Alhamdulillah setelah beberapa kali tarikh ditunda kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan, bengkel ini berjaya juga dilaksanakan bersama Dr Effendi @ Ewan. Ini sebahagian daripada perancangan semasa saya masih sebagai Ketua Program PhD. Bengkel ini sememangnya dikhaskan kepada pelajar-pelajar PhD Eksekutif Fakulti Pendidikan. Namun saya menyediakan rakaman bengkel ini untuk manfaat bersama: Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Effendi di atsa kesudian beliau berkongsi ilmu, semoga Allah juga yang membalasnya :) bengkel ini diharap dapat memberi manfaat kepada juga buat semua pelajar .. san saya mendoakan agar semua akan dapat menyelesaikan penyelidikan mengikut apa yang dirancang :)
xoxo Dr. F
0 Comments
Sebenarnya perancangan untuk bengkel ini sudah agak lama dibincangkan namun kerana kekangan masa seta komitmen yang lain, agenda ini terpaksa dibawa ke hari ini. Thanks Dr Azrina, from the Faculty of Economics and Management, for this invitation :)
They are team members of a research funded by the Ministry of Women, Community and Social Development who conducted a research on women workers' involvement in STEM projects. My role today was to help out with the analysis of their qualitative data (mainly interviews), and to do this, we used NVivo. I carefully designed the workshop not to be too lengthy but instead I focused more on what should be done to analyze their current data. We had an in-depth discussion on the coding and the considerations in selecting the codes/keywords. I also shared they ways to present the data analysis including meta matrices and causal network. Together with the research group members who joined the workshop were FEP's students. I admired their persistence and commitment to learn a different perspective of looking at things and how to make it meaningful - away from numbers! I do hope that todays sharing session will be fruitful to all of you and I truly wish you the best in your research undertaking! xoxo Dr. F Alhamdulillah seorang lagi pelajar saya telah lulus ujian viva! Kali ini calon bagi program Doktor Pendidikan Tinggi, Pn Marini yang menjalankan kajian bertajuk Pembangunan dan Penilaian Modul VJava bagi Kursus Asas Pengaturcaraan Komputer untuk Pendidikan Tinggi. Pembaca luar adalah PM Dr Zaleha Abdullan (Dr Zac) dari UTM Skudai, manakala pembaca dalam adalah DR Ahmad Zamri Mansor. My heartfelt thanks to both readers and not forgotten PM Dr Hamidah for chairing the session. We conducted a mock viva just a few days before the actual viva. Since Marini is an experienced lecturer, she knows best what and why she does shat she did, so we didn't have any major issues to be addressed. She was given a minor correction (3 months) - which I think very much achievable since she has just retired from her work - so I urged her to make it full swing and submit the correction on time. For those who haven't finished your journey, do not worry! Your time will come. This journey is not an easy one but believe me, if you have courage, passion and determination, I can guarantee that you will finally reach the final destination! Keep it up peeps!! xoxo Dr. F 3 Julai 2020 - berlangsungnya viva voce untuk Hairul, pelajar PhD saya di Telesidang Fakulti Pendidikan. Tarikh sebenar viva beliau telah dikeluarkan lama dahulu namun kerana PKP yang diwartakan, tarikh tersebut terbatal automatis. Penantian yang agak lama sememangnya mengundang resah yang tidak berpenghujung, namun alhamdulillah hari yang ditunggu tiba jua.
Tentunya hari viva hari yang penuh emosi bagi semua calon. Selain ia mencatat sejarah tersendiri dalam perjalanan yang panjang dan penuh pancawarna, viva juga merupakan permulaan sebuah perjalanan sebenar. Tahniah saudara Hairul! Semoga momentum untuk pembetulan ini diteruskan secara tekal. Allahul Musta'an .. Ini adalah para pelajar sarjana eksekutif di bawah penyeliaan saya. Mereka tidak ramai, hanya bertiga sahaja - Shahila, Nithiya dan Hafizah. Hari ini kami bertemu lagi secara maya, dibatasi jarak: Kedah-Johor-Terenggau-Putrajaya. Namun perbincangan berlaku dengan baik dan lancar, Masing-masing kelihatan bersemangat untuk menyiapkan Kertas Projek 1 serta Kajian Bebas masing-masing. Saya juga telah mengulangi lagi sekali tentang format penulisan artikel serta anatominya yang standard. Penggunaan NVivo perlu dimanipulasi sebaiknya kerana mereka akan menghasilkan penulisan berbentuk kertas konsep melibatkan Systematic Literature Review. Mudah-mudahan hasilnya dapat diterbitkan inshaAllah. All the best semua! :) #zoom #supervision #sustematicliteraturereview Sedar tidak sedar saya sudah agak ramai 'anak' rupanya. Saban tahun, bilangannya semakin bertambah, sama ada saya sebagai ibu kandung atau ibu tiri. Setiap seorang berada di tahap berbeza-beza mengikut tahun kemasukan serta progress individu. Ada yang full time, ada yang part time. Baru-baru ini tiga pelajar saya - Ikram, Izzat dan Syaida membentangkan proposal kajian masing-masing di Seminar Siswazah. Saya tidak ketinggalan untuk hadir memberikan semangat. Sehari sebelum pembentangan sebenar, saya sempat juga mendengar pembentangan mereka serta menyuntik beberapa input yang dirasakan sesuai. Selesai acara di Seminar Siswazah, kami menuju ke Bangi Resort Hotel untuk acara makan-makan pula. Meski tidak semua yang dapat hadir, saya berbesar hati kerana dapat meluangkan sedikit masa bersama mereka dalam keadaan santai. Banyak juga isu yang dibangkitkan semasa di meja makan. Namun itu tidak menghalang untuk mengulangambil makanan sehinga 4-5 pusingan! Sebenarnya perjalanan PhD adalah satu perjalanan yang panjang dan sunyi. Jadi, nasihat saya janganlah berjalan seorang diri. Pastikan anda sentiada ditemani rakan di kiri dan kanan kerana jika terjatuh, ada orang yang akan memimpin kita untuk bangkit semula! Perjalanan Phd memangnya tiada yang mudah, malah penuh dengan luka dan perit. Namun percayalah, kepayahan ini bukanlah apa-apa jika hendak dibandingkan dengan perasaan indah tatkala perjalanan ini tamat. Percayalah! Namun, anda perlu sampai ke destinasi terlebih dahulu untuk benar-benar mengerti apa yang saya bicarakan ini :) Pekasam jika dijeruk lama, rasanya lebih sedap. Begitu juga dengan budu atau kimchi. Jadi, jangan marahkan saya kerana menjeruk coretan ini sekian lama :P Duh, masa sememangnya kejam. Atau itu salah saya yang tidak tahu mencari ruang? Apapun, niat untuk mencoret perlu diteruskan! Tahun ini, acara konvokesyen dilangsungkan lebih lewat dari biasa. Jika tahun-tahun sebelum ini musim konvo jatuh pada bulan Oktober, tahun 2018 menyaksikan perubahan di mana agenda diganjakkan ke bulan November. Namun demikian, kemeriahan acara konvo tetap meriah dan memutikkan adrenaline gembira! Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan tahniah buat semua pelajar khususnya pelajar-pelajar sarjana di bawah penyeliaan saya: Shahfiezul, Lee, Nadhirah dan Farhana serta pelajar prasiswazah - Hazeem dan Ezyan. Tidak dilupakan semua pelajar yang pernah berada di kelas kendalian saya baik di peringkat pra sis mahupun sarjana! Berakhirnya sebuah perjuangan tidak bermakna ternoktahnya perjalanan, sebaliknya itulah permulaan sebenar.
Selang beberapa hari selepas acara konvokesyen, saya bertembung dengan satu pasangan - kedua-duanya bekas pelajar fakulti yang kini telah memiliki seorang cahaya mata yang comel. Lewat perbualan yang agak panjang itu, saya mendapat tahu yang si suami menjual buah-buahan di pasar manakala si isteri menjaga bayi sebagai sumber pendapatan. Inilah semangat perjuangan dalam sebuah kehidupan. Saya kagum melihat betapa gigih pasangan ini membina kehidupan tambahan pula dengan kehadiran seorang putera, pasti keperluan perbelanjaan lebih dirasakan. Namun riak muka mereka begitu tenang, malah meyakinkan bahawa rezeki itu di mana-mana pasti ada - yang penting adalah usaha dan doa pastinya. Saya juga pasti masih ramai yang senasib dengan pasangan ini - masih mencari ruang untuk membina kehidupan yang lebih selesa. Sementelah, tiada lagi jaminan untuk dihantar bertugas tetap di sekolah, kehidupan pasca konvokesyen boleh menjadi satu mimpi ngeri jika sekiranya anda, anda, anda dan anda menjumudkan diri di satu titik. Ayuh, anak2 didikku - di tangan andalah keajaiban akan bermula. Jangan terlalu taksub dengan impian bergelar guru, meski itulah cita-cita utamamu. Dalam keadaan yang penuh ketidakpastian seperti sekarang, kalian harus berani mencari 'lubuk' tesendiri. Saya mendoakan yang baik-baik sahaja buat semua. Doakan juga kami di fakulti terus dalam limpah dan rahmat Ilahi, dapat terus berbakti dan memberi makna dalam kehidupan pelajar-pelajar kami. Selamat menyelak halaman kehidupan yang sebenar. Di kiri kanan, pasti kan kau temui makna terluka dan tercalar. Namun di hujung-hujungnya kelak pasti kau temui ramuan mujarab untuk menampal luka dan hiba. Salam sayang, Dr. F Waktu kini kian menghampiri musim konvokesyen, lalu anak-anak siswazah dan prasiswazah sudah mula melangsaikan 'hutang' mereka. Hasil jerih-perih mencatat, menganalisis dan menulis keseluruhan proses dan dapatan penyelidikan masing-masing tentunya menghambat rutin seharian namun itulah resmi hidup sebagai pelajar di IPT. Penyelidikan, tesis dan penyelia tidak dapat dipisahkan! Minggu ini saya menerima kunjungan Hazeem, Ezyan serta Shah yang masing-masing datang berbekalkan tesis berjilid keras sebagai tanda sempurna sudah sebuah karya empirikal yang menuntut ketabahan yang bukan sedikit. Mabruk semua! Tahniah yang berbanggalah dengan hasil kerja anda semua sebagai mana bangganya saya menerima naskhah tersebut! Oh, terima kasih jua atas ole-ole ingatan! Di penghujung minggu juga saya dikunjungi Syaida, pelajar PhD saya (mantan pelajar sarjana saya juga) di bilik. Terima kasih Syaida atas ingatan pada tarikh hari lahir saya yang sememangnya tidak mahu saya warwarkan di sosial media atau kepada anak-anak didik kerana bimbang menyusahkan atau terasa semaca ada keperluan mencari hadiah sempena tarikh itu. Namun, Syaida antara yang mengingatinya. Tahun nan sudah, Syaida jugalah yang hadir ke bilik bersama kek yang enak - dinikmati bersama Hazeem dan Ezyan. What a coincidence! Hehehe
Semoga Allah membalas budi baik kalian semua atas kenangan indah ini ^___^ Sebagai sebahagian daripada usaha membantu para pelajar PhD untuk melepasi syarat bergraduasi dari sudut penerbitan, pihak Jurnal Pendidikan Malaysia (MJE) telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan keluaran khas yang memuatkan 20 artikel hasil penulisan para pelajar Doktor Falsafah. Saya bersama PM Dr Hamidah telah dilantik sebagai Guest Editor yang bertanggungjawab memastikan proses penulisan jurnal berjalan lancar sehingga selesai penerbitan.
Banyak input berguna yang diperolehi daripada bengkel yang turut dihadiri oleh Ketua Editor MJE, Prof Kamisah ini. Pelajar berpeluang melihat elemen-elemen penilaian jurnal serta senarai semak yang dikongsi boleh digunakan untuk membuat pra-penilaian terhadap artikel sendiri. Kemahiran penulisan ini sesungguhnya bukan satu proses yang boleh dikuasai dalam masa sehari dua tetapi memerlukan proses yang panjang. Saya sendiri mengambil kesempatan ini untuk menambah kefahaman dan ilmu dalam penghasilan artikel yang baik. Syabas semua yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan bersikap positif di sepanjang proses ini. Semoga usaha ini membuahkan hasilnya Disember nanti InshaAllah. Alhamdulillah thummalahmdulillah. Itulah sebaik-baik ucapan utuk hari penuh bersejarah ini. Sekalung tahniah buat pelajar Sarjana saya Mohd Shahfiezul Shahaimi yang telah lulus peperiksaan lisan (viva) dengan pembetulan minor! Sememangnnya perjalanan itu agak panjang - terlalu banyak tribulasi yang mendatang, lepas satu, satu. Namun ujian itu daripadaNya jua untuk menguji ketabahan serta ketekalan hati hamba-Nya. Janji Allah tidak pernah sia-sia, kerana di sebalik jerih perih satu kembara berliku itu sudah dijanjikan sinar bahagia di hujung laluan. Refleksi saya: Tiada yang mustahil dalam hidup ini. Paling utama, usaha tidak boleh putus, doa biar terus menerus. Sekalung penghargaan buat sahabat pembaca Dr Mohd Khalid serta Prof Lilia (Pengerusi Viva), Dr Haryanti (Wakil Ketua Jabatan) serta En Jamal (wakil dekan) di atas setiap cadangan penambahbaikan. Banyak juga yang saya pelajari daripada perbincangan serta cadangan yang diberikan. Kita memang tidak pernah sempurna, itulah hakikatnya. Sebagai penyelia, hati turut berbunga bilamana pengerusi mengakui bahawa tahap penyelidikan yang dijalankan adalah bersifat komprehensif, merangkumi tiga perspektif utama yang menjadikan penyelidikan tersebut memberi sumbangan kepada body of literature. Buat semua pelajar saya yang masih menunggu, serta pelajar-pelajar lain juga, kemanisan setelah melepasi garis penamat sememangnya tidak dapat digambarkan, sehinggalah anda merasainya sendiri. Di saat itu, biarpun airmata berjatuhan di pipi, semuanya kerana aura bahagia. InshaAllah, giliran anda akan tiba jua ^_____^ |
Archives
April 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |