Agak lama tidak mengendalikan bengkel latihan, sementelah dalam keadaan negara masih berjaga-jaga dengan wabak Covid 19. Apapun, perihal kerja sendiri juga banyak membataskan keaktifan dalam sesi perkongsian akademik bersama rakan-rakan di luar sana.
Namun alhamdulillah, semalam dan hari ini berkesempatan meluangkan masa untuk berbincang tentang Scholarship of Teaching and Learning bersama rakan-rakan pensyarah dari Fakulti Perubatan UKM. Terima kasih di atas perhatian dan komitmen disepanjang 2 hari bengkel berlangsung. Slot saya di hari kedua - berbincang tentang bagaimana mengendalikan SoTL dalam konteks P&P menggunakan kerangka model ADDIE serta bagaimana menggarap keperluan dari sudtu teori pembelajaran, pendekatan pembelajaran, metodologi serta pelaksanaan penilaian untuk disesuaikan dengan keperluan P&P dan dalam masa yang sama mengendalikan satu kajian empirikal. Usai sesi perkongsian, kami dipecahkan pula kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk membantu penyediaan proposal kajian. Saya dan Dr Azlina bertanggungjawab membantu kajian yang berhasrat membangunkan satu Virtual Clerkship untuk pelajar-pelajar Farmasi. Banyak input yang diberi, serta cadangan bagi membolehkan proposal lengkap dapat dihasilkan dan selari dengan perspektif pendidikan. All the best semua .. hope to see a complete proposal on the 22nd! Sekalung budi buat Fakulti Perubatan di atas jemputan ini. Tidak dilupakan Prof Lilia dan Prof Kamisah yang telah menjemput saya menjadi sebahagian daripada ahli pasukan :) Semoga ada manfaat daripada keseluruhan pembentangan dan perkongsian yang telah diberikan. Allahul musta'an .. ! #SoTL #training #medicukm #fpendukm
0 Comments
![]() SPPPT kembali lagi! Tiada saya sangka kohort kedua tiba dalam jangka masa yang sangat singkat - sekitar tambah tolak dua bulan daripada Siri Pertama SPPPT yang berlangsung September nan lalu. Namun Siri 2 ini lebih meriah kerana kami - pembangun modul asal bersetuju sebulat suara untuk menambah bilangan pengajar lalu tiga ahli lain dijemput turut serta untuk menjayakan modul Redesigining Learning Experiences ini menjadikan jumlah kami seramai 6 orang kini .. meriah gitu!
Terima kasih tidak terhingga di atas sinergi yang mantap antara semua ahli - Prof Ismail, Dr Harwati, Dr Khalid, Dr Hisyam serta Dr Siti Nurdiyana. Mudah-mudahan kerjasama ini berpanjangan dan sama-sama dapat mengisi kekurangan yang ada :) Kohort kedua ini agak kurang jumlahnya namun ia bukan satu tiket untuk meringan-ringankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Modul ini memberi fokus terhadap dua kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua pensyarah - kemahiran merancang dan mereka bentuk pengalaman pembelajaran serta bagaimana mengendalikan suasana kelas secara active learning. Tambahan pula, dalam suasana pandemik yang menuntut semua aktiviti pembelajaran dilaksanakan secara dalam talian, lalu kreativiti dan usaha yang lebih perlu digarap oleh pengajar bagi memastikan pembelajaran bermakna dapat digapai oleh para pelajar. Tidak ketinggalan, kemahiran mengenalpasti pokok masalah dalam pembelajaran pelajar menggunakan pendekatan instructional design turut diberikan penekanan. Apalah guna aktiviti yang dilaksanakan tanpa justifikasi KENAPA ia dipilih dan dilaksanakan? Hal ini satu isu yang sangat perlu diberi perhatian oleh semua tenaga pengajar. Justeru bersifat reflektif dan terbuka terhadap sebarang penambahbaikan berterusan adalah intipati dalam menentukan kemenjadian seseorang sebagai seorang pensyarah yang berkaliber. Terlalu banyak aspek yang perlu disentuh dalam tempoh masa yang agak singkat. InshaAllah, pada siri seterusnya kami akan terus menambahbaik kaedah pelaksanaan modul ini agar menetapi keperluan dan praktis semua. Ala kulli hal .. November adalah bulan yang panjang. Terlalu panjang buat saya. Justeru banyak komitmen kerja yang perlu dilangsai, disusun satu persatu secara terancang. Namun, masa terus sahaja berlalu tanpa menoleh. Saya agak kelelahan mengejar. Apatah lagi dengan tugas-tugas pengajaran, pentadbiran, penyeliaan dan tidak ketinggalan tanggungjawab melunasi aktiviti penyelidikan dan penerbitan bagi tiga geran saya yang masih berbaki dan hampir tamat Disember ini! Beberapa malam saya menjadi zombie kerana tuntutan ini memburu sehingga tidur malam saya diigau dengan pelbagai perkara dan sudahnya, otak terus aktif bekerja meski fizikal sudah kepenatan. Disember bakal menjengah. Dear December, please be gentle to me! hahahahah! How I wish! All the best buat semua .. semoga di atas setiap keringat yang dititiskan untuk melunasi tugas dan amanah diganjari hikmah dan rahmah daripada-Nya jua. ![]() Saya dihubungi oleh sorang pelajar dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat dan beliau menyatakan hasrat untuk menemubual bagi tujuan penghasilan tugasan berkumpulan bagi tajuk Tokoh UKM untuk kursus Citra (Fotografi). Tidaklah selayaknya saya digelar tokoh, memandangkan pengalaman dan sumbangan yang ada tidaklah seberapa namun kerana menghormati permintaan pelajar, saya bersetuju untuk ditemubual secara ringkas.
Kumpulan ini merupakan gabungan para pelajar daripada fakulti yang berbeza - Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Pendidikan, serta Fakulti Sains dan Teknologi. Setiap mereka bertanyakan soalan bagi bahagian masing-masing - Claudia, Pek Yun, Kang Hoa dan Anis. Ringkas tak ringkas, hampir 1 jam juga bercerita itu ini. Tidak lupa juga diselitkan kata-kata nasihat untuk anak-anak muda tentang keghairahan menggunakan teknologi serta tips untuk mencapai kejayaan dalam hidup. To all of you who came to me today, I wish you the best of luck! xoxo Hasrat ini seringkali tertangguh-tangguh meskipun banyak kali disebut-sebut secara lisan! Sehinggalah akhirnya saya meninggalkan bilik Ketua Program PhD, baharulah akhirnya impian menjadi nyata haha!
Alhamdulillah, dapat mengumpulkan semua orang kuat jawatankuasa siswazah FPend yang selama ini banyak menjadi tulang belakang kami dalam segala urusan berkaitan pelajar Sarjana dan PhD: Nad, Siti, Naza, Sue, Anaqhi, Zura, K.Mahani, En Nizam, K Sah dan tidak ketinggalan KJK Dr Fendi serta KP Sarjana Dr Suzi. Terima kasih banyak-banyak di atas komitmen dan sokongan kepada saya selama bertugas sebagai KP PhD malah tidak jemu mengajar saya segala perkara yang saya tidak tahu sehingga menjadi tahu :) p/s: Terima kasih juga di atas kek yang marvellous! #friendshipremainsandnevercanend Saya diamanahkan untuk membangunkan serta mengendalikan salah satu modul bagi Sijil Profesional Pengajaran Pendidikan Tinggi untuk dihadiri oleh para pensyarah baharu - Modul Rekabentuk Semula Pengalaman Pembelajaran atau nama 'catchy' nya ReLEx. Bersama-sama saya yang merupakan pembangun modul dan tenaga pengajar adalah Prof Ismail Saibon serta Dr Harwati Hashim. Esok merupakan hari terakhir untuk modul ini di mana para peserta akan membentangkan pengajaran secara mikro. Selamat maju jaya buat semua! ^___^ Alhamdulillah, hari ini saya sempat menyerahkan Nota Serah Tugas untuk jawatan Ketua Porgram PhD bagi Fakulti Pendidikan yang saya sandang lebih kurang 2 tahun setengah. Penggal pelantikan saya sebagai Ketua Program PhD sepatutnya berakhir pada bulan Februari 2021, namun kerana komitmen lain di Pusat Kembangan Pendidikan, jawatan ini tergugur sekaligus :D Terima kasih Puan Nad kerana sudi bergambar kenangan dan mewakili TD Siswazah untuk menerima nota serah tugas ini. Saya mencari bos Siswazah (Prof Nik) namun beliau mempunyai tugas lain siang tadi. Banyak yang saya pelajari semasa memegang jawatan ini .. dan banyak lagi perkara yang mungkin saya tidak sempat belajar! Apapun, saya tabik hormat kepada semua kakitangan siswazah yang bukan sahaja komited dalam kerja mereka malah seringkali menjadi tempat rujukan saya apabila diperlukan : Puan Nad, Siti, Naza, Sue, Anaqhi, Zura dan Kak Mahani merupakan tulang belakang saya semasa menjadi ketua program. Tidak lupa, TD kami Prof Nik yang sentiasa bersikap supportive serta tenang dalam apa jua situasi yang mendatang. Terima kasih semua atas kerjasama yang erat serta banyak mempermudahkan urusan saya selama ini. Sepuluh jari disusun jika ada kekurangan (pasti ada) dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini. Didoakan semua dalam rahmat Allah jua :) Pantasnya masa berlalu! Baru sekejap rasanya saya menulis satu entri tentang Hari Kualiti. Tup tup .. acara yang sama untuk tahun ini kembali lagi - namun dinaiktaraf namanya kepada Anugerah Seri Sanggar Intelek .. hebat tak namanya? Kehadiran saya ke majlis ini adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai ahli fakulti untuk turut sama menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. Justeru, tahun lepas saya telah merasai rezeki untuk APC dan Anugerah Amalan Berkualiti, lalu tahun ini saya tidak menyimpan apa-apa harapan untuk naik ke pentas lagi. Dapat duduk-duduk bersama rakan fakulti, bergurau senda dan menyakat sana-sini merupakan momen indah yang jarang-jarang dapat dirasai dalam aktiviti seharian. Lalu kebersamaan itu yang benar-benar didambakan di sebalik kehadiran ke majlis ini. Tahniah kepada Dr Effendi @ Ewan - adik saya yang begitu cemerlang dalam tugasnya sebagai KJK Fakulti Pendidikan. Sekalung tahniah juga buat semua penerima APC kali ini serta penerima anugerah2 lain dan tidak ketinggalan salam perpisahan buat ahli-ahli fakulti yang telah bersara .. banyak kenangan dan penitisan ilmu yang saya perolehi kala berdampingan dengan insan-insan hebat yang telah banyak menabur bakti kepada anak bangsa ini! Semoga Allah merahmati segala jasa baik dan ilmu bermanfaat yang dikongsi ... ameen. Alhamdulillah juga .. tiada menyangka untuk menerima anugerah top 10 untuk penerbitan dalam jurnal WoS/SCOPUS. Saya sendiri tidaklah aktif mana menulis dan menerbit, justeru terlalu banyak komitmen lain yang menanti di kiri kanan. Namun alhamdulillah .. kiranya para pelajar saya banyak menyumbang kepada anugerah ini. Terima kasih semua anak2 didik saya! Turut tidak saya sangka penglibatan dengan pihak industri (Telekom) yang memberikan sejumlah dana penyelidikan menyumbang turut diiktiraf. Alhamdulillah, jasa baik pihak Telekom akan sentiasa saya kenang :) Oktober kian mampir. Perancangan saya bertingkat-tingkat! Ada beberapa projek yang belum berkesudahan. Allahu Ya Mujib - kurniakan ketenangan jiwa dan kedalaman zihni untuk aku terus berkarya sebagai seorang akademik dan tetapkanlah aku dalam keimanan dan kurniakan daku dengan sifat qana'ah dalam setiap nikmat yang Engkau hadiahkan ... Ini suatu amanah yang berat dan saya sendiri masih sangsi samada saya mampu menggalas tanggungjawab ini sebaiknya. Namun saya percaya sesuatu itu berlaku pasti ada hikmah dan pengajarannya. Lalu saya cuba tenangkan hati dan pujuk minda untuk melihat sisi yang positif daripada pelantikan ini. Tugas 'core' saya yang diamanahkan adalah untuk start up program berbentuk Distance Open Learning (ODL). Hasrat UKM adalah untuk menjadikan menara gading ini sebagai satu hub pembelajaran dalam talian yang mampu menarik lebih ramai pelajar daripada latar belakang serta geografi yang berbeza. Namun, untuk menjadikannya sebagai ODL yang benar-benar menepati ciri-ciri ODL yang sepatutnya, banyak tugas yang perlu dilangsaikan. Semuanya bersarang di dalam zihni saya dan saya memerlukan kapasiti minda yang tenang dan rasional untuk articulate setiap satu sub-tugas agar dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan yang sistematik dan efektif. Kepada Allah Azza wa Jalla saya memohon rahmat dan rahim-Nya agar dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk melunasi amanah ini dan impian untuk melihat 10 program ditawarkan secara ODL menjelang semester awal tahun 2021 menjadi satu kenyataan. Allahul Musta'aan ... Ianya satu sinergi yang terbentuk dalam ekosistem yang dinamik. Tanpa sinergi dan sense of ownership yang tinggi, pencapaian yang membanggakan ini sudah tentu hanya sekadar mainan mimpi di siang haru. Waduh ..! Berkilas bahasa pulak kali ni! Alhamdulillah ala kulli hal, Audit SIRIM selama dua hari (6&7 Julai 2020) berlangsung dalam suasana yang agak intense namun bersistematik. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas khususnya buat KJK Fakulti kami Dr Effendi dan tidak dilupakan Pn Nadia yang banyak membantu dalam melengkapkan segala keperluan dan dokumen. Syabas juga buat semua auditee yang berjaya mengharungi sesi interogasi dengan penuh tenang dan berhemah. Berita gembira apabila Pn Elly, auditor kami mengumumkan tiada NCR, tiada FOI untuk Fakulti Pendidikan disambut dengan tepukan dan tangisan air mata gembira. Menambah kemeriahan apabila sambutan hari jadi Pn Nad turut diraikan secara kecil-kecilan dengan acara pemotongan kek yang sodap. Happy belated birthday Nad! Nanti saya bagi hadiah ye! :) Selesai bab audit, hari ini bergelumang pula dengan bengkel penyediaan proforma bagi kursus wajib baharu sarjana. Saya terlibat dalam penggubalan proforma untuk Kursus Penyelidikan bersama Prof Lilia dan Dr Aidah. Esok pula akan berlangsung bengkel bersama Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat berkaitan pemerkasaan Active Learning untuk pdp dalam talian. Allah Allah .. tak cukup kaki tangan dah ni .. markah juga masih ada yang belum diberesi, kerja-kerja editorial juga sudah mendapat 'warning' daripada Editor of Chief - Chris. Tuhanku, berikan rahmat dan rahim Mu buat kami yang sentiasa mengejar tugas-tugas dunia .. mudah-mudahan ia menjadi bekal pahala untuk kehidupan hakiki di sana .. Jom semua, kita sambung kerja! Sememangnya ini normal baharu. Segala aktiviti turut melalui proses modifikasi untuk disesuaikan dengan keadaan dan tuntutan semasa. Pagi tadi kami bersiaran dalam talian lagi untuk mendengar Taklimat Latihan Ilmiah yang akan dilalui oleh para pelajar FPend tidak lama lagi.
Semoga kaedah baharu yang telah diformulakan oleh pakar-pakar pendidikan di fakulti dapat memberi manfaat dan pembelajaran yang bermakna buat para pelajar. Oh oh .. ramai sebenarnya yang hadir namun kebanyakan lebih suka menyorok di sebalik gambar pegun. Jadi saya hanya tampal page yang memaparkan wajah 'live' sahaja ye:) |
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|