Sebahagian lagi daripada siri jerayawara ODL dan MC melibatkan pusat dan institut. Hari ini, berkesempatan untuk berkunjung secara maya ke Institut 4IR untuk taklimat penawaran program secara ODL dan micro-credential.
Kebanyakan institut dan pusat sebelum ini lebih banyak memberi tumpuan pelaksanaan program PhD dan Sarjana yang berbentuk penyelidikan. Justeru, bilangan program secara kerja kursus di pusat dan institut boleh dikatakan masih rendah. Perbincangan petang tadi lebih banyak berkisar tentang selok-belok proses dalam penawaran program secara ODL. Ramai yang telah mendengar tentang ODL namun kefahaman yang sebenar tentang program ini masih agak samar-samar. Ada sebahagian pensyarah yang beranggapan bahawa pelaksanaan P&P secara dalam talian seperti praktis sekarang (rentetan daripada keperluan semasa pandemik) adalah ODL. Kefahaman ini agak meleset kerana apa yang berlaku kini hanyalah satu peralihan bentuk pengajaran daripada bersemuka kepada dalam talian. Namun ciri khas yang ada pada program ODL masih belum dipenuhi seperti mana yang digariskan dalam standard MQA sendiri. Itu belum bercerita tentang dokumen COPPA serta keperluan SIM (Self Instructional Material). Alhamdulillah, pertemuan sekitar hampir tiga jam tadi diharap memberi suluhan kepada kefahaman berkaitan ODL serta proses yang terlibat kepada semua yang hadir - Pengarah 4IR, Prof Haslina, Timb Pengarah - PM Dr Hanif, Dr Norshita, Dr Elly, Dr Taha dan lain-lain . UKMShape hanya menjalankan amanah yang diberi bagi memastikan setiap PTJ memulakan langkah ke arah penawaran program secara ODL. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan semua pihak dalam soal ini. Allahul musta'aan ..
0 Comments
Alhamdulillah, sempat meluangkan masa bersama Pengarah Institut Perubahan Iklim UKM, PM Dr Zaini Sakawi serta ahli-ahli Dr Maggie, Dr Norsuzlin dan En. Naei'm untuk perbincangan awal tentang penawaran program secara ODL serta potensi pelaksanaan kursus secara Micro-credential.
Sebagai sebuah entiti yang diberikan amanah untuk menyelenggara dan menyelaras penawaran program ODL dan MC, UKMShape terus komited dengan tanggungjawab ini. Meskipun aktiviti dalam pembangunan program ODL memakan masa yang agak panjang serta melalui pelbagai proses di pelbagai peringkat - Pengajaran UKM, Pusat Jaminan Kualiti, JPPA, Senat, JKPT dan MQA, semuanya tidak mustahil untuk dilaksanakan. Alhamdulillah, dua program sarjana daripada Fakulti Pendidikan iaitu Sarjana Pendidikan dalam Teknologi Pendidikan dan Sarjana Pendidikan dan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) akan mula ditawarkan pada bulan Me 2022 ini. Nantikan entri akan datang tentang program baharu ini, inshaAllah. Semangat yang ditunjukkan oleh IPI sememangnya harus diberikan pujian. Saya mendoakan agar hasrat untuk penawarean program Sarjana Perubahan Iklim akan dapat direalisasikan ameen. Terima kasih di atas komitmen masa yang diberi .. semoga Allah jua yang memberi ganjarannya. |
Find categories here
All
Archives
December 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |