SM Teknik Kuala Lumpur - antara premis kerja yang sentiasa dekat di hati, ampuh dalam ingatan. Bukan hanya kerana persahabatan yang indah bersama rakan-rakan setugas, malah hubungan harmoni bersama pelajar tentu sekali menjadi penyebab kenapa SMTKL tempatnya begitu dekat dengan jiwa. Paling utama, di sinilah saya membentuk profesionalisme diri sebagai seorang pendidik sejati. Budaya kerja di sini begitu asing buat saya pada mulanya. Namun semakin lama, semakin banyak cara pemikiran dan kerja yang saya serap dengan bimbingan rakan-rakan senior. Pulang jam 6 petang bukanlah perkara pelik sewaktu kami bertugas di sini. Tiada istilah 'berkira' dengan jam kerja. Yang menjadi keutamaan adalah kepuasan diri dengan apa yang dicurahkan buat sekolah, anak didik pastinya. Di sini juga saya mempunyai ramai 'suri teladan' - Datin Hjh Jaminah Hj Hashim antaranya yang begitu memberi inspirasi dari sudut kekemasan kerja, disiplin serta kepimpinan. Datin Sharifah Asmah selaku Ketua Bidang, Datin Siti Hajar dan Puan Khatmi selaku ketua panitia, antara yang memberi banyak kesan kepada cara saya melihat diri saya sebagai seorang guru. Tidak dilupakan Kak Haslawati, Kak Roy yang sama-sama menjadi ahli panitia yang banyak memberi contoh yang begitu positif buat saya. Terima kasih semuanya - rakan-rakan yang tidak tersebut namanya di sini. Empat tahun di sini merupakan satu tempoh yang singkat namun begitu membekas di hati. Dan apabila Cikgu Yati Sidek menghubungi saya untuk bersama-sama menyertai pertemuan semula bekas-bekas guru SMTKL pada Syawal nan lalu saya tidak berfikir dua kali dan terus mengatakan "YES". Kenangan indah ini kusimpan jua. Terima kasih atas persahabatan dan nilai murni yang menjadi nadi dalam silaturhim kita :)
1 Comment
6/11/2020 08:20:59 am
Would you like to have all your work done in one webite? You can do it all here...Visit us... <a href="http://www.addhunters.com">Add Hunters</a>
Reply
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |