Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Sains dan seni dalam penyeliaan 

8/15/2016

0 Comments

 
Bagi pelajar siswazah, menyambung pelajaran di peringkat Sarjana mahupun Phd memberi maksud tersendiri kerana pada tahap ini, pelajar perlu bersikap mandiri serta tidak bergantung sepenuhnya kepada pensyarah. Dalam kebanyakan keadaan, ia menuntut individu pelajar untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat terhadap penyelidikan mereka – bermula daripada penyataan masalah, pemilihan konteks dan sampel kajian, sehinggalah pengutipan data, analisis dan seterusnya penulisan setiap bab sehingga sempurna. Namun demikian, kehidupan sebagai pelajar pasca siswazah tidaklah dibiarkan begitu sahaja. Meskipun di hadapan mereka ada lautan yang luas terbentang untuk diteroka, namun para pelajar turut dibekalkan pelampung yang berkhidmat memastikan mereka tidak langsung hanyut dibawa arus deras, atau barangkali juga tenggelam ke dasar lautan jaga.
 
Dalam konteks ini, pelampung merujuk kepada penyelia. Atau saya lebih gemarkan analogi penyeliaan ini seperti seorang yang pemain layang-layang manakala layang-layang itu adalah pelajar di bawah penyeliaan. Bayangkan ketika sebelum layang-layang itu boleh terbang di udara bebas, pemain mempunyai tugas berat untuk memastikan ‘kesediaan’ layang-layang untuk terbang. Faktor angin, ruang, saiz, bentuk serta panjangnnya tali layang-layang menjadi sebahagian daripada aspek pertimbangan. Ketika layang-layang sudah terbang, pemain tidak sesekali melepaskan tali begitu sahaja, jika tidak pastilah layang-layang akan terbang jauh dan akhirnya terhempas ke tanah dalam keadaan yang tidak diingini. Pemain yang baik akan memastikan kepanjangan tali memadai untuk membolehkan layang-layang itu terbang dalam kadar yang seharusnya. Di sinilah, dikatakan bahawa meskipun kemahiran penyeliaan boleh diajar dan dibentuk, namun tidak seperti kemahiran yang lain, penyeliaan menuntut pembelajaran berasaskan ‘proses’ yang membutuhkan gabungan pengetahuan dan pengalaman. Dalam erti kata lain, untuk seseorang pensyarah menjadi penyelia yang berkesan mereka perlu melalui sendiri proses untuk menjadi seorang pelajar yang diselia.  
Picture
​Tanggungjawab seorang penyelia banyak bertumpu kepada pembinaan persekitaran yang selesa dan selamat untuk para pelajarnya merentas setiap cabaran dan rintangan dlaam proses penyelidikan, membina motivasi kendiri, autonomi serta kesedaran untuk terus berganjak dari satu tahap ke tahap yang seterusnya.  Penyeliaan yang berkesan akan mampu membangunkan nilai keyakinan diri yang tinggi dalam kalangan pelajar yang diselia tentang kemampuan mereka untuk melengkapkan tugasan yang diperlukan dalam menyempurnakan penyelidikan.  Hal ini ternyata tidak mudah dicapai kerana kejayaan sesuatu proses penyeliaan menuntut kemahiran dan kelenturan (flexibility) kedua-dua belah pihak (penyelia dan pelajar seliaan) untuk berunding dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk melangsaikan setiap fasa dalam penyelidikan yang perlu dilalui, di samping bentuk halangan yang berbeza yang menanti di sana-sini.
 
Saya sendiri secara peribadi bukanlah seorang yang banyak pengalaman dalam aspek penyeliaan. Saya malah tidak pernah melalui proses pembelajaran yang formal dalam aspek penyeliaan. Saya hampir pasti yang cara penyeliaan saya banyak dipengaruhi oleh cara saya diselia ketika menjalankan penyelidikan di peringkat Master dan Doktor Falsafah. Secara jujur, saya bangga dengan kesemua penyelia saya yang pernah menyumbang bakti dalam membantu saya sehingga terlangsainya penyelidikan yang dirancang dan didambakan.
 
Untuk rakan-rakan seperjuangan serta peringatan buat diri saya sendiri juga, saya kongsikan 10 kunci penyeliaan yang berkesan:
 
Pertama – Sediakan ruang untuk pembangunan profesional para palajar seliaan termasuklah perancangan kerjaya dll 
 
Kedua – Sentiasa bersama-sama dengan pelajar seliaan apabila diperlukan. Ini merujuk juga kepada apa yang dinamakan sebagai ‘Open Door Policy’ serta kekerapan dalam pertemuan secara bersemuka dengan pelajar.
 
Ketiga – Berikan pujian kepada pelajar yang menunjukkan komitmen serta daya usaha yang tinggi – sama ada secara informal atau secara formal.
 
Keempat – Letakkan satu jangkaan yang mencerminkan mutu kecemerlangan tersendiri – hal ini boleh dilaksanakan melalui maklum balas terhadap penulisan, hasil dapatan serta perancangan jangka masa panjang seperti aspek penerbitan dan kerjaya.
 
Kelima – Tingkatkan atau wujudkan akauntabiliti – melalui penghasilan budaya kerja yang sistematik, berkala serta melibatkan komitmen daripada kedua-dua belah pihak.
 
Keenam – Bincangkan potensi pelajar serta wujudkan atmosfera yang membangunkan keyakinan diri serta peluang untuk meraih kejayaan.
 
Ketujuh – Biasakan sikap tidak bergantung sepenuhnya kepada penyelia melalui perbincangan serta menggalakkan agar pelajar berani mencuba dan berani menerima risiko.
 
Kelapan – Perkongsian secara tekal antara penyelia dan pelajar seliaan serta meningkatkan kemahiran mendengar secara aktif and bersikap telus.
 
Kesembilan – tingkatkan rasa pemilikan (ownership) dengan memberi ruang yang lebih luas kepada pelajar untuk membangunkan potensi diri mereka – misalnya dalam menghasilkan bukan hanya satu artikel yang menjadi syarat graduasi sebaliknya mereka mampu menghasilkan lebih daripada itu.
 
Dan yang terakhir, kesepuluh – perkukuhkan hubungan baik antara penyelia dan pelajar seliaan melalui proses perkongsian dan sikap ambil berat antara satu sama lain, serta memahami faktor yang mampu memotivasi pelajar.
 
Secara kesimpulannya, daripada kesepuluh tips di atas, bolehlah disimpulkan bahawa proses penyeliaan  tidaklah sepenuhnya merujuk kepada proses pengajaran atau penilaian, tetapi lebih kepada proses memberi galakan membina untuk kelangsungan pembentukan kemahiran dan motivasi seseorang pelajar untuk meneruskan tugasnya sehingga ke titik terakhir.
 
Hmm.. tidak mudah juga untuk merasai pengalaman penyeliaan yang menyeronokkan sehingga ia menjadi kenangan terindah dalam hidup bukan? Namun, saya berpegang kepada prinsip bahawa – hidup ini jangan dirumitkan, sebaliknya bersikap optimis serta jangan terlalu formal dalam urusan penyeliaan. Justeru penyeliaan melibatkan dua pihak yang mempunyai hati, perasaan serta kehidupan yang berpanca warna. Hidupkan rasa gembira, bersyukur dan terbuka. Pasti yang susah menjadi mudah inshaAllah.
 
Di kala saya menulis ini, fikiran saya terbayang-bayang akan wajah pelajar seliaan saya .. dan terfikir juga di fikiran – apakah reaksi mereka dengan cara saya menyelia? Tentu banyak yang perlu dipinda!
 

 
 Rujukan: Pierce, R. A, & Rowell. J. S. (2005). The 10 Keys to Effective Supervision.  



Picture
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Picture

    Archives

    December 2023
    November 2023
    April 2023
    January 2023
    December 2022
    August 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    August 2021
    April 2021
    March 2021
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    November 2019
    May 2019
    January 2019
    December 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    August 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016

    Do your search here:

    Categories

    All
    Action Research
    Activity Theory
    Alumni
    Basic Of Research
    BItara Pengajaran
    Campus Life
    Case Study
    Checklist
    Community Of Practice
    Conceptual Framework
    Conference
    Convocation
    DDR
    Discourse
    Educational Technology
    Epistemology
    EPRD
    Innovation
    Journal Titles
    Jurnal Titles
    Keynote
    Masters
    Meeting
    Notes
    Nvivo
    ODL
    PhD
    Pitching
    Progress
    Publication
    Qualitative
    Quantitative
    Questionnaire
    Reminder
    Research Process
    Robing
    Self-branding
    SoTL
    SPSS
    Statistics
    Student Testimonials
    Success Recipe
    Supervisee
    Supervision
    Tahniah
    Tesis
    Ucaptama
    Visibility
    Viva
    Workshop
    Writing Articles

    RSS Feed

    Website Stats

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks