Lagi sesi taklimat merangkap konsultansi berkaitan penawaran kursus secara Micro-credential dan kali ini berkesempatan untuk bersama-sama rakan pensyarah daripada Institut Biologi Sistem atau INBIOSIS. Sesi dihadiri oelh para felo dari institut terbabit dikepalai oleh Timb Pengarahnya PM Dr Syarul Nataqain atau lebih mesra disapa Dr Ain. Menurut Dr Ain, setelah beberapa kali mendengar maklumat tentang Micro-credential dan program Open & Distance Learning lewat bengkel di Seri Pacific Kuala Lumpur dan di Royale Chulan Seremban, beliau dan team lebih jelas tentang halatuju penawaran kedua-dua jenis program ini. Malah lebih menyemarakkan lagi perbincangan, INBIOSIS turut berminat untuk menawarkan Sijil Profesional dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Mudah-mudahan ini bukanlah penamat kolaborasi antara INBIOSIS dan UKMShape, sebaliknya menjadi titik tolak kepada lebih program pada masa mendatang inshaAllah :)
0 Comments
Alhamdulillah .. ini boleh dianggap satu acara kemuncak setelah berbulan-bulan meneleku tugasan berkaitan pembangunan program ODL, akhirnya dua program sulung ODL UKM bakal menemui prospek Mei 2022 ini. Memandangkan penawaran program secara ODL merupakan agenda Universiti Watan, maka kami merancang majlis pelancaran yang gemilang dan bermakna. Kudos to all UKMShapians who had been persistently committed to their jobs! Words alone might not be enough to express my gratefulness of having this bunch of great people, with great collaboration and synergy. May Allah grants all of you with Rahmah dan Rahim throughout your life <3 Majlis dirasmikan oleh Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dengan kehadiran semua Naib Canselor (kecuali Prof Mad our TNCAA), ProVCs, dan Dekan-dekan serta Pengarah Pusat serta Institut di UKM. Majlis ringkas namun penuh makna ini berlangsung sekitar 1.5 jam sahaja namun seperti mana yang saya katakan tadi ia benar-benar memberi suntikan semangat serta nilai satuhati semua yang terlibat dalam menjayakan program ini baik dalam kalangan staf di UKMShape, malah PTJ lainnya. Rentetan daripada acara ini juga kami menerima permintaan daripada institusi pengajian tinggi luar lain yang ingin mendengar perkongsian mengenai best practice tentang pelaksanaan penawaran program ODL UKM. InshaAllah, nekad untuk menjadikan UKM sebagai hub serta rujukan program ODL khususnya buat semua institusi di Malaysia akan dilaksanakan sebaiknya, bi'izinillah! Nota: Terlalu lama ingin mencoret tentang ini namun detik bersejarah ini erlalu bermakna sehingga ia berkunang-kunang di dalam kabad seberapa lama sehingga tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Really I took some time to cherish the moments with my very own inner-self. Berlangsung beberapa minggu nan sudah namun seperti biasa, laporan tertangguh setelah diperam dalam geluk :D
Alhamdulillah sinergi dalam pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan akhirnya membuahkan jaya. Gabungan mantop tiga PTJ - Pengajaran-UKM, Pusat Jaminan Kualiti UKm serta UKMShape. Kami bersidang selama dua hari dengan satu niat dan tujuan iaitu untuk membangunkan Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Program ODL. Tidak dinafikan telah berbaris-baris program ODL in the pipeline - kebanyakannya sedang khusyuk dalam proses pembangunan dokumen COPPA ODL namun sehingga kini Garis Panduan Pembinaan Dokumen belum muncul jua kerana beberapa kekangan yang di luar kawalan. Melihat kepada keperluan ini, maka kami berkampung di Bangi Resort. Dua hari ternyata tidak memadai untuk melunaskan kesemua perkara secara lengkap lalu kerja rumah dibawa pulang untuk masing-masing menyiapkan bahagian tersendiri. Saya merakamkan jutaan penghargaan yang tidak terhingga buat rakan-rakan yang sudi memerah idea dan tenaga untuk tugas murni ini: PM Keff, PM Yanti & Cik Jem serta staf dari Pengajaran-UKM, PM Ermy dari Pusat Jaminan Kualiti serta Pn Yanti dan Pn Shatilla dari UKMShape. Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Perancangan dan Halatuju APEL, ODL, Micro-credential dan Sijil Profesional sempena jemputan daripada pejabat Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UKM sehari sebelum Ramadhan.
Pembentangan mengenai perkembangan semasa bagi setiap program perbincangan tentang halatuju serta sasaran merupakan sesi yang bermakna. Pelataan kepada setiap Pusat Tanggungjawab perlu dilunasi dan direalisasikan oleh pihak PTJ. UKMShape sebagai sebuah pusat yang berrtanggungjawab untuk membantu pelaksanaan program akan terus komited dalam memberikan apa jua bentuk sokongan yang diperlukan demi menjamin objektif dan sasaran dapat dicapai sepertimana yang dirancang. Melalui bengkel ini, perbincangan berpusatkan sekitar program APEL, Micro-credential, Sijil Profesional serta ODL. Alhamdulillah, pelantar untuk pelaksanaan MC serta SP telah siap dibangunkan di pihak UKMShape. Kami hanya menunggu pakar bidang untuk mendapatkan kelulusan Senat untuk penawaran MC serta SP. Manakala untuk program ODL, tidak dinafikan bahawa tempoh masa yang diperlukan untuk sesebuah program itu dibangunkan sehingga mendapat kelulusan JKPT agak panjang sehingga melepasi tempoh 1 tahun. Namun tempoh yang panjang ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menidakkan potensi program ODL ini. Hal ini kerana, ODL UKM merupakan satu bentuk program yang dibangunkan berpaksikan kepada COPPA-ODL yang digariskan oleh pihak MQA. It is about Open & Distance Learning, dan tentunya ada standard tertentu yang perlu dipenuhi secara tuntas misalnya keperluan menyediakan Self Instructional Materials (SIMs) serta infostruktur yang kondusif untuk menyokong pembelajaran kendiri. Mungkin ada juga yang berpendapat bahawa - kalau dah mengajar secara online, maka inilah ODL! Mohon maaf semua, kefahaman ini saya kira meleset sama sekali. Sila rujuk panduan ODL oleh MQA untuk kefahaman lebih lanjut. Kepada mana-mana IPT yang berminat untuk menawarkan program ODL juga diharap dapat membezakan antara Open & Distance Learning yang sebenar dengan 'simply' Online Distance Learning. Kaedah yang kedua iaitu Online Distance Learning hanyalah merujuk kepada pelaksanaan pengajaran secara dalam talian (seperti yang kita lalui semasa suasana pandemik ini) di mana kurikulum serta COPPA masih menggunakan COPPA program konvensional. Dan apabila pandemik berakhir, pelaksanaan program ini perlu dilaksanakan secara bersemuka (sekurang-kurangnya sebanyak 40%) kerana inilah hakikat yang ada di dalam COPPA program konvensional. Namun kerana keperluan semasa suasana pandemik, maka ianya kelihatan seperti everything can be delivered online. Sedangkan untuk program ODL yang menggunakan COPPA ODL, pelaksanaan serta delivery boleh berlaku 100% dalam talian meskipun tiada lagi pandemik kerana sifatnya memang begitu, selari dengan falsafah ODL itu sendiri untuk menyokong life long learning serta memberikan pengalaman pembelajaran yang fleksible buat pelajar-pelajarnya. Another advantage of the ODL program is that, international students can opt for either full time or part time modes. This is something that never happens in the conventional program - through which, international students have no choice other than choosing full time mode. In ODL program, international students also do not have to be in Malaysia during their study years. This is how ODL guarantees flexibility you see! Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Namun tidak dinafikan juga dari perspektif komersial, masa yang panjang tentu akan menjejaskan operasi. Walau bagaimanapun saya percaya pelaburan ini tentu akan memberi pulangan apabila tiba masanya. It's just a matter of time. Lalu kita jangan terlalu gopoh dan terburu-buru sehingga membelakangkan kualiti dan intergriti. ODL UKM merupakan satu program yang direkabentuk secara tersusun kerana kami mengutamakan keselesaan kepada pelajar-pelajar serta kami menjamin pengalaman pembelajaran kendiri yang lebih bersistematik. Selari dengan tagline kami: FUTURISTICS EDUCATION BY THE EXPERTS! Thanks Prof Mad, our TNCAA who never fails to shower us with his tremendous and endless support! #odlukm #micro-credential #ukmshape Interesting topic for discussion, I would say. Thank you, EdHeroes Asia, for this invitation. Looking at the subject requested, I can't say no as this issue needs to be addressed and discussed thoroughly. It is about moving forward to accommodate a better learning experience for our students/learners. It also gives insight into how important the synergy between all parties is to help everybody survive this crisis. If not because of the internet hiccups that day, I would have enjoyed the session more!
Alhamdulillah. Janji dan amanah tetap perlu ditunaikan. Meski tertangguh beberapa kali, bengkel Siri ke-4 untuk ODL SMEs dapat jua dilaksanakan. Thummalhamdulillah.
Bengkel kali ini difokuskan kepada aspek pengajaran segerak dan tidak segerak khususnya untuk pengendalian kelas-kelas untuk program ODL. Saya bukanlah pakar dalam perkara ini, sekadar berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang ada. Input daripada rakan-rakan peserta turut menambah maklumat kepada semua. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir! Main takeaway: Communication between learners-instructor can be the key factor to spur students' motivation and thus, help promote the quality of learning :) xoxo Saya mula mengenali PM Adib - Timbalan Pengarah SERI semasa kami sama-sama menghadiri Bengkel Pelataan Penjanaan di Seri Pacific beberapa minggu yang sudah. Pada bengkel tersebut saya membentangkan tentang Micro-credential serta potensinya untuk ditawarkan oleh semua PTJ di UKM. Rentetan daripada sesi tersebut, perbincangan lanjut tentang MC telah berlangsung dengan meriahnya semalam. Terima kasih di atas kehadiran TP PM Adib, felo penyelidik SERI serta KJK Dr Norasiken. Banyak potensi penawaran yang diperdebatkan semasa sesi sumbang saran. Mudah-mudahan hasrat yang ditampilkan semasa perbincangan dapat direalisasikan sebaiknya. Tahniah SERI kerana selain MC, institut ini turut merancang penawaran program ODL bagi Sarjana dan PhD Mod Penyelidikan :) #micro-credential #ODL #UKMShape I was honored to be given a chance to conduct a workshop on animation today. Teaching online classes or MOOC courses always require educators to use various learning materials to detain learners' attention and focus.
For today's workshop, I explained the basics of animation. I also provided a demo on a timeline in an animation application. My heartfelt thanks to Dr. Saba for the invitation :) The workshop attendees were lecturers in Media and Communication from different Higher Education Institutions. Time was so precious, yet I had too many things to say. The time frame also didn't allow any hands-on activity. However, I hope that the demonstration was detailed and structured enough to guide my fellow friends to play with the timeline concept. Somehow, today's session reminded me of my study time in UPM when I did my master's degree in EduTech. We used Flash a lot to develop multimedia kinds of stuff. Those days, we relied a lot on the software. No Powtoon, no Animaker, no Moovly, no Canva, no Biteable! Anyway, happy creating! ^___^ Hari ini saya dan team berkunjung secara maya ke Institut Alam Sekitar & Pembangunan Lestari untuk berkongsi maklumat yang lebih terperinci tentang Program ODL serta Micro-credential. Sesi yang begitu interaktif berselang selikan pelbagai soalan daripada ahli menjadikan ianya sesuatu yang bermakna. Sekalung penghargaan buat semua - Prof Sharifah Zarina, PM Dr Goh, Prof. Rizal, Dr. Tan serta lain-lain kerana sudi meluangkan masa yang agak panjang iaitu sekitar 3 jam untuk membedah siasat kefahaman tentang program ODL. Oleh kerana lebih banyak masa ditumpukan untuk ODL, lalu hasrat untuk segmen kedua iaitu Micro-credential terpaksa ditunda ke lain siaran.
Lestari kini sedang membangunkan satu program Sarjana mod Kerja Kursus iaitu Sarjana Sains Kelestarian. Mudah-mudahan hasrat untuk menawarkan program baharu ini secara ODL akan mendapat restu pengurusan sekaligus menyahut pelataan oleh pihak universiti kepada institut dalam penawaran secara ODL kelak inshaAllah. Allahul Musta'an .. |
Find categories here
All
Archives
March 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |