Sepagi bersama beberapa rakan fakulti dalam meneliti kaedah penggunaan Zoom untuk pdpc dalam talian di samping membincangkan pendekatan serta praktis terbaik tentang pengendalian kelas secara dalam talian.
0 Comments
Empat sekawan. Dan ini idea asal Shahrul Mizan! Ye, kami bersama-sama menjayakan Bengkel Terjah pada 23 Mac yang lalu. Empat orang instructors dengan pelbagai idea dan tips antaranya Screencasting, Mentimeter, Quizizz, serta Flipgrid untuk kegunaan dalam talian. Terima kasih kepada penganjur - Fakulti Undang-undang serta Prof Nazura selaku Dekan yang supportive :) InshaAllah jumpa lagi pada siri lain. Mencari pendekatan untuk melaksanakan kelas dalam talian? Mungkin entri ini boleh memberi sedikit tips untuk dikongsi bersama. Sesi kelas maya sekiranya dijalankan berterusan dalam tempoh yang panjang dan berterusan akan menyebabkan fokus pelajar berkurangan. Jadi di sini pentingnya reka bentuk pengajaran diolah agar sesi tersebut dapat diselang selikan dengan aktiviti yang menuntut penglibatan aktif pelajar. Beberapa tips untuk amalan bersama: 1. Pastikan pensyarah/guru kongsikan apa objektif yang perlu dicapai oleh para pelajar melalui sesi pdpc yang akan dimulakan. 2. Gunakan bahan-bahan bantu untuk menyokong perbincangan serta penerangan. Manfaatkan kemudahan untuk 'share screen' sama ada dalam Zoom, Google Hangouts atau Microsoft Teams. 3. Sesekali, ukurlah tahap kefahaman mereka sama ada dengan cara membuka ruang Q&A - pelajar bertanya secara lisan atau menulis soalan yang hendak dibincangkan menggunakan aplikasi chat di dalam Zoom, Google Hangouts atau Microsoft Teams. 4. Wujudkan suasana kelas yang lebih menyeronokkan serta 'engaging' misalnya dengan menggunakan tools untuk pengukuran misalnya Kahoot, Mentimeter atau Quizizz yang dijalankan secara segerak. 5. Sesi juga boleh diselang selikan dengan pembentangan pelajar. Benarkan pelajar untuk 'share screen' yang memaparkan slide atau hasil kerja mereka kepada ahli-ahli lain di dalam kelas maya. 6. Kepelbagaian kaedah untuk pelajar mengambil bahagian dalam perbincangan amat perlu kerana pelajar kita mungkin berbeza kekuatan. Ada yang mampu bercakap secara spontan, manakala mungkin ada yang lebih selesa meluahkan apa yang ada dalam fikiran secara bertulis. Jadi untuk tujuan ini, pensyarah/guru perlulah kreatif. Beri ruang untuk pelajar bertanya dan bercakap di dalam kelas maya dan dalam masa yang sama, beri juga ruang untuk platform secara bertulis misalnya Padlet. Paparkan Padlet setelah semua pelajar mencatat jawapan mereka dan berilah respon kepada apa yang dicatatkan. Jangan biarkan Padlet itu ditinggalkan begitu sahaja kerana ia boleh menyebabkan pelajar berasa tidak diharagai atau aktiviti itu sesuatu yang 'tidak perlu'. 7. Amalkan juga 'take five' bagi membolehkan pensyarah/guru serta pelajar berehat seketika dan pastikan mic dan video ditutup bagi mengelakkan gangguan visual dan audio (maklumkan kat rumah kadang-kadang banyak selingan yang tidak diingini haha!) 8. Pensyarah/guru boleh juga menggunakan feature 'annotate' di pelantar dalam talian untuk menarik perhatian pelajar kepada satu-satu perkara yang penting. Boleh juga gunakan 'pointer' dan 'highlighter'. 9. Ingat, jangan gila kuasa. Jangan bercakap seorang diri. Pada ruang video, sila monitor riak wajah pelajar kita. Adakah mereka menunjukkan minat? atau ada yang asyik tunduk dan kelihatan sibuk (mungkin sedang memegang telefon bimbit dan menilik Facebook!). Aspek kawalan kelas secara maya juga perlu ditekankan. Selain membuat pemantauan pada ruang video, boleh juga mengajukan persoalan kepada pelajar yang kelihatan kurang fokus. 10. Tips terakhir, boleh bekalkan pelajar dengan tugasan ringan seperti meminta mereka merumuskan perkara penting yang mereka perolehi daripada sesi pembelajaran yang telah dijalankan misalnya dengan menggunakan Flipgrid (video) atau penulisan refleksi metakognitif pada blog atau lembaran Word. Rujuk semula kepada objektif pembelajaran yang telah disentuh di awal sesi. * Marilah kita sama-sama berdoa agar ujian wabak Covid 19 dapat dibendung dengan segera. Semoga Allah memelihara kita semua .. ameen.. #stayathome #iloveyou Wabak daripada Covid 19 tidak mengenal sempadan. Gementar saban hari tatkala membaca info terkini tentang bilangan yang disahkan positif. Lalu sebagai langkah berjaga-jaga, semua kelas di IPT telah diarahkan dilaksanakan dalam talian. Penggunaan aplikasi seperti Zoom bukanlah sesuatu yang baharu bagi mereka yang sering menggunakannya untuk tujuan selain daripada kelas. Saya sendiri menggunakan platform ini untuk penyeliaan bersama pelajar serta perbincangan bersama rakan-rakan penyelidik. Namun, apabila semua pensyarah diminta menjalankan kelas secara maya, ramai yang mula mencari alternatif yang boleh digunakan untuk melunaskan tangggungjawab mereka. Rakan-rakan di fakulti menghubungi saya secara personal bertanyakan tips atau panduan tentang pelaksanaan kelas maya. Sementelah merasakan bahawa ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab untuk bersama-sama berkongsi maklumat, lalu secara bidan terjun saya menyiapkan satu tutorial ringkas tentang penggunaan Zoom untuk kelas secara maya. Kebetulan kami di Fakulti Pendidikan sedang menjalankan sesi P&P bersama pelajar-pelajar Sarjana Eksekutif (yang jadualnya hanya berlangsung sewaktu cuti sekolah), lalu keperluan untuk memahirkan diri dengan mana-mana platform untuk menjalankan kelas maya sangat terdesak. Jadual kelas pula begitu pada, 8.30 pg - 12.30 tghr, 2.30 ptg - 6.30 ptg dan ini berulang setiap hari semenjak 14 hb hingga 21 hb Mac ini. Semoga tutorial ringkas ini memberi manfaat untuk semua, walaupun penuh dengan kesederhanaan :) |
Find categories here
All
Archives
December 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |