Siang dan malam. Ia datang dan pergi. Kita melalui rutin itu setiap hari. Ada kalanya, berlaku pertukaran rutin kerana perkara-perkara tertentu. Ada kalanya kita berlari mengejar sesuatu yang harus diberesi dalam kerangka masa tertentu. Ada kalanya kita berasa agak lapang kerana urusan yang sudah terlangsai seadanya.
Alhamdulillah. Hidup ini masih berputar dan bernyawa buat kita. Seperti siang dan malam. Ia masih datang dan pergi. Namun seperkara yang tidak kembali adalah masa dan usia. Sedang dunia semakin hampir ke penghujung, kita seakan-akan leka; hakikatnya memang begitu, kerana kita ini manusia - manusia yang sering terlupa. Di mana erti hidup yang bermakna? Seringkali kita mahu kehidupan yang memberi kepuasan, kegembiraan malah kebahagiaan. Tidak mustahil itu impian semua orang. Namun kekadang kita terlupa bahawa dalam erti hidup yang bermakna juga terselit nilai 'memberi' kepada yang perlu. Kita sering mahukan sesuatu, tetapi jarang sekali mahu memberi. Memberi bukan setakat bersandar kepada wang ringgit, tetapi bantuan fizikal, masa serta buah fikiran. Minggu ini agak suntuk buat saya. Banyak perkara perlu dilangsai bersama deretan mesyuarat yang silih berganti, serta hal-hal keluarga yang tidak boleh diabaikan. Namun, saya selalu ingat pesan seorang rakan baik, katanya 'Jangan lokek memberi, kerana Allah pasti akan mempermudah segala urusan kita; jika tidak hari ini, esok, jika tidak esok, lusa dan seterusnya.' Saya kagum dalam diam. Dan saya mahu belajar dan beramal. Jadi, memberi juga melibatkan komitmen hati. Biar masa kita terasa sempit menghimpit, belajarlah untuk meluangkan sedikit untuk mereka yang memerlukan. Mudah-mudahan dengan niat memberi dan membantu, segala kerengsaan dalam lorong dan lohong hidup kita akan disinari cahaya penyudah yang diimpikan :)
1 Comment
khalipah mastura
7/12/2014 05:18:04 pm
setuju sangat dgn ungkapan jangan lokek memberi my dear sis.......namun kita kekadang kalah dgn perasaan sendiri. kekadang terasa pabila yang diberi masih tidak dihargai dan dipandang sinis ......namun bersyukurlah.
Reply
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |