Siaran tertunda.
SPPPT merupakan satu siri kursus yang melibatkan semua pensyarah baharu yang memasuki sistem UKM. Alhamdulillah, dalam diam tak diam, kumpulan ini telah memasuki kohort ke-4 semenjak ia mula diperkenalkan. Relex - Modul yang memfokuskan kepada reka bentuk pengalaman pembelajaran mengetengahkan konsep kepelbagaian pelajar, teori-teori pembelajaran, Instructional Design, pedagogi, andragogi serta heutagogi serta teknik Debriefing. Terlalu banyak maklumat yang hendak dikongsi dalam masa beberapa hari. As time was so limited, everything was squeezed in. Pendedahan ini hanya merupakan permulaan, kerana pengalaman, latihan dan ekperimen bersama pelajar dalam bidang sendiri merupakan pembelajaran dan praktis sebenar yang akan membantu memantapkan profesion masing-masing. Selamat berkarya dan terus berpegang kepada prinsip bahawa it is about students' learning, not lecturers' teaching! Sedikit feedback daripada peserta kursus. Thanks semua.
0 Comments
Tiada yang mampu diucapkan melainkan Alhamdulillah di atas kesempatan masa dan kudrat dan keizinan-Nya jua, perancangan yang telah sekian lama dibuat akhirnya dapat dijayakan. Seramai kira-kira 50 guru pemulihan khas dari daerah Seremban menjalani bengkel pembangunan bahan berasaskan multimedia di bawah anjuran pihak Pejabat Pendidikan Daerah. Sememangnya 1 hari tidak memadai untuk menyentuh kesemua topik yang saya rangka namun dengan masa yang ada, akhirnya saya memilih beberapa aplikasi yang dirasakan sesuai untuk kegunaan dalam pdpc pelajar pemulihan. Dengan adanya banyak aplikasi percuma dalam talian, para guru kini mempunyai ruang yang lebih untuk 'berkarya' dan menghasilkan bahan yang menarik untuk pdpc pelajar. Namun satu aspek penting yang sering saya tekankan ketika penghasilan bahan adalah tentang peri pentingnya kita memahami siapa pelajar kita dan menganalisis keperluan sebenar mereka. Maklumat ini menjadi dasar kepada justifikasi kenapa bahan tersebut hendak kita bina. Jangan terlalu ghairah dengan adanya teknologi untuk penghasilan bahan, tanpa memikirkan rasional dan sebab kenapa bahan itu perlu digunakan. Di sinilah kemahiran seseorang pendidik tentang rekabentuk pengajaran. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PPD Seremban di atas jemputan ini. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini membawa makna buat semua dan dapat diamalkan dalam pdpc seharian. Teruskan perjuangan guru2 semua. Saya pasti sekeping hati yang ikhlas takkan pernah goyah dengan apa jua rintangan yang mendatang. Semoga Allah jua yang membalas jasabakti kalian mendidik anak-anak yang berkeperluan ini .. meski orang lain memandang sebelah mata kepada anak-anak yang rendah prestasinya, namun di sisi Allah tiada yang lebih penting melainkan niat yang ikhlas, amal dan takwa pastinya!
Assalamualaikum semua,
Saya mohon kerjasama semua peserta Bengkel Trello untuk mengisi sedikit maklumbalas di bawah. Muchas gracias! ^__^
Assalamualaikum,
Mohon kerjasama semua peserta untuk mengisi borang maklumbalas ini dengan menekan butang SUBMIT setelah selesai member maklumbalas. Terima kasih ^___^
Salam semua,
Saya mohon kerjasama semua untuk mengisi borang maklumbalas ini sebelum meniggalkan makmal. Terima kasih!
Salam,
mohon kerjasama semua untuk mengisi borang maklumbalas ini:
Salam semua,
Saya mohon kerjasama semua peserta Bengkel Photoshop agar dapat mengisi borang maklumbalas ini sebelum majlis bersurai. Terima kasih ^___^
Assalamualaikum,
Mohon semua peserta bengkel Google Forms agar dapat mengisi borang maklum balas ini. Di atas kerjasama semua saya ucapkan berbanyak terima kasih :) Dr. Fariza
Rakna-rakan perserta, mohon isikan borang maklum balas ini ye .. tq :)
|
Find categories here
All
Archives
December 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |