Dr Hairul, bekas pelajar di bawah seliaan saya.
Seringkali beliau tidak melupakan guru-gurunya. Saban tahun ada sahaja bingkisan Hari Guru buat saya serta guru-gurunya yang lain. Terima kasih Hairul, semoga ukhuwwah berpanjangan. Mendoakan kesejahteraan dirimu serta perkembangan kerjaya yang cemerlang inshaAllah!
0 Comments
Agak lama tempoh menunggu namun penantian itu bukanlah satu penyiksaan kerana apa yang menanti di seberang sana adalah satu impian yang bakal menjadi nyata. Pelajar Doktor Pendidikan Tinggi saya - Pn Hafizhah Suzana pada hari ini telah lulus vivanya, alhamdulillah thummal hamdulillah .. apa lagi yang diharapkan? Pembetulan itu banyak atau sedikit, merupakan lumrah dalam urusan viva. Tahniah Pn Zana! Semoga kejayaan pada hari ini menjadi nadi penggerak kepada semua pelajar-pelajar PhD dan EdD yang lain. Memang tidak ada yang mudah dalam perjalanan ini kerana liku-liku yang harus diharungi tentulah menuntut nilai kelenturan, tabahjiwa serta ketekunan individu. Jangan dikeluhkan kepada kesukaran yang pernah dilalui, namun bersujud syukurlah kerana perjalanan yang panjang itu hanya tinggal sejengkal cuma. Teruskan momentum dan teruslah dengan usaha melengkapkan pembetulan ye :) Sekalung penghargaan buat semua pembaca luar - PM Azidah (USM), PM Habibah (UPM) serta penilai dalam Dr Aidah. Juga tidak dilupakan penyelia bersama Prof Supyan :) #anotherviva #anothergraduate Saya dikunjungi beliau minggu nak lepas. Kebetulan pula saya bekerja di bilik asal saya di fakulti lalu beliau terus mengunjungi saya di situ. Dr. Izzat, seorang pelajar PhD yang begitu tekun dalam segenap usaha yang dicurahkan. Kajian beliau adalah tentang penggunaan aplikasi mudahalih dalam pengajaran Matematik. Sebagai seorang guru Matematik yang bertugas di sekolah rendah, kajiannya dijalankan dalam konteks pekerjaan seharian. Beliau banyak sekali menerbitkan artikel di jurnal-jurnal SCOPUS. Malah bukan hanya penerbitan dalam jurnal, beliau turut menyertai pelbagai pertandingan inovasi penyelidikan sehingga menggondol Diamond Award. Semangat dan kesungguhan ini saya kira perlu dijadikan contoh oleh pelaajr-pelajar lain khususnya yang berada di bawah penyeliaan saya sendiri. Meskipun berstatus pelajar separuh masa, Dr Izzat mampu menyiapkan penulisan tesis pada semester ke-6. Ini satu cabaran untuk pelajar-pelajar lain juga. Sekalung tahniah sekali lagi Izzat, di atas kejayaan yang cemerlang ini! Saya doakan Izzat akan terus cemerlang dalam bidang pendidikan serta mampu menghidupkan roh penyelidikan dalam praktis seharian. InshaAllah panjang umur kita ketemu lagi :) Terima kasih juga di atas ingatan dan ole-ole yang dibawa .. Momen ini sesuatu yang seringkali memberi nafas sentimental kepada diri seorang penyelia apabila meraikan kejayaan anak-anak supervisee saban tahun. Alhamdulillah .. dua pelajar PhD dan seorang Doktor Pendidikan Tinggi saya dilahirkan untuk tahun 2021 ini. Sekalung tahniah - Dr Intan Farahana, Dr Ikram dan Dr Marini!!! Seperti yang kelihatan di dalam foto paling atas, ada empat PhDs bersama saya - tambahan seorang lagi adalah Dr Hairul yang sebenarnya telahpun bergraduat tahun yang lepas namun tetap hadir untuk sama-sama meraikan rakan-rakan yang lain dan tentunya untuk ebrgambar bersama-sama :) Thanks Dr Hairul! Ayuh anak-anak yang lain - inshaAllah tahun hadapan kita akan meraikan Izzat, Zali, Syaida, Suzana dan beberapa yang lain inshaAllah ..! Tiada yang mustahil dalam hidup ini jika segalanya didasari oleh kemahuan dan usaha. Selebihnya, doa juga menjadi senjata. Anak-anak - jagalah hubungan baik sesama manusia - all the significant others di sekelilingmu ada saham tersendiri yang bisa membantu kejayaan kita semua. Saya tidak mahu mengingatkan tentang hubungan dengan Yang Maha Khalik, kerana itu tentu sekali kewajipan utama setiap individu. Apapun didoakan semua berada di dalam Rahman dan Rahim-Nya selalu .. barakumullah jami'a .. inshaAllah Gambateh semua!!! xoxo Dr. F Alhamdulillah setelah sekian musim sidang viva terpaksa dijalankan secara dalam talian, akhirnya berkesempatan juga untuk menyaksikan seorang lagi anak PhD saya melalui sesi viva secara bersemuka.
Agak janggal setelah sekian lama berlakunya penyesuaian diri dengan viva dalam talian. Syukur ke hadrat Ilahi di atas kejayaan Izzat melalui sesi ini meskipun memerlukan pembetulan dilakukan. Pembetulan itu satu adat dalam dunia akademia, sepak terajang dalam pengajian PhD lalu apa yang hendak dihairankan dengan adanya pembetulan? Sekalung ucapan terima kasih buat kedua-dua pemeriksa tesis - pemeriksa luar dan dalam yang begitu berdedikasi serta cermat dalam memperihalkan isu serta perkara yang perlu ditambahbaik. Tentulah setiap yang dicadangkan itu perlu diterima dengan hati yang terbuka dan anggap ia satu proses pembelajaran. For those who are still waiting for your viva, what can you do before the date comes? When I was in your position, I studied all possible questions and listed all the answers and justification (together with the page in my thesis that is related to my answers). Believe it or not - during my viva, I wasn't looking at my thesis at all. All I had was the sheets of paper in my hand with all the questions and answers and went through the process with a smooth sailing, alhamdulillah. I was given 3 months to do the correction but all I need was only five days to complete all the amendments. Thanks to my beloved supervisors - Gordon Joyes & Linda Ellison who had given me endless support and strength! Back to the entry - congratulations Dr Izzat for coming thus far! Your svs - Dr Mistima and I are super proud of you! Note: Izzat antara yang paling banyak publications dan memenangi pelbagai pingat dalam pertandingan inovasi! Bravo! Anak-anak PhD lain yang belum sampai ke tahap viva jangan risau ye. Seringkali saya ingatkan bahawa PhD ini bukanlah satu competition dengan orang lain sebaliknya kita perlu bersaing dengan diri sendiri yang merupakan musuh senyap yang boleh menghancurkan jika tidak dilawan. Procrastination akan menjadi temanmu yang paling rapat jika dibiarkan. Saya juga pernah menulis tentang isu ini and how to combat procrastination. Selamat maju jaya semua! xoxo Dr. F Mereka semua adalah anak2 di bawah penyeliaan saya - Hairul (Dr), Ikram (Dr), Izzat dan Fadhli (inshaAllah kedua-duanya juga bakal Dr). Saya mengumpulkan mereka untuk mendapatkan maklum balas tentang perancangan saya untuk membangunkan reka bentuk program ODL untuk program PhD dan Sarjana Penyelidikan.
Alhamdulillah, sememangnya pengalaman yang mereka lalui sebagai pelajar PhD yang telah mengharungi banyak isu serta penyelesaian yang bersifat individual banyak memberikan input berguna kepada saya. Terima kasih semua di atas sumbangan idea yang begitu konstruktif. Sudah tentu, perspektif emik (emic perspective) merupakan pendekatan paling ideal dalam usaha memahami keperluan sebenar calon-caon PhD. Hal ini kerana, kacamata penyelia mungkin sedikit berbeza jika dibandingkan dengan keperluan hakiki calon itu sendiri. Doakan usaha kecil ini dapat dibangunkan sedikit masa lagi. * Menunggu masa untuk meraikan beberapa anak PhD yang bakal menaiki pentas konvokesyen pada November ini .. tazzabarr! :D #odlukm #phd #supervisee Alhamdulillah, meski sering diburu waktu di sepanjang hari-hari bekerja, namun masa luang di hujung minggu masih boleh dimanfaatkan. Setelah sekian lama berjanji dengan anak-anak penyeliaan saya untuk pengajian Sarjana Sumber & Teknologi Maklumat, akhirnya syukur kerana diberi ruang dan masa untuk bertemu dan berbincang. Ada di antaranya yang menyuarakan rasa gentar kerana pertama kali perlu membentangkan proposal penyelidikan. Namun saya sanggah perasaan itu dengan kata-kata semangat bahawa setiap orang bermula dengan 'zero' juga. Lalu tiada apa yang perlu digentarkan kerana ini adalah sebahagian daripada proses awal sebelum masing-masing menghadapi viva voce yang real dan tentunya ada cabaran tersendiri :D Sememangnya bilangan pelajar untuk modul Sumber & Teknologi Maklumat tidaklah begitu ramai. Saya kira kemungkinan faktor berlakunya begini kerana wujud kekeliruan ramai calon tentang nama dan intipati modul ini sendiri. Sumber? Teknologi Maklumat? Sebenarnya nama modul ini sedemikian kerana ada sejarahnya yang tersendiri dan saya tidak berminat untuk mengupas isu itu di sini. Namun, satu mesej yang jelas yang hendak saya tekankan di sini adalah hakikat bahawa modul Sumber & Teknologi Maklumat ini sebenarnya didasari oleh nic atau bidang utama iaitu Teknologi Pendidikan. Jadi kepada calon-calon di luar sana, janganlah keliru dan tampillah mendaftar ke program ini kerana di Fakulti Pendidikan UKM ini berkumpulnya pakar-pakar dalam bidang Teknologi Pendidikan :D Ok .. berbalik kepada posting ini. Syazwan, Musfirah, Irfan dan Aisyah adalah nama-nama pelajar saya. Masing-masing menyelidik tajuk yang berbeza. Sememangnya saya gemar memberikan keluwesan kepada para pelajar untuk meneroka tajuk-tajuk yang diversed sifatnya (tetapi masih dalam lingkungan bidang). Syazwan, misalnya sedang meneliti potensi Design Thinking dalam pelaksanaan P&P bagi subjek teknikal. Musfirah pula begitu berminat mengkaji kemahiran dan pengintegrasian Pemikiran Komputasional dalam kalangan guru yang mengajar subjek teras di sekolah. Irfan, bermodalkan program Terbuka & Jarak Jauh, akan meninjau beberapa aspek berkaitan aktiviti pembelajaran dari kerangka Activity Theory serta Distance Transactional Theory. Aisyah pula, sesuai dengan peranannya sebagai guru data akan menghasilkan satu modul kemahiran perisian untuk pengendalian Big Data. Didoakan semua kekal dalam momentum dan semangat yang jitu untuk meneruskan penulisan bab-bab dalam tesis masing-masing ye. *Tiada dalam gambar: Farhana & Fadhli Cuti Awal Muharam.
Masa yang ada saya manfaatkan untuk perjumpaan ringkas bersama pelajar-pelajar PhD di bawah penyeliaan saya. Alhamdulillah melalui perjumpaan singkat ini saya mendengar kisah kemajuan mereka dalam pelaksanaan penyelidikan. Malah ada yang mengambil ruang ini untuk bertanyakan beberapa perkara yang bersarang di kepala masing-masing. Tugas-tugas penyeliaan kini terpaksa saya bawa ke hari cuti dan hujung minggu lantaran jadual harian sentiasa penuh dengan pelbagai agenda besar kecil. Namun, ini satu kepuasan kerana tanpa pertemuan dan perbincangan mata ke mata sukar untuk memberikan maklum balas yang sepenuhnya. Kepada semua pelajar yang dikasihi, teruskan usaha anda walau di peringkat masa anda berada. Kepada mereka yang telah hampir selesai ke penghujung, jangan hilang momentum, teruskan sisa-sisa perjuangan yang tinggal berbaki itu. Sedikit sahaja lagi! Kepada yang baru mengayuh, tetapkan destinasi anda .. perbanyakkan membaca, membaca dan membaca. Kenalpasti hala tuju kajian dan jangan terlalu cepat membuat andaian itu ini. Saya yakin dengan usaha tekal dan semangat jitu, perjalanan ini akan dipermudahkan insha-Allah. Salam Maal Hijrah. #supervision #phd Wah! This is something that I have never imagined to happen! Thanks to my super-duper multitasker sifu, Assoc. Prof. Dr. Faizah Idrus from Kulliyyah of Education IIUM for this exciting event!
Insha-Allah, all of us will bring our supervisees to present their research proposal or progress. Through this session, we will provide our constructive comments. I am super excited to see what we - all of us could learn from each other. Indeed, supervising students may not be easy as the skills are not obtained from reading books or articles. Most of us learn the skills through our own experience. I personally think that the way we were supervised had significantly contributed to our way of handling students! Learning from our own experience also taught us how to filter good and evil, or whether we should carry out the same approach or vice versa. Not to mention, apart from our Ph.D. years' experience with our beloved supervisors, we also learned a lot from our own students. Well, to err is human .. nobody is perfect, to begin with. But suppose you are willing to learn from your mistakes, open enough to listen to what your supervisees have to say. In that case, I am pretty sure that we can grow and develop our skills as supervisors wonderfully. So peeps, get ready with this one. See you there! |
Archives
April 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |