaknya, Ijazah Kelas Pertama dalam transkrip tentunya memberi makna dan pulangan lumayan. Alhamdulillah di atas segala kesusahan dan onak duri itu kerana tanpa keperitan kejayaan  tidak akan menjadi semanis itu.  

Cuti semester panjang juga seringkali terisi dengan aktiviti tetap - mengajar sementara sebagai guru ganti. Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, malah Muzik antara subjek yang pernah saya ajar. Rupanya pengalaman ringkas tapi signifikan di sekolah-sekolah itu menghidupkan semangat guru dalam diri. Mungkin kerana itu saya mahu kekal dalam profesion ini. 

Nasihat saya, meskipun peperiksaan sudah tamat, jangan anggap cuti ini sebagai ruang melepas penat dan lelah dengan hanya acara santai-santai. Usia muda hanya sekali. Jangan nanti kita disapa kekesalan kerana tidak memanfaatkan 'muda sebelum tua'. 

SELAMAT BERCUTI SEMUA :)


4 Comments
Siti Noradiah (d) link
6/25/2014 07:56:44 pm

huhuhu..betul dr.. pengalaman kt universiti memang menyeronokkan..dlm segala keseronokan akan terpalit satu persatu kisah yg kekadang susah untuk di "telan" akal..kekdang susah nk dilupakan.. saya dh hampir 2 tahun penuh kt ukm ni.. berjumpa ngan dr.yg comel n cool... belajar. lagi2 teknologi pendidikan..sangt seronok..terima kasih dr Fariza Khalid .. <3

Reply
Fariza Khalid link
7/1/2014 04:25:26 pm

D,

pengalaman itulah bakal menjadi khazanh berharga dalam gelung kehidupan. Jadi, simpanlah kenangan yang manis-manis, manakala yang pahit itu dijadikan teladan pada masa akan datang :)

Reply
khalipah mastura
7/12/2014 05:13:11 pm

dr ni memang comel......jom join blogs kak mas pula
http://masturasspot.blogspot.com dan http://tlcbalingsik.blogspot.com

Reply
Fariza Khalid
7/13/2014 01:47:42 pm

Sis! Dah lama I tahu blog you and selalu curi baca jugak! heheheh .. nice blog, nice content, by a nice and sweet person!

Reply



Leave a Reply.

    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Wedding