Alhamdulillah. Janji dan amanah tetap perlu ditunaikan. Meski tertangguh beberapa kali, bengkel Siri ke-4 untuk ODL SMEs dapat jua dilaksanakan. Thummalhamdulillah.
Bengkel kali ini difokuskan kepada aspek pengajaran segerak dan tidak segerak khususnya untuk pengendalian kelas-kelas untuk program ODL. Saya bukanlah pakar dalam perkara ini, sekadar berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang ada. Input daripada rakan-rakan peserta turut menambah maklumat kepada semua. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir! Main takeaway: Communication between learners-instructor can be the key factor to spur students' motivation and thus, help promote the quality of learning :) xoxo
0 Comments
Saya mula mengenali PM Adib - Timbalan Pengarah SERI semasa kami sama-sama menghadiri Bengkel Pelataan Penjanaan di Seri Pacific beberapa minggu yang sudah. Pada bengkel tersebut saya membentangkan tentang Micro-credential serta potensinya untuk ditawarkan oleh semua PTJ di UKM. Rentetan daripada sesi tersebut, perbincangan lanjut tentang MC telah berlangsung dengan meriahnya semalam. Terima kasih di atas kehadiran TP PM Adib, felo penyelidik SERI serta KJK Dr Norasiken. Banyak potensi penawaran yang diperdebatkan semasa sesi sumbang saran. Mudah-mudahan hasrat yang ditampilkan semasa perbincangan dapat direalisasikan sebaiknya. Tahniah SERI kerana selain MC, institut ini turut merancang penawaran program ODL bagi Sarjana dan PhD Mod Penyelidikan :) #micro-credential #ODL #UKMShape I was honored to be given a chance to conduct a workshop on animation today. Teaching online classes or MOOC courses always require educators to use various learning materials to detain learners' attention and focus.
For today's workshop, I explained the basics of animation. I also provided a demo on a timeline in an animation application. My heartfelt thanks to Dr. Saba for the invitation :) The workshop attendees were lecturers in Media and Communication from different Higher Education Institutions. Time was so precious, yet I had too many things to say. The time frame also didn't allow any hands-on activity. However, I hope that the demonstration was detailed and structured enough to guide my fellow friends to play with the timeline concept. Somehow, today's session reminded me of my study time in UPM when I did my master's degree in EduTech. We used Flash a lot to develop multimedia kinds of stuff. Those days, we relied a lot on the software. No Powtoon, no Animaker, no Moovly, no Canva, no Biteable! Anyway, happy creating! ^___^ Hari ini saya dan team berkunjung secara maya ke Institut Alam Sekitar & Pembangunan Lestari untuk berkongsi maklumat yang lebih terperinci tentang Program ODL serta Micro-credential. Sesi yang begitu interaktif berselang selikan pelbagai soalan daripada ahli menjadikan ianya sesuatu yang bermakna. Sekalung penghargaan buat semua - Prof Sharifah Zarina, PM Dr Goh, Prof. Rizal, Dr. Tan serta lain-lain kerana sudi meluangkan masa yang agak panjang iaitu sekitar 3 jam untuk membedah siasat kefahaman tentang program ODL. Oleh kerana lebih banyak masa ditumpukan untuk ODL, lalu hasrat untuk segmen kedua iaitu Micro-credential terpaksa ditunda ke lain siaran.
Lestari kini sedang membangunkan satu program Sarjana mod Kerja Kursus iaitu Sarjana Sains Kelestarian. Mudah-mudahan hasrat untuk menawarkan program baharu ini secara ODL akan mendapat restu pengurusan sekaligus menyahut pelataan oleh pihak universiti kepada institut dalam penawaran secara ODL kelak inshaAllah. Allahul Musta'an .. |
![]() Find categories here
All
Archives
August 2024
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations ![]() This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |