Antara perkara yang sering diperdebatkan dalam penulisan tesis sama ada di peringkat sarjana atau PhD atau ketika sidang viva adalah isu berkaitan kerangka konsep. Misalnya, adakah kerangka konsep (yang dikemukakan di akhir bab satu atau sesetengah penyelidik meletakkannya pada akhir bab 2) menggambarkan keseluruhan elemen dalam penyelidikan yang dijalankan? Atau dengan ertikata lain keseluruhan teori dan pembolehubah dipersembahkan dalam kerangka kajian dengan mempamerkan hubungkait antara satu dengan yang lain.
Antara komen yang biasa didengar ketika proses soal jawab viva adalah kelemahan penyelidik mengilustrasikan hubungkait elemen-elemen kajian dalam kerangka konsepnya. Atau pernah juga penyelidik memasukkan pelbagai teori sewenang-wenangnya ke dalam kerangka konsep tanpa melihat relevan atau tidaknya sesuatu teori dengan penyelidikan yang dijalankan. Persoalannya di sini, pentingkah kerangka konsep ini dalam proses penyelidikan atau hanya sekadar penghiasa tesis semata-mata? Secara umumnya, kerangka konsep mempunyai peranannya tersendiri. Ia bertindak sebagai sumber panduan kepada penyelidik dalam meneliti elemen-elemen yang terlibat dalam kajiannya. Misalnya, kerangka konsep mengandungi faktor-faktor penyebab kepada fenomena yang dikaji, pembolehubah, teori yang mendasari kajian serta bagaimana elemen-elemen ini berkiatan antara satu sama lain. Oleh kerana itu, anda biasa melihat kerangka konsep diilustrasikan dalam bentuk diagram atau rajah yang mengandungi anak panah ke sana sini. Hal ini bertujuan untuk memberi gambaran secara visual kepada pembaca akan hubung kait antara katakunci yang terdapat dalam rajah tersebut. Kerangka konsep yang baik adalah rajah yang mengandungi penerangan visual yang jelas dan mudah difahami, ringkas namun padat. Perkara yang perlu ada dalam kerangka konsep seperti yang dinyatakan tadi termasuklah pemboleh ubah, konsep, teori yang mendasari kajian, serta bagaimana penyelidik menerangkan hubungkaitnya antara satu sama lain yang akhirnya membawa kepada ‘ultimate aim of the research’ – iaitu objektif utama kajian. Saling hubung ini pula kebiasaannya ditentukan oleh hasil sorotan literatur penyelidik terhadap dapatan kajian lepas serta teori-teori berkaitan. Hal ini juga bermakna, pembangunan kerangka konsep tidak dibangunkan mengikut ‘rasa hati’ penyelidik semata-mata namun didasari oleh kajian empirikal terdahulu. Namun demikian, dalam mencari lompang kajian, penyelidik tentu sahaja menemui ruang-ruang yang belum diterokai oleh penyelidik sebelumnya secara ekspilit. Dalam keadaan ini, kemasukan pemboleh ubah baharu (yang belum diuji secara empirikal) boleh juga dimasukkan ke dalam kerangka konsep manakala hubungkaitnya adalah berdasarkan hipotesis atau andaian pengkaji. Sama ada hubungan tersebut terbukti benar atau sebaliknya, bergantung kepada dapatan kajian. Oleh kerana itu kerangka konsep boleh juga dikatakan sebagai andaian atau gambaran awal saling hubung antara keseluruhan elemen. Sementara kerangka konsep lebih bersifat subjektif, kerangka teori pula lebih bersifat objektif kerana ia memuatkan teori yang dipilih oleh penyelidik dalam menjalankan penyelidikannya. Kebiasaannya ia melibat satu teori yang eksplisit yang menerangkan fenomena sesuatu perkara. Dalam penyelidikan sains sosial walaubagaimanapun, kerangka konsep lebih banyak digunapakai oleh penyelidik. Wallahu a'lam ..
20 Comments
Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali!
Today I am in the mood of sharing a bit about the selection of research methodology. I came across many students who admitted to me that the selection of their research methodology was actually based on what they feel like doing! "Saya nak buat kuantitiatif, kerana bagi saya kajian kualitatif memakan masa yang lebih panjang!" ("I want to do a quantitative research as I think that conducting a qualitative research will consume more time.") "Saya tidak sukakan statistik jadi kajian saya akan dijalankan menggunakan kaedah kualitatif sahaja." (I don't like statistics, therefore, I will be conducting my research using a qualitative apporach"). Sounds familiar?! Well, guys, the basic question to be asked when you to select your research methodology is "How am I going to find out the answers to my research questions?". The following question you might ask yourself before selecting your research methodology is "What kind of data suits my research questions?" These questions will then lead you to the right decision as by asking this questions you will need to list down few things to be considered: - What kind of data do I need? - Who will be my respondents? - Do I need to have a prolonged engagement with my respondents? - How much data do I need? - Does the finding meant for generalization or do I just want to explore certain phenomena? - How depth do I want to research my subject? - and the questions may go on and on. What you learn here is that, to select an appropriate research methodology, you need to really sit down and ask numbers of questions critically. If your research is about understanding how single mothers cope with the increase of tax for example, you might what to have a deep conversation with these single mothers so that you will find the truthful answers. In this case, you may use interpretevist approach in which you select your respondents purposively. You may then accept their answers from an emic perspective. But if you want to have an understanding of teachers' acceptance or rate of adoption towards the use of a new technology innovation in teaching and learning e.g., mobile apparatus perhaps, you might consider conducting a survey that involve a larger number of teachers from several part of the country and of course, the selection of your research sample will be representative of the whole population. i.e., all teachers in the country. In this approach, you as a researcher need to set up everything - from the questions to the answers (questionnaire items and answer options) and this what we call an epic perspective. The key point here is that - never choose whether it will be quantitative or qualitative until you are sure of the nature of data that you need to answer your research questions! Hope this gives you an insight to revisit your research methodology before it is too late ^___^ xoxo |
Archives
April 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |