Alhamdulillah.
Dan saya tahu dia benar gembira. Bukan setakat dia, namun saya turut merasakan betapa hebatnya perasaan apabila destinasi yang didamba akhirnya tiba jua. Saya ada menulis tentang dua pelajar sarjana saya - Fiqah dan Nadirah dalam page When My Mind Speaks yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang. Dan semalam, seusai majlis tandatangan perjanjian bersama rakan penyelidik Lesson Study dari Nagoya University - Prof. Shibata dan Dr. Arani, saya didatangi Afiqah di ruang luar Bilik Telesidang untuk penyerahan tesis berkulit keras ini. Semoga ini akan membakar semangat rakan-rakan yang lain untuk meneruskan perjalanan. Ingatlah bahawa tiada yang mudah dalam hidup ini, namun jalannya perlu diteroka dengan azam dan istiqamah yang padu.
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
November 2020
Do your search here:Categories
All
|