Alhamdulillah, another viva voce done for my PhD student. Congratulations, Ikram for passing your viva! My highest gratitude to all examiners - external and internal who had done thorough reading and engaged us in a fruitful and insightful discussion just now. So Ikram, it is time for you to focus on the corrections. Time is really a constraint. Till then, all the best! Sebagai kenangan, gambar semasa mock viva beberapa hari sebelum viva sebenar:
0 Comments
Alhamdulillah setelah ditangguh dan ditangguh, konvokesyen 2021 akhirnya berlangsung juga. Seperti lazimnya, saya tentunya teruja untuk meraikan anak-anak didik yang naik ke pentas sebagai 'winner' dalam perjuangan menuntut ilmu. Beberapa pelajar sarjana di bawah penyeliaan saya yang bergraduat - Rafik, Hajar, Syahiza, Wahieda, Nur Jannah, serta seorang pelajar prasiswazah yang kini telah melanjutkan pengajian di peringkat sarjana - Musfirah. Sewaktu beliau di tahun akhir pengajian prasiswazah, saya juga bertindak sebagai penyelia latihan ilmiah dan kini sebagai penyelia kajia sarjana pula ;) Terima kasih anak-anak yang sudi berkejaran ke fakulti untuk acara ringkas bergambar. Tidak lupa, tahniah juga buat Husniyyah dan Mazlia yang sudi bersama. meskipun tidak berada di bawah penyeliaan saya :) Tahniah dan tahniah buat semua! Jangan lupa hasrat kalian untuk menyambung pengajian di peringkat PhD pula! I am a proud lecturer! ^___^ Bersama pelajar PhD saya Farhana selama hampir 2 jam di talian Zoom. Beliau sebenarnya pelajar berpotensi besar dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kerjaya. Namun kerana komitmen terhadap kerja agak menyekat aktiviti penyelidikan. Namun alhamdulillah, dalam pertemuan tersebut saya banyak berkongsi tentang strategi bagaimana untuk move on dan bagaimana untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan procrastination! Turut dibincang secara panjang lebar juga adalah bagaiamana pentingnya untuk memetakan dapatan akhir dengna penyataan masalah yang dikemukakan di bab 1. Semoga Farhana terus dalam momentum dan akhirnya dapat mencapai timeline yang digagaskan dengan jaya. Chayukkk Fana!! Alhamdulillah seorang lagi pelajar saya telah lulus ujian viva! Kali ini calon bagi program Doktor Pendidikan Tinggi, Pn Marini yang menjalankan kajian bertajuk Pembangunan dan Penilaian Modul VJava bagi Kursus Asas Pengaturcaraan Komputer untuk Pendidikan Tinggi. Pembaca luar adalah PM Dr Zaleha Abdullan (Dr Zac) dari UTM Skudai, manakala pembaca dalam adalah DR Ahmad Zamri Mansor. My heartfelt thanks to both readers and not forgotten PM Dr Hamidah for chairing the session. We conducted a mock viva just a few days before the actual viva. Since Marini is an experienced lecturer, she knows best what and why she does shat she did, so we didn't have any major issues to be addressed. She was given a minor correction (3 months) - which I think very much achievable since she has just retired from her work - so I urged her to make it full swing and submit the correction on time. For those who haven't finished your journey, do not worry! Your time will come. This journey is not an easy one but believe me, if you have courage, passion and determination, I can guarantee that you will finally reach the final destination! Keep it up peeps!! xoxo Dr. F Lantaran kekangan masa dan jarak, talian maya digunakan untuk bertemu dengan para pelajar di bawah penyeliaan bagi tujuan pengisian laporan kemajuan calon. Saya cuma mencuri 15 minit daripada masa mereka namun agak menyeronokkan juga apabila dapat bertemu mata dengan anak-anak seliaan satu-persatu! Sebenarnya bukanlah niat saya untuk menambah level of stress yang sedia ada, tetapi lebih kepada follow up terhadap perkembangan masing-masing. Meskipun tidak dinafikan ramai yang tekal berhubung dan melaporkan perkembangan penyelidikan kepada saya, namun ada juga sebilangan yang mungkin terlalu sibuk dengan komitmen kerja sehingga banyak kali pertemuan yang sepatutnya diadakan tertangguh dari masa ke semasa. Apapun saya mendoakan semua pelajar saya sentiasa di dalam momentum dan semangat. Memang perjalanan dalam dunia pasca siswazah khususnya PhD bukanlah satu perjalanan yang enak dan menggebu-gebu, justeru ujian dan tribulasi sentiasa menanti di kiri kanan. Tugas seorang penyelia pula bukanlah untuk memberitahu atau mengarahkan pelajar melakukan ini dan itu, tetapi sebaliknya melakar jalan yang boleh diterokai. Scaffolding perlu berlaku dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk mencari dan mengenalpasti apa yang hendak dikaji dan lebih penting kenapa ia perlu dikaji. Namun itu tidak bermakna seorang penyelia harus lepas tangan dan membiarkan anak-anaknya berkeliaran tanap arah tuju. Jika ternampak bayang-bayang pelajar akan kesesatan, penyelia wajib membantu mencari 'bearing' yang sesuai untuk memastikan calon terus berada di landasan yang benar. ** Tiada dalam gambar - IZZAT. Sorry Izzat terlupa nak printscreen sebab orang pertama :)
3 Julai 2020 - berlangsungnya viva voce untuk Hairul, pelajar PhD saya di Telesidang Fakulti Pendidikan. Tarikh sebenar viva beliau telah dikeluarkan lama dahulu namun kerana PKP yang diwartakan, tarikh tersebut terbatal automatis. Penantian yang agak lama sememangnya mengundang resah yang tidak berpenghujung, namun alhamdulillah hari yang ditunggu tiba jua.
Tentunya hari viva hari yang penuh emosi bagi semua calon. Selain ia mencatat sejarah tersendiri dalam perjalanan yang panjang dan penuh pancawarna, viva juga merupakan permulaan sebuah perjalanan sebenar. Tahniah saudara Hairul! Semoga momentum untuk pembetulan ini diteruskan secara tekal. Allahul Musta'an .. Alhamdulillah all praise to Allah The Almighty - the viva for Letchumanan, my PhD student from Computer Education Program went smoothly. The external examiner was Prof Zaidatun from UTM and the internal was Dr Norhafizah.
Although the original date for viva was postponed due to Covid 19, the outcome was satisfactory enough. Manan was given 3 months correction time which means a minor correction. It was a relief once we heard the result. Thanks to Dr Siti, my 'other half', who has given a tremendous support to Manan throughout his PhD endeavour. To my other supervisees, please be positive. Although is it undeniable that a PhD journey might be different from one person to another, the rule is simple - your main competitor is not others but you and you yourself. So have a trust in your own work, and never compare your performance with others. As long as you know what you are doing, follow the trail up to the end. And as a supervisor, I am always here to help and my prayer goes to all of you. Let's celebrate this little good news and take it as a motivation for you to get going :) Congratulations Manan! Ini adalah para pelajar sarjana eksekutif di bawah penyeliaan saya. Mereka tidak ramai, hanya bertiga sahaja - Shahila, Nithiya dan Hafizah. Hari ini kami bertemu lagi secara maya, dibatasi jarak: Kedah-Johor-Terenggau-Putrajaya. Namun perbincangan berlaku dengan baik dan lancar, Masing-masing kelihatan bersemangat untuk menyiapkan Kertas Projek 1 serta Kajian Bebas masing-masing. Saya juga telah mengulangi lagi sekali tentang format penulisan artikel serta anatominya yang standard. Penggunaan NVivo perlu dimanipulasi sebaiknya kerana mereka akan menghasilkan penulisan berbentuk kertas konsep melibatkan Systematic Literature Review. Mudah-mudahan hasilnya dapat diterbitkan inshaAllah. All the best semua! :) #zoom #supervision #sustematicliteraturereview Sedar tidak sedar saya sudah agak ramai 'anak' rupanya. Saban tahun, bilangannya semakin bertambah, sama ada saya sebagai ibu kandung atau ibu tiri. Setiap seorang berada di tahap berbeza-beza mengikut tahun kemasukan serta progress individu. Ada yang full time, ada yang part time. Baru-baru ini tiga pelajar saya - Ikram, Izzat dan Syaida membentangkan proposal kajian masing-masing di Seminar Siswazah. Saya tidak ketinggalan untuk hadir memberikan semangat. Sehari sebelum pembentangan sebenar, saya sempat juga mendengar pembentangan mereka serta menyuntik beberapa input yang dirasakan sesuai. Selesai acara di Seminar Siswazah, kami menuju ke Bangi Resort Hotel untuk acara makan-makan pula. Meski tidak semua yang dapat hadir, saya berbesar hati kerana dapat meluangkan sedikit masa bersama mereka dalam keadaan santai. Banyak juga isu yang dibangkitkan semasa di meja makan. Namun itu tidak menghalang untuk mengulangambil makanan sehinga 4-5 pusingan! Sebenarnya perjalanan PhD adalah satu perjalanan yang panjang dan sunyi. Jadi, nasihat saya janganlah berjalan seorang diri. Pastikan anda sentiada ditemani rakan di kiri dan kanan kerana jika terjatuh, ada orang yang akan memimpin kita untuk bangkit semula! Perjalanan Phd memangnya tiada yang mudah, malah penuh dengan luka dan perit. Namun percayalah, kepayahan ini bukanlah apa-apa jika hendak dibandingkan dengan perasaan indah tatkala perjalanan ini tamat. Percayalah! Namun, anda perlu sampai ke destinasi terlebih dahulu untuk benar-benar mengerti apa yang saya bicarakan ini :) Waktu kini kian menghampiri musim konvokesyen, lalu anak-anak siswazah dan prasiswazah sudah mula melangsaikan 'hutang' mereka. Hasil jerih-perih mencatat, menganalisis dan menulis keseluruhan proses dan dapatan penyelidikan masing-masing tentunya menghambat rutin seharian namun itulah resmi hidup sebagai pelajar di IPT. Penyelidikan, tesis dan penyelia tidak dapat dipisahkan! Minggu ini saya menerima kunjungan Hazeem, Ezyan serta Shah yang masing-masing datang berbekalkan tesis berjilid keras sebagai tanda sempurna sudah sebuah karya empirikal yang menuntut ketabahan yang bukan sedikit. Mabruk semua! Tahniah yang berbanggalah dengan hasil kerja anda semua sebagai mana bangganya saya menerima naskhah tersebut! Oh, terima kasih jua atas ole-ole ingatan! Di penghujung minggu juga saya dikunjungi Syaida, pelajar PhD saya (mantan pelajar sarjana saya juga) di bilik. Terima kasih Syaida atas ingatan pada tarikh hari lahir saya yang sememangnya tidak mahu saya warwarkan di sosial media atau kepada anak-anak didik kerana bimbang menyusahkan atau terasa semaca ada keperluan mencari hadiah sempena tarikh itu. Namun, Syaida antara yang mengingatinya. Tahun nan sudah, Syaida jugalah yang hadir ke bilik bersama kek yang enak - dinikmati bersama Hazeem dan Ezyan. What a coincidence! Hehehe
Semoga Allah membalas budi baik kalian semua atas kenangan indah ini ^___^ |
Archives
April 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |