Harta kekayaan, pangkat, darjat boleh dicari namun jika tiada budi bahasa apalah ertinya hidup di dunia sebagai hamba Allah? Saya menghadiri satu mesyuarat khas baru-baru ini di fakulti. Seperti biasa, ini kesempatan yang perlu digunakan sebaiknya untuk bertegur sapa dengan rakan-rakan sejawat setelah beberapa lama tidak bersua muka. Sedang saya duduk-duduk sambil menghabiskan sisipan secangkir kopi di tangan, datang seseorang mendekati salah seorang rakan sejawat saya. "Satu dan dua hari bulan ini you kena pergi XXX untuk tugas XXX." Sahabat saya ternganga. Tiada salam tanda permulaan kalam. "Untuk apa tu Dr. Y?" soalnya bodoh. (Memang dia mengaku kebodohan kala itu pada pada setelah peristiwa itu berlaku.) "You kena buat XXX. Block tarikh tu dalam jadual!". Selamba benar wajah seseorang itu, mengalahkan ketua fakulti. Sahabat di hadapan tidak terkata. Angguk tidak gelengpun tidak dan seseroang itu berlalu. "Hey .. kenapa kasar benar budi bahasanya? Tidak bolehkah bertanya elok-elok?" sahabat itu melepas geram sambil separuh menggumam. "Sekurang-kurangnya tanyalah dahulu sama ada aku ada hal lain atau tidak pada tarikh itu. Ini tidak, terus diarahnya, kayak kita ni budak-budak?!" . Jelas dia marah. Saya tidak mahu menyimbah minyak pada api nanti semakin marak pula tentu sukar untuk memadamkannya. Lalu diam adalah pilihan terbaik. "Apa guna pangkat dan gelaran, kalau budi bahasa duduk di telapak kaki!" Sinis. Sahabat saya itu terus angkat punggung usai mengujarkan ayat terakhir. Begitu setelah bersurai dari bilik mesyuarat itu, telefon saya berdecit. Ada mesej di whatsapp. Begini: Ayat indah ini kiriman daripada sahabat saya di UNIMAS, Salmah. Hati saya tersentuh. Seperti ada telepati pula. Baru sekejapan saya melalui satu insiden yang melihat bagaimana budi bahasa ditolak tepi oleh seseorang yang ada nama, pangkat dan gaya. Dan sekarang, dia menghantar satu pesanan, terus singgah di sanubari. Terima kasih mate, peringatan ini sungguh bermakna, bukan sahja untuk dibaca, namun diamal dan dihayati.
Nota: Apabila hilang budi bahasa daripada pertuturan dan tingkah laku seseorang, tanggallah segala rasa hormat orang pada dirinya seakan pudarnya warna air bila disimbah air lalu.
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|