Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Catatan di hujung September

10/6/2015

2 Comments

 
Hujung September yang padat. Bertalu-talu dengan tugas yang datang dan pergi. Pun, cuba memberikan yang terbaik, di samping merafa'kan doa kehadrat-Nya agar dikurniai kesihatan yang baik untuk mengharungi segala macam agenda silih berganti. 

Tidur malam pula menjadi terlalu lena dek keletihan yang memanjat diri pada siang hari. Syukurlah segala perancangan berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah atas keizinan-Mu untuk hamba melalui hari-hari dengan penuh qana'ah dan rasa syukur atas segala kurnia-Mu jua. 

Rabu nan lepas, Hari Inovasi peringkat fakulti sekali lagi diadakan. Kali ini format pertandingan agak berbeza berbanding tahun nan sudah. Sesi 'pitching' kali ini digantikan dengan e-inovasi yang mengkehendaki peserta mempersiap bahan dalam bentuk digital untuk dihakimi. 

Saya cuba-cuba nasib dengan menghantar satu penyertaan  - tentang bagaimana virtual learning community diwujudkan dalam kalangan pelajar tahun pertama di fakulti. Saya memilih Powtoon sebagai aplikasi untuk menghasilkan bahan kerana ia sangat mudah digunakan - saya hanya menghabiskan beberapa jam untuk menyiapkan bahan yang hasilnya seperti di bawah. Penuh sederhana sungguh. Lalu tiada niat untuk sekali lagi menggondol apa-apa anugerah. Just for sake of taking part .. afteralll .. the more the merrier, right?!
​

Petang, sehari sebelum Hari Inovasi, saya dihubungi urusetia mengatakan bahan saya tersenarai pendek dalam tiga finalists yang akan berentap pada keesokan harinya. Menyesal pun ada juga kerana 'gatal' menghantar penyertaan .. hati sedikit gentar kerana dimaklumkan akan ada soal jawab lisan bersama pengadil yang dijemput dari luar .. di Dewan Besar, di kelilingi hadirin. Fuhh .. But life has to go on! Dengan muka sebal, hari esok harus didepani jua :P 

Selain kategori e-inovasi, pertandingan poster turut diadakan. Penyertaan terbuka kepada semua pensyarah fakulti. Lalu saya lihat ramai juga yang mengambil bahagian. Seronoknya tahun ini, pembentangan poster dilakukan dalam dewan - lebih sejuk dengan penyaman udara, lebih meriah kerana semua orang berkumpul setempat. Syabas untuk semua ahli jawatankuasa pelaksana tahun ini! Thumbs up!

Syukur dan sykur alhamdulillah .. tanpa diduga penyertaan sederhana saya itu akhirnya dinobatkan sebagai juara (juara kampung barangkali heh!) 
Picture
Picture
Ini pula poster saya - cuma pingat Perak :)
Picture
Tahniah Dr. Roslinda - juara kategori poster. I know you can do it Linda! :D
Picture
Tetamu cilik dari SSAS
Picture
Bersama salan seorang pemenang kategori poster - PM Dr Manisah .. tokey origami :)
Selesai  Hari Inovasi, bergelumang pula dengan penghasilan Buku Program untuk Persidangan ACERN. Tugas menyusun jadual pembentangan selari tidak semudah diduga. Lalu saya dan rakan Dr.  Masla berkampung di fakulti beberapa petang untuk menyiapkan susunan pembentangan sesi selari. Tambahan dan pembetulan sana sini sentiasa ada. Namun, berakhirnya tugas ini apabila akhirnya segala bahan tersusun kemas dan siap untuk dicetak. Alhamdulillah!

Esok bakal berlangsung hari pertama persidangan ACERN. Saya mendap di bilik pagi ini untuk menyiapkan baan pembentangan seperti di bawah. Kali ini saya menggunakan Prezi. 
Semalam pula berlangsung bengkel penulisan artikel di mana saya turut dijemput. Malangnya kerana masa yang terlalu mengejar, saya tidak sempat menyempurnakan makalah yang dirancang. Masih tinggal 40% lalu saya hadir dengan tangan kosong :( ​
Picture
Sebelah petang pula, taklimat kenaikan pangkat berlangsung di DTAMS. Sebagai pensyarah yang belum naik pangkat, kami diarahkan hadir. Kriterianya? Agak menyesakkan dagu ... lupakanlah buat seketika. Fokus kepada apa yang ada di hadapan mata, bekerja kerana Allah, mudah-mudahan diganjari dalam bentuk lain pula :) ​
Picture
Nota: Dunia jika dikejar semakin lari ... namun akhirat bila dicari semakin menghampiri - peringatan buat diri. 
2 Comments
kamariah kamarudin link
10/22/2015 01:19:02 pm

Dr. Fariza, teruskan mencatat lantaran dapat berkongsi kisah dan pengalaman. Tahniah atas segala pencapaian yang akhirnya membawa diri kepada Yang Maha Bijaksana dan Pencipta.

Bagaimana dengan perancangan "Surat Dua Sahabat"? Ayuh, hidupkan semula!

Reply
Fariza
11/20/2015 02:19:00 am

Salam wahai sahabatku Dr Kay .. maaflah begitu lambat sekali aku membalas maklum untuk masuk ke sinipun jarang-jarang sekali lantaran masa yang sentiasa menyekat. ALhamdulillah atas segala nikmat kurnia-NYa jua .. InsyaALlah kelak ada kesempatan akan kusambung SDS weh!!

Reply



Leave a Reply.

    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Viva
    Wedding