Alhamdulillah setelah beberapa penangguhan tarikh di atas faktor yang pelbagai, akhirnya pertemuan bersama Institut Islam Hadhari berlangsung dengan jayanya.
Mungkin jerayawara ke IIH agak lambat namun saya berbesar hati mendengar perkembangan semasa berkaitan kesediaan mereka untuk menawarkan satu program baharu iaitu Sarjana Psikologi Islam dan Pengurusan secara Open & Distance Learning. Mudah-mudahan bertambah lagi bilangan program ODL UKM, sekaligus meraikan Visi ODL UKM untuk menawarkan program yang fleksibel serta mengintegrasikan teknologi digital dalam memperkasa pembelajaran kendiri pelajar-pelajar ODL. Rentetan daripada itu juga, penawaran Micro-credential turut dibincangkan. InshaAllah akan ada perbincangan selanjutnya selepas ini antara UKMShape dan IIH. Terima kasih kepada semua sahabat dari Institut Islam Hadhari yang telah sudi meluangkan masa bersama kami. Allahul Musta'an ..
0 Comments
Alhamdulillah, sesi yang interaktif bersama rakan-rakan dari Institut Kajian Etnik (KITA) UKM. Insha-Allah another ODL program will be offered by KITA i.e., Sarjana Pengurusan Etnik. Semoga dipermudahkan perjalanan .. it's gonna be a long journey indeed .. Sebahagian lagi daripada siri jerayawara ODL dan MC melibatkan pusat dan institut. Hari ini, berkesempatan untuk berkunjung secara maya ke Institut 4IR untuk taklimat penawaran program secara ODL dan micro-credential.
Kebanyakan institut dan pusat sebelum ini lebih banyak memberi tumpuan pelaksanaan program PhD dan Sarjana yang berbentuk penyelidikan. Justeru, bilangan program secara kerja kursus di pusat dan institut boleh dikatakan masih rendah. Perbincangan petang tadi lebih banyak berkisar tentang selok-belok proses dalam penawaran program secara ODL. Ramai yang telah mendengar tentang ODL namun kefahaman yang sebenar tentang program ini masih agak samar-samar. Ada sebahagian pensyarah yang beranggapan bahawa pelaksanaan P&P secara dalam talian seperti praktis sekarang (rentetan daripada keperluan semasa pandemik) adalah ODL. Kefahaman ini agak meleset kerana apa yang berlaku kini hanyalah satu peralihan bentuk pengajaran daripada bersemuka kepada dalam talian. Namun ciri khas yang ada pada program ODL masih belum dipenuhi seperti mana yang digariskan dalam standard MQA sendiri. Itu belum bercerita tentang dokumen COPPA serta keperluan SIM (Self Instructional Material). Alhamdulillah, pertemuan sekitar hampir tiga jam tadi diharap memberi suluhan kepada kefahaman berkaitan ODL serta proses yang terlibat kepada semua yang hadir - Pengarah 4IR, Prof Haslina, Timb Pengarah - PM Dr Hanif, Dr Norshita, Dr Elly, Dr Taha dan lain-lain . UKMShape hanya menjalankan amanah yang diberi bagi memastikan setiap PTJ memulakan langkah ke arah penawaran program secara ODL. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan semua pihak dalam soal ini. Allahul musta'aan .. Alhamdulillah, sempat meluangkan masa bersama Pengarah Institut Perubahan Iklim UKM, PM Dr Zaini Sakawi serta ahli-ahli Dr Maggie, Dr Norsuzlin dan En. Naei'm untuk perbincangan awal tentang penawaran program secara ODL serta potensi pelaksanaan kursus secara Micro-credential.
Sebagai sebuah entiti yang diberikan amanah untuk menyelenggara dan menyelaras penawaran program ODL dan MC, UKMShape terus komited dengan tanggungjawab ini. Meskipun aktiviti dalam pembangunan program ODL memakan masa yang agak panjang serta melalui pelbagai proses di pelbagai peringkat - Pengajaran UKM, Pusat Jaminan Kualiti, JPPA, Senat, JKPT dan MQA, semuanya tidak mustahil untuk dilaksanakan. Alhamdulillah, dua program sarjana daripada Fakulti Pendidikan iaitu Sarjana Pendidikan dalam Teknologi Pendidikan dan Sarjana Pendidikan dan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) akan mula ditawarkan pada bulan Me 2022 ini. Nantikan entri akan datang tentang program baharu ini, inshaAllah. Semangat yang ditunjukkan oleh IPI sememangnya harus diberikan pujian. Saya mendoakan agar hasrat untuk penawarean program Sarjana Perubahan Iklim akan dapat direalisasikan ameen. Terima kasih di atas komitmen masa yang diberi .. semoga Allah jua yang memberi ganjarannya. Alhamdulillah, meski diburu tugas yang tidak hentinya setiap hari, syukur jua kerana diberi kesempatan masa untuk bersiaran di malam minggu bersama MAIWP - webinar khusus untuk menyantuni guru-guru pra-sekolah di bawah MAIWP serta hadirin yang lainnya.
Saya berganding sekali lagi dengan Dr Syawal, rakan sefakulti yang merupakan pakar dalam psikologi. Gandingan teknologi dan psikologi mungkin kelihatan canggung bagi sesetengah orang, namun saya begitu senang dengan gabungan idea yang dilontarkan kerana hakikatnya, teknologi hanyalah satu tool atau alat yang mempermudah urusan pembelajaran namun aspek humanistik, hubungan interpersonal serta nilai juga merupakan aspek yang tidak kurang pentingnya malah tidak keterlaluan jika saya katakan ia sebagai nukleus dalam kehidupan dan kejayaan seseorang. Terima kasih MAIWP di atas jemputan tersebut. Semoga perkongsian sederhana ini dapat memberi manfaat kepada semua :) Urusan akademik bukan sahaja berkaitan dengan kemasukan ke program, perihal perkuliahan, peperiksaan dan pengijazahan, namun turut melibatkan tadbir urus dari aspek permohonan dan pemilihan. Ianya satu ruang lingkup yang komprehensif, justeru menuntut satu sistem yang mampu memangkin pengoperasian yang lebih jitu dan efektif.
Alhamdulillah, dalam jujukan jadual kelas, mesyuarat dan pelbagai rencam, beberapa hari yang lalu sempat juga menghadiri bengkel anjuran bahagian akademik di Everly Putrajaya. Seharian mengupas aspek-aspek untuk menambahbaik sistem permohonan dalam talian UKMShape iaitu sistem eSPEED. Terima kasih semua team Akademik, IT, Marketing & Business Development serta Kewangan di atas komitmen yang diberi - Intan, Pizah, Shamsul, Jureena, Akmal, Rosida, Farah Ain, Aizat, Aini, Nadia dan tidak lupa kepada PM Dr Faidzul yang dijemput khas untuk input yang diberikan. Semoga Allah memberkati setiap usaha dan tenaga yang dicurahkan untuk menggalas amanah yang diberi ^___^ Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berpeluang merasai suasana persidangan secara bersemuka, inilah kali pertama saya menghadiri majlis ilmu secara fizikal semenjak hampir setahun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Acara forum merupakan pembuka majlis bagi Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan 2021 anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Tajuk forum selari dengan tema persidangan iaitu 'Pendigitalan Memacu Pentaksiran Pendidikan'. Topik ini merupakan topic of interest saya juga kerana kebelakangan ini saya pernah berkongsi dalam beberapa webinar tentang falsafah dalam pentaksiran serta tidak dilupakan potensi pentaksiran alternatif dalam penglahiran pelajar dengan pakej identiti serta skill set yang mampu mendepani keperluan Revolusi Penrindustrian 4.0. Keberkesanan pentaksiran banyak bergantung kepada proses constructive alignment yang perlu diselarikan sebelum pelaksanaan dijalankan bersama pelajar. Pemilihan dan penentuan domain yang hendak diukur juga memainkan peranan penting bagi memastikan aktiviti penilaian dapat memberi impak yang maksimum. Apabila memperkatakan aspek pendigitalan, teknologi hanyalah bersifat tool yang boleh dimanipulasi untuk menghasilkan kesan yang lebih optimum, sedangkan proses perancangan dan reka bentuk merupakan fasa utama yang bakal menjamin keterserlahan impak ini kepada pelajar. Begitu banyak hendak saya perkatakan namun masa tidak mengizinkan. Namun diharap perkongsian ringkas dapat membuka mata kepada pemilihan pentaksiran yang lebih menjurus kepada sesuatu yang lebih holistik sifatnya, dan bukan hanya terhad kepada penilaian pen and paper semata-mata. Terima kasih LPM selaku penganjur di atas jemputan ini. Seronok juga bertemu dengan orang-orang kuat LPM - sesuatu yang jarang dapat dilakukan dalam acara non formal. #kpm #lembagapeperiksaanmalaysia #alternativeassessment #penilaianbilikdarjah Petikan kamera telefon bimbit saya sejurus sebelum acara Lama tidak berkarya dengan shutter dan aperture .. meski saban semester mengajar kemahiran fotografi bersama pelajar-pelajar UKM. Pemandangan indah nan menakjubkan sekitar senja semalam benar-benar membuat saya rindu untuk mengelek kamera Olympus Pen saya lagi! :) #note9 je Siaran tertunda.
SPPPT merupakan satu siri kursus yang melibatkan semua pensyarah baharu yang memasuki sistem UKM. Alhamdulillah, dalam diam tak diam, kumpulan ini telah memasuki kohort ke-4 semenjak ia mula diperkenalkan. Relex - Modul yang memfokuskan kepada reka bentuk pengalaman pembelajaran mengetengahkan konsep kepelbagaian pelajar, teori-teori pembelajaran, Instructional Design, pedagogi, andragogi serta heutagogi serta teknik Debriefing. Terlalu banyak maklumat yang hendak dikongsi dalam masa beberapa hari. As time was so limited, everything was squeezed in. Pendedahan ini hanya merupakan permulaan, kerana pengalaman, latihan dan ekperimen bersama pelajar dalam bidang sendiri merupakan pembelajaran dan praktis sebenar yang akan membantu memantapkan profesion masing-masing. Selamat berkarya dan terus berpegang kepada prinsip bahawa it is about students' learning, not lecturers' teaching! Sedikit feedback daripada peserta kursus. Thanks semua. Jemputan daripada sifu saya PM Azidah Abu Ziden, Timbalan Pengarah aka mak tiri dari Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik atau The Centre for Development of Academic Excellence (CDAE) USM. Kali ini slot bagi mengisi slot bersama para pensyarah muda USM. Dan saya diminta untuk berbicara tentang Augmented Reality. Lalu saya berfikir bahawa tajuk AR semata-mata mungkin kurang bermakna tanpa dikaitkan dengan aspek kemenjadian pelajar. Hal ini kerana, AR hanyalah merupakan satu teknologi yang boleh dimanipulasi untuk tujuan pelbagai namun apalah erti penggunaan teknologi tanpa hala tuju dan falsafah yang sebenar? Lalu saya cuba mencantumkan aktiviti pelajar dalam AR dan bagaimana penglibatan dalam projek ini dapat digunakan untuk membantu membangun kapasiti kemahiran Abad ke- pelajar - satu perkongsian berdasarkan praktis saya sendiri bersama para pelajar saya. Sebahagian daripada refleksi peserta: Acara ini lebih kepada sesi suka-suka kerana pengisian yang diberi adalah bersifat 'lite and easy'. Geng Taro bermula kisahnya semenjak pandemik tahun nan sudah dan kekal hingga ke hari ini malah kami ada WhatsApp group tersendiri. Alhamdulillah sambutan yang baik sehingga full house katanya! Semoga perkongsian santai ini dapat dimanfaatkan oleh semua dalam mencari idea-idea kreatif khususnya dalam penghasilan bahan video untuk tujuan P&P. Sesungghunya kita ini pengkarya. Jika dibiarkan masa berlalu tanpa apa-apa inovasi, tentu sahaja hidup ini terasa begitu sebu dan membosankan. Lalu ayuh, kita sama-sama mencuba something new and fresh dan jangan takut untuk mencubanya bersama kumpulan pelajar anda. Satu prinsip saya semenjak sekian lama sebagai seorang educator, kita perlu ada spirit 'reflective practice' jika ada yang tidak pasti tentang konsep ini boleh try cari dan baca tulisan Schön. OK, saya kongsikan satu bab dalam penulisan yang suka gemari di bawah semoga bermanfaat! :)
|
Find categories here
All
Archives
March 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |