Alhamdulillah, akhirnya hasrat untuk menjemput sahabat saya PM Dr Farrah Dina dari UM akhirnya terkabul juga. Topik ini memang menjadi permintaan ramai justeru kami sendiri mempunyai ramai pelajar yang menjalankan penyelidikan DDR. Dan rata-rata penyelidikan yang dijalankan masih 'longgar' serta berkemungkinan agak meniympang daripada falsafah DDR yang sebenarnya. Syukur, dalam 2 jam lebih sesi tersebut, kami mendapat pencerahan tentang DDR dan apa do's and don'ts nya. Seringkali sebelum ini, saya cuba membangkitkan isu tentang persoalan kajian yang dibangunkan oleh para pelajar yang melakukan DDR. Saya katakan bahawa, persoalan kajian mereka begitu teknikal dan tidak berbentuk 'research' question. Apabila pengkaji mengenalpasti underpinning theory yang dijadikan landasan kepada pembangunan penyelidikan, seharusnya ia dimasukkan sebagai salah satu fokus dalam persoalan kajian. Penyelidik harus meneliti bagaimana teori yang dipilih itu telah membantu dalam pembangunan, pelaksanaan atau penilaian bahan. Saya harap agara semua yang hadir dapat mengambil maklumat penting tentang tatacara DDR yang tepat dan dapat dipraktiskan dalam penyelidikan masing-masing. Sekalung penghargaan buat Dr. Farrah!
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
November 2020
Do your search here:Categories
All
|