Ramadhan bertamu lagi. Menitip pesan dari Syaaban yang telah pergi .. mengingatkan diri akan Syawal yang bakal ditempuhi, apakah madrasah Ramadhan memberi impak pada paksi diri sebagai abdi-Llah ... memperteguh nilai istiqamah dalam pengabdian ... mudah2an Ya Rabb Ya Rahmaan .. perjalanan yang baru sehari ditempuhi ini menjadi permulaan kepada hijrah nan abadi dalam diri .. ameen...
Semalam, barangkali tarikhnya begitu kena dengan kedatangan Ramadhan, lalu syukurlah kepada Yang Esa kerana memberi ruang untuk kami mendapat pengisian minda dan rohani. Kedatangan Dato' Dr. Afifi al-Akiti ke majlis ilmu U-Wise anjuran Universiti Islam Malaysia (UIM) bagitu bermakna. Hampir tiga jam menadah telinga dan membuka dada, setiap maklumat dan penerangan seperti lancarnya air sungai mengalir ke dalam takungan minda. Begitu hebat nikmat yang Allah Azza wa Jalla kurniakan kepada anak Melayu yang membawa nama Malaysia ke persada dunia. Ah, terasa rugi kerana saya tidak berkesempatan menjejak kaki ke Oxford University kala bertamu di bumi ratu dahulu :( Begitu menarik kupasan beliau tentang maksud 'hikmah' atau wisdom. Benarlah, hikmah itu seperti satu barang berharga yang hilang daripada kita, lalu wajarlah usaha untuk mencarinya dilakukan secara tekal, dengan niat yang padu dan azam beribu. Ditekankan juga bahawa 'hikmah' itu tidak akan dapat dirasai oleh mana-mana individu, kecuali setelah sesuatu ilmu itu diamalkan atau diaplikasi dalam bentuk yang bermakna. Saya misalnya, begitu tertarik dengan apa yang disampaikan daripada Imam al-Ghazali tentnag peri pentingnnya keseimbangan dalam elemen aqli dan naqli dalam membentuk kehidupan yang menjamin pahala di sisi-Nya. Jelas bahawa Islam bukanlah hanya semata-mata agama di tikar sembahyang, namun sebaliknya, penekanan terhadap ilmu dunia tidak pernah diabaikan dalam tradisi Islam kita. Justeru, lewat doa seusai solat yang sering kita lafazkan - "Rabbana aatina fid dunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqinaa azaaban naar.." - Bukankah dalam doa ini kita memohon kebaikan hidup di dunia dan juga di akhirat? Bicara semalam memujuk minda, membujuk jiwa. Lalu menghantar keinsafan apabila ditatang neraca kehidupan selama ini .. seimbangkah dunia dan akhirat kita? Hati luluh. Terasa diri ini memang alpa. Sehari sebelum itu pula, temuduga kemasukan pelajar baru berlangsung di fakulti. Pelbagai ragam dan rasa dihidangkan para calon yang datang. Selamat datang ke UKM buat yang berjaya, manakala yang tidak, saya mendoakan jalan lebih baik buat semua :)
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|