Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

21st Century Learning Strategies

8/27/2022

0 Comments

 
Picture
Acara marathon belum selesai sehinggalah Ahad nan lepas saya bersama sekumpulan guru baharu dari MRSM Bera untuk program pembangunan profesional mereka di UKM. Program ini merupakan sebahagian daripada LOI yang telah ditandatangani bersama pihak MRSM dan Fakulti Pendidikan sebelum ini. 

Saya diamanahkan untuk berkongsi tentang Strategi Pengajaran Abad ke-21 namun saya ubah sedikit kepada Strategi Pembelajaran Abad ke-21 kerana dalam konteks ini, fokus haruslah diberikan kepada pembelajaran pelajar dan bukan pengajaran guru. 

Seronok dapat berjumpa dengan adik-adik guru yang masih muda-muda belia. Mengingatkan saya pada tahun-tahun terawal selepas dipostingkan seusai Ijazah Sarjana Muda. 

Tahniah semua di atas komitmen yang diberikan serta semangat untuk belajar tentang Augmented Reality - meskipun ia tidak termasuk dalam perancangan saya untuk slot pada hari tersebut. 

Semoga terus kreatif dalam mencipta karya terbaik demi kelangsungan pembelajaran anak-anak didik selari dengan keperluan Abad ke-21 :) 
0 Comments

Augmented Reality and 21st Century Learning Skills

9/28/2021

0 Comments

 
Picture
Jemputan daripada sifu saya PM Azidah Abu Ziden, Timbalan Pengarah aka mak tiri dari Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik atau The Centre for Development of Academic Excellence (CDAE) USM. Kali ini slot bagi mengisi slot bersama para pensyarah muda USM. Dan saya diminta untuk berbicara tentang Augmented Reality. Lalu saya berfikir bahawa tajuk AR semata-mata mungkin kurang bermakna tanpa dikaitkan dengan aspek kemenjadian pelajar. Hal ini kerana, AR hanyalah merupakan satu teknologi yang boleh dimanipulasi untuk tujuan pelbagai namun apalah erti penggunaan teknologi tanpa hala tuju dan falsafah yang sebenar? Lalu saya cuba mencantumkan aktiviti pelajar dalam AR dan bagaimana penglibatan dalam projek ini dapat digunakan untuk membantu membangun kapasiti kemahiran Abad ke- pelajar - satu perkongsian berdasarkan praktis saya sendiri bersama para pelajar saya.
Picture
Picture
Sebahagian daripada refleksi peserta: 
0 Comments

Interactive learning with AR

2/20/2021

2 Comments

 
Picture


This year will probably be the most hectic year throughout my life. I am not kidding, just sharing my strong gut. It is not merely due to training, workshops or consultancy with my fellow friends out there but I strongly believe that my current task will be haunting me - I am ready for sleepless nights! Ok will talk about ODL later in the next entry (when I really have a courage to do so!) 

Alhamdulillah, managed to 'escape' from my routine works to be with fellow friends from the Resource and Educational Technology Department, MOE. Mrs Phua was the one who approached me I think last December 2020. She expressed the needs of the department to explore more about the potential of Augmented Reality (AR) and possible benefits when it is integrated to text books. 

I couldn't say no to this proposal as AR is always my passion. So I designed the 2-day training into two segments. Thanks Hazrati for willing to be my partner in crime hehehe. We presented two tools for AR - Blippar and Metaverse. Each of the tool serves different purposes. Blippar can be used for more informative kind if materials whereby you can produce a more interactive learning material using Metaverse as it allows you to arrange the cards just like developing an authorware. 

We had more or less 80-90 participants attended the 2-day training. I think I had a blast during the Q&A session. Thanks for all the questions, suggestions and insights. I wish we could have more time for that but of course the time wouldn't permit. InshaAllah there will always be next time kan! 

Wishing the BSTP a good way ahead and all the best with the AR-integrated text book project! 

​​
Picture
2 Comments

Sekitar Bengkel Pembelajaran Aktif

11/29/2019

0 Comments

 
Picture
Picture

Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan lancar. Saya pada awalnya agak risau jika masa tidak mencukupi untuk melaksanakan keseluruhan aktiviti memandangkan bengkel dijalankan pada hari Jumaat. Namun syukur sekali lagi semuanya berjaya dilunaskan dalam masa yang diperuntukkan. Syabas buat semua peserta yang sangat aktif dan cekap! Cuma saya menunggu-nunggu refleksi yang dijanjikan oleh para peserta namun belum kunjung tiba! 
​
0 Comments

Bengkel  Pengembangan  Animasi 2D - 3D dan Visual Effect

11/23/2019

0 Comments

 
Picture

Bengkel kali ini agak istimewa kerana pesertanya merupakan 10 pelajar dari negara seberang, Indonesia. Mereka ini pelajar-pelajar terpilih dari daerah Aceh untuk menghadiri kursus pengembangan diri selama sebulan di Malaysia, tepatnya di UPM. 

Saya dijemput untuk mengendalikan Bengkel Pengembangan Animasi dan Visual Effect. Alhamdulillah, semuanya menunjukkan semangat dan minat yang mendalam untuk meneroka sesuatu yang baharu meskipun kebanyakan mereka sedang mengikut program multimedia dan networking di negara asal. 

Saya mengucapkan selamat maju jaya buat semua! 
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

21st Century Learning Designer in AR workshop

11/5/2019

0 Comments

 
Picture

Sehari setengah berkampung di Kolej Komuniti Selayang untuk Bengkel 21sy Century Learning Designer in Augmented Reality - Flipped Classroom Specialist Designer. Para peserta merupakan para pensyarah Kolej Komuniti yang datang dari pelbagai negeri. Memang terasa keseronokannya apabila berada bersama kumpulan yang begitu peramah serta gemar ketawa ini! Apatah lagi penceramah juga kaki melawak! 

Satu perkara yang saya perasan adalah aspek di mana para pensyarah masih kurang didedahkan dengan kemahiran dalam pedagogi serta perancangan dalam pdp. Let alone the concept of ID and Scholarship of Teaching and Learning. Namun alhamdulillah di kesempatan ini kami berkesempatan untuk membincangkan isu-isu berkaitan dan sekali lagi saya menekankan problem-based approach sebelum sesuatu perancangan dilakukan. 

Kadangkala kesukaran untuk menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna berlaku apabila pendidik tidak dapat mengenalpasti 'performance descrepancy' para pelajar. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga apabila bahan yang dibangunkan serta masa yang diluangkan untuk pdp tidak membuahkan hasil yang diharapkan. 

Duh, masa terlalu suntuk. Malangnya saya tidak berkesempatan untuk berkongsi secara lebih mendalam tentang SoTL dan selok beloknya. InshaAllah jika ada peluang di lain kali kita bersua untuk berkongsi rasa! 

Terima kasih kepada pihak penganjur for a great hospitality and fabulous food! ^___^



0 Comments

Bengkel Industry4ward: AR untuk pegawai pendidikan pengajian tinggi

10/21/2019

0 Comments

 
Picture
Tidak pernah terfikir untuk terbang ke Mukah. 
Namun di atas jemputan akhirnya tiba juga saya ke sini. Saya dijemput untuk mengendalikan sebahagian daripada pengisian sempena Bengkel Industry4ward: AR untuk Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi di Politeknik Mukah. 

Para peserta semuanya bersemangat dan sangat sporting tentunya! Antara hang dibincangkan termasuklah kemahiran Merekabentuk Pengajaran menggunakan model-model ID, pembangunan bahan Augmented Reality untuk Pembelajaran Abad ke 21 serta penghasilan e-portfolio akademik. Saya turut memberikan penekanan terhadap aspek problem-based approach yang sekiranya dilaksanakan secara sistematik pasti akan membuahkan hasil yang positif dan konstruktif terhadap pekembangan dan pembelajaran pelajar. 

Jutaan terima kasih kepada pihak politeknik di atas jemputan ini, serta tidak lupa sahabat saya PM Dr Shahrul Mizan yang mencetuskan kerjasama yang awesome ini  :) 
0 Comments

Bengkel  Pembinaan  Bahan Multimedia

9/22/2019

0 Comments

 
Picture
Picture
Tiada yang mampu diucapkan melainkan Alhamdulillah di atas kesempatan masa dan kudrat dan keizinan-Nya jua, perancangan yang telah sekian lama dibuat akhirnya dapat dijayakan. 

Seramai kira-kira 50 guru pemulihan khas dari daerah Seremban menjalani bengkel pembangunan bahan berasaskan multimedia di bawah anjuran pihak Pejabat Pendidikan Daerah. 

Sememangnya 1 hari tidak memadai untuk menyentuh kesemua topik yang saya rangka namun dengan masa yang ada, akhirnya saya memilih beberapa aplikasi yang dirasakan sesuai untuk kegunaan dalam pdpc pelajar pemulihan. Dengan adanya banyak aplikasi percuma dalam talian, para guru kini mempunyai ruang yang lebih untuk 'berkarya' dan menghasilkan bahan yang menarik untuk pdpc pelajar.  Namun satu aspek penting yang sering saya tekankan ketika penghasilan bahan adalah tentang peri pentingnya kita memahami siapa pelajar kita dan menganalisis keperluan sebenar mereka. Maklumat ini menjadi dasar kepada justifikasi kenapa bahan tersebut hendak kita bina. 

Jangan terlalu ghairah dengan adanya teknologi untuk penghasilan bahan, tanpa memikirkan rasional dan sebab kenapa bahan itu perlu digunakan. Di sinilah kemahiran seseorang pendidik tentang rekabentuk pengajaran. 

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PPD Seremban di atas jemputan ini. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini membawa makna buat semua dan dapat diamalkan dalam pdpc seharian. 

Teruskan perjuangan guru2 semua. Saya pasti sekeping hati yang ikhlas takkan pernah goyah dengan apa jua rintangan yang mendatang. Semoga Allah jua yang membalas jasabakti kalian mendidik anak-anak yang berkeperluan ini .. meski orang lain memandang sebelah mata kepada anak-anak yang rendah prestasinya, namun di sisi Allah tiada yang lebih penting melainkan niat yang ikhlas, amal dan takwa pastinya!  
0 Comments

Immersive Learning through AR  technology

8/6/2019

0 Comments

 
Picture

Cerita minggu nan lalu. 
Saya bertemu dengan kumpulan pensyarah-pensyarah yang sangat havoc dan energetic di UiTM Tapah!

Pada asalnya saya bercadang untuk menunda bengkel ini ke satu tarikh lain kerana sedikit faktor teknikal, namun dimaklumkan penganjur yang sudah ada peserta yang mendaftarkan diri untuk menghadiri bengkel tersebut. Tidak sampai hati pula menghampakan harapan orang, lalu perancangan tersebut diteruskan juga. 

Saya bertemankan pelajar PhD - Syaida. Kebetulan ulang tahun kelahirannya baru sahaja berlangsung jadi kami mengambil kesempatan meraikannya secara sederhana :) 
Picture
Jika sebelum ini saya banyak menggunakan HP Reveal untuk penghasilan bahan AR, kali ini saya bawakan Blippar sebagai hidangan. Sebelum bengkel diteruskan dengan aktiviti penghasilan AR, saya meninjau persepsi peserta-peserta bengkel tentang tahap kesukaran menghasilkan bahan AR. Dalam skala 1 hingga 10, rata-rata memberikan skor 8-9. Namun, persepsi berubah sekelip mata setelah masing-masing berjaya menghasilkan Blipp sendiri. Skala 2 menjadi pilihan! 

Begitulah, sebenarnya tidak sukar untuk menghasilkan bahan AR, namun yang lebih sukar sebenarnya adalah bagaimana hendak merancang isi kandungan dalam setiap 'overlay video' yang akhirnya dapat membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran yang disasarkan. 

Pendekata, untuk menjadikan pembelajaran sesuatu yang imersif, segala aktiviti yang dirancang haruslah menekankan aspek pelajar atau learner-centered. Pengalaman saya memberikan tugasan membangunkan bahan AR kepada pada pelajar seringkali mendapat sambutan yang sangat positif serta impak pembelajaran yang melebihi jangkauan. 

Jadi, gunakanlah teknologi ini sebaiknya. AR hanya perencah rasa - tidak perlu berlebihan, cukup sekadarnya sahaja. Jadi, terpulanglah kepada kebijaksanaan pengajar untuk mereka bentuk pengalaman pembelajaran yang bermakna buat para pelajar mereka :) 

Jutaan terima kasih buat pihak penganjur di atas jemputan ini. 
I had a wonderful time, and I do hope that you did too! 
0 Comments

Micro Learning

8/5/2019

0 Comments

 
Picture

Aduh aduh aduh .. tanda ketuaan yang nyata barangkali .. memori yang tercipta ini sudah agak lama namun baru hari ini tiba-tiba terkenangkan saat ini lalu sempatlah membuat update entri baharu :) 

Sekitar Bengkel Micro Learning di UUM Sintok suatu ketika dahulu!! 
Bagaimana agaknya para peserta kita sekarang? Sudah adakah yang mengamalkan Micro Learning dalam merekabentuk P&P mereka? 

Masa mengejar. 
Mohon permisi! 
0 Comments
<<Previous
    Picture

    free website counters

    Find categories here

    All
    21st Century Skills
    4IR
    Active Learning
    Alternative Asssessment
    Analysis Software
    Animation
    Apple Teacher
    AR Cards
    Assessment
    Asynchronous
    Augmented Reality
    Bengkel
    Biteable
    Blended Learning
    Blippar
    Blogging
    Button Badge
    Camtasia
    Canva
    Citizen Journalism
    Community Of Practice
    Conference
    Content Creation
    Content Curation
    Creative Common Copyright
    Creative Commons Copyright
    Cyber Security
    Digital Education
    Editting
    Edutech
    E Learning
    E-Learning
    Emergency Remote Teaching
    Examiner
    Feedback
    Feedback On Workshop
    Filmora
    Flipgrid
    Format Generator
    Forum
    Google Drive
    Google Forms
    Green Screen
    I Folio
    I-Folio
    Instructional Design
    IPad Pro
    Keynote
    Keynote Speech
    Latihan
    Macbook
    Memasukkan Proforma Ke I-Folio
    Metaverse
    Micro Credential
    Micro-credential
    Micro Learning
    Mobile
    MOOC
    Movie Maker
    Mpbile Apps
    Nitro
    Nvivo
    ODL
    Online Assessment
    Online Class
    Opemn & Distance Learning
    Open & Distance Learning
    Open Learning
    Padlet
    PDF To Word
    Photos
    Photoshop
    Piktochart
    Poster
    Powtoon
    Prezi
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Remote Learning
    Screencast
    Sijil Profesional
    SIM
    SMEs
    Social Media
    SoTL
    SPSS
    Study UKM
    Supervision
    Synchronous
    Tips And Tools
    Training
    Trello
    Turnitin
    Tutorial
    UKM International
    UKMShape
    Video
    Wakelet
    Web 2.0
    Webinar
    Weebly
    Workshop
    YouTube Channel
    Zoom

    Archives

    August 2024
    December 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    November 2022
    August 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    August 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    January 2020
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    June 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    May 2017
    March 2017
    February 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014

    Links

    i-folio
    i-direktori  
    Maklum balas dan aduan
    Gerbang SMS
    Direktori Akademik UKM
    Webmail  
    Papan Digital UKM
    PTSL
    Kalendar Acara Universiti
    Logo UKM 
    Penerbit UKM
    Repositori Artikel Journal
    e-Repositori Penerbitan  
    UKM e-journals

    Links  to Web 2.0 Apps 

    Web 2.0 Cloud Storage
    Google Drive
     
    Dropbox 
    SkyDrive  

    Web 2.0 Sharing & Creation Tools
    Weebly
    WordPress  
    Blogger  
    Youtube  
    Camtasia  
    Jing 
    Raptivity
    Slideshare 
    Evernote 
    Flipsnack
    Scribd 
    Socrative 
    LectureMaker 
    Blendspace  
    ​
    PowToon 

    Web 2.0 Social Networking
    Facebook 

    Edmodo  
    Schoology  
    Linkedin 
    Twitter

    Web 2.0 Sharing & Knowledge

    Pinterest
     
    Scoop it
    Tumblr 

    Web 2.0 Interactive Board
    Padlet  
    Educreations 

    RSS Feed

    Website Counter
    Creative Commons License
    This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
    Based on a work at www.farizakhalid.com.

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks