Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Kelas belakang: Satu beban?

3/24/2015

0 Comments

 
Picture
Langit menangis, meski tidaklah selebat mana namun cukuplah untuk membasahi tanah serta menghilangkan haus rumput-rumput yang telah mula kekuningan di halaman rumah. Perteduhan saya sememangnya begitu dekat dengan alam, maklum sekali, bersebelahan rumah ini penuh dengan deretan pokok yang melatari pundak bukit Taman Rimba Alam. Justeru, minum-minum kala petang di serambi, sambil menghadap hijau pepohon bersulam kicau sang burung peliharaan kami memang mengasyikkan. Saya perhatikan pohon-pohon itu kecil besar, dedauannya pula, berpanca warna, meski dikategorikan di bawah rona hijau, namun ton warnanya tidak seragam. Ada yang hijau pekat, hijau muda, kekuningan, kemerahan namun perbedaan itu anehnya membentuk keserasian nan harmoni pada mata yang melihat. Subhanallah, itu sudah cukup memberi tanda kebijaksaan Pencipta.

Kajian sains telah banyak dilakukan dalam tugas memahami ‘nature’ hidupan tumbuh-tumbuhan. Pelbagai sari warna hijau itu sendiri memberi kepelbagaian dari sudut khasiatnya kepada manusia. Jenis ranting, akar serta susunan dedaunan dan kelopak flora terlalu menarik jika didalami. Banyak benar rahsia di sebalik penciptaannya. Kepelbagaian ini juga bukanlah sesuatu yang kebetulan berlaku, sebaliknya ia dirancang dengan sempurna oleh Pencipta Yang Maha Khalik.

Heterogeneity bukan sahaja maujud dalam seni kehidupan tumbuh-tumbuhan. Malah, cuba perhatikan diri kita sendiri. Antara kita dengan adik beradik, meski lahir daripada ibu dan bapa yang sama, tetap sekali bervariasi, apatah lagi jika kita bandingkan diri kita dengan mereka yang bukan siapa-siapa dalam salasilah keluarga. Perbezaan kita dengan orang lain juga bisa disingkap dalam pelbagai aspek penelitian. Rentak fizikal, kognitif atau IQ, cara berfikir, cara bertindak, tingkat keimanan, empati dan pelbagai lagi. Kita sememangnya berbeza! Walau kita produk daripada kuliah yang sama, pensyarah yang sama, universiti yang sama, kita tetap berbeza dengan sahabat kita dalam beberapa perkara. Setuju atau tidak?

Jadi, apalah hendak dihairankan jika bila mana anda terjun ke ruang kelas-kelas di sekolah, anda lihat pelajar yang berbeza-beza – watak, perwatakan, cara belajar, stail penerimaan, kemahiran interaksi malah banyak lagi ruang perbezaan yang boleh disenaraikan. Namun, saya bukanlah hendak memberi fokus kepada aspek-aspek apa yang membuatkan mereka berbeda. Tetapi, lebih penting daripada itu, BAGAIMANA kita berhadapan dengan kepelbagaian tersebut secara bijaksana.

“Tak adil betul! Kawan saya mengajar kelas pandai! Saya pula diberi kelas tercorot!”

“Kalau dia dapat A, saya tak hairanlah .. sebab pelajar kelas dia pelajar bijak .. kelas saya ni jangan harap nak dengar kata!”

“Saya pasti takkan dapat A dalam praktikal sebab pelajar saya memang lemah, tak dapat nak tangkap apa yang saya ajar.. malang betul!”

Itu mungkin antara dialog atau monolog dalaman sesetengah anda? Guru praktikal atau disebut guru novice seringkala berasa terperangkap apabila berhadapan dengan para pelajar yang disifatkan sebagai kurang cemerlang. Tungkas mereka, kerana pelajar-pelajar itu kurang cemerlang, atau sukar menghadam penerangan guru, lalu menyebabkan rancangan pengajaran tidak dapat dicapai. Adakah adil jika keadaan seumpama itu disandarkan sepenuhnya kepada faktor pelajar?

Tidak ada seorang pun yang tidak mahu cemerlang, dan tidak ada seorangpun yang mahu menjadi dungu. Ingatlah bahawa seindah-indah ciptaan Allah adalah kita, manusia. Bukan semata-mata kerana kita ini diciptakan dengan bentuk fizikal sebegini rupa, akan tetapi kerana anugerah akal yang menjadi aset teragung manusia. Manusia juga disebut sebagai ‘hayawanun naatiq’ yang bermaksud makhluk yang bisa berkata-kata. Setiap perkataan yang kita utarakan lahir daripada proses dalaman otak kita yang menterjemahkan segala perasaan, maklumat dan perkara sehingga percakapan kita menjadi sesuatu yang bermakna. Jadi, tidaklah adil jika kita menghukum akan manusia lain kerana alasan mereka itu kurang cemerlang. Setiap insan ada potensinya tersendiri. Batu yang keras, jika dititis air lama-lama pastikan lekuk juga. Jadi poinnya di sini, bagaimana kita sebagai seorang (bakal) pendidik menerima kepelbagaian pelajar dengan hati terbuka, dengan minda yang positif bahawa setiap insan itu bisa saja dibina potensinya.

Oeh kerana itulah, janganlah kiranya kita merungut jika tiba-tiba kita ditaklifkan untuk mendidik pelajar di kelas belakang, kerana tunggak utama kejayaan seorang pendidik itu bukanlah semata-mata kerana berjaya menghabiskan sukatan pelajaran, atau memberi impak kepada pencapaian pelajar untuk mendapat A, akan tetapi percayalah, kejayaan hakiki seorang pendidik itu adalah sejauh mana seseorang itu mampu membantu para pelajarnya membina jati diri, kepercayaan serta rasa hormat kepada ilmu dan guru. Tempoh 16 minggu bukanlah masa yang cukup untuk melihat satu perubahan drastik berlaku. Rasionallah dalam bertindak dan berfikir.

Satu perkara penting yang perlu kita faham dan laksanakan adalah untuk memahami siapa pelajar kita. Hatta, jika anda masih ingat akan model ASSURE, ADDIE misalnya, kesemuanya memberi fokus kepada pemahaman terhadap siapa pelajar kita. Masih ingatkah anda? Kenapa kita perlu sangat mengenali pelajar kita? Tak kenal maka tak cinta. Kenal yang macamana pula? Saya pernah memberi kejutan kepada pelajar saya kala masih bertugas di sekolah dahulu. Sebelum memasuki kelas buat kali pertama, saya yang kala itu bertugas sebagai guru kelas telah terlebih dahulu meneliti fail setiap pelajar saya yang disertakan  foto mereka. Saya mengambil sedikit masa untuk mengenalpasti nama pelajar serta wajahnya. Latihan itu saya ulang beberapa kali sebelum melangkah ke kelas. Saya menyebut nama mereka satu persatu tanpa meminta mereka memperkenalkan diri. Ternyata itu satu kejutan dan dapat saya perhatikan wajah-wajah mereka yang begitu ‘surprised’ apabila saya mampu menyebut nama mereka tanpa teragak-agak. Itulah permulaan hubungan saya dengan pelajar saya di kelas Empat Mekanikal Tiga (4M3) di Teknik KL. Namun ini bukanlah contoh paling tepat dalam konteks seseorang guru mengenali pelajarnya, kerana selain daripada nama, adalah afdal jika seorang guru tahu latar belakang pelajar, khususnya aspek kekeluargaan. Banyak kes melalui pengalaman saya, sikap, pencapaian serta sakhsiah seseorang pelajar itu dipengaruhi isu keluarga.  Jadi dalam konteks praktikal yang hanya berlangsung selama 16 minggu ini, bagaimana agaknya anda mampu mengenali pelajar anda? Sebagai langkah singkat, molek kiranya anda mengambil inisiatif untuk berbicara dengan guru pembimbing (guru ini juga yang ‘melepaskan’ pelajar mereka kepada anda bukan?) kerana mereka lebih lama bersama pelajar, atau sekurang-kurangnya mempunyai sumber yang boleh dirujuk tentang latar belakang pelajar serta pencapaian lepas mereka.

Satu perkara lagi, yang tidak kurang pentingnya ialah, tanggungjawab guru untuk mengenalpasti objektif pengajarannya. Jika kita tahu tahap pelajar kita, ini akan memudahkan kita merangka apa expected outcome yang kita mahu mereka capai. Janganlah meletakkan objektif yang terlalu tinggi sehingga tidak dapat dilaksanakan pelajar. Itu satu ketidakadilan bagi mereka. Malah lebih parah jika guru yang meletakkan sesuatu objektif, menyalahkan pelajar seratus peratus apabila objektif tidak tercapai. Buatlah refleksi kendiri. Renung semula apa yang telah anda laksanakan di dalam kelas. Dapatkah anda perhatikan reaksi dan ekspresi wajah pelajar anda? Apa yang anda dapat? Adakah anda telah berjaya ‘menawan’ hati mereka? Percayalah bahawa, minda pelajar akan terbuka setelah hatinya kita sentuh. Selain itu, janganlah berhenti berdoa, agar hati-hati itu menjadi lembut dan teduh dengan kehadiran anda. Bukankah Allah jua pemilik setiap keping hati kita?


Note: Entri ini dan sebelumnya pernah disiarkan dalam blog lama saya. Sekadar perkongsian semula (^__^)

0 Comments



Leave a Reply.

    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Lifo Long Learning
    Love
    Memory
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Wedding