Sebagai sebahagian daripada usaha membantu para pelajar PhD untuk melepasi syarat bergraduasi dari sudut penerbitan, pihak Jurnal Pendidikan Malaysia (MJE) telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan keluaran khas yang memuatkan 20 artikel hasil penulisan para pelajar Doktor Falsafah. Saya bersama PM Dr Hamidah telah dilantik sebagai Guest Editor yang bertanggungjawab memastikan proses penulisan jurnal berjalan lancar sehingga selesai penerbitan.
Banyak input berguna yang diperolehi daripada bengkel yang turut dihadiri oleh Ketua Editor MJE, Prof Kamisah ini. Pelajar berpeluang melihat elemen-elemen penilaian jurnal serta senarai semak yang dikongsi boleh digunakan untuk membuat pra-penilaian terhadap artikel sendiri. Kemahiran penulisan ini sesungguhnya bukan satu proses yang boleh dikuasai dalam masa sehari dua tetapi memerlukan proses yang panjang. Saya sendiri mengambil kesempatan ini untuk menambah kefahaman dan ilmu dalam penghasilan artikel yang baik. Syabas semua yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan bersikap positif di sepanjang proses ini. Semoga usaha ini membuahkan hasilnya Disember nanti InshaAllah.
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
November 2020
Do your search here:Categories
All
|