Catatan tertangguh. Was invited to share my insights on how to conduct assessment to measure the impact of program by the American Chemical Society International Chemical Science Malaysia Chapter. We had a good time brainstorming the ideas related to the process. Kirkpatrick's Model was among the content of discussion. If you want to know more about the model, try to look at literature on program assessment or you can simply search 'kirkpatrick' as your keyword and you will get abundance of papers related. My heartfelt thanks to Dr Sukor for this invitation! So happy to see adik-adik from FST UKM among the attendees - it brings back the memory when I was engaged to the faculty to share active learning concepts and related practices few years back.
0 Comments
Alhamdulillah, meski diburu tugas yang tidak hentinya setiap hari, syukur jua kerana diberi kesempatan masa untuk bersiaran di malam minggu bersama MAIWP - webinar khusus untuk menyantuni guru-guru pra-sekolah di bawah MAIWP serta hadirin yang lainnya.
Saya berganding sekali lagi dengan Dr Syawal, rakan sefakulti yang merupakan pakar dalam psikologi. Gandingan teknologi dan psikologi mungkin kelihatan canggung bagi sesetengah orang, namun saya begitu senang dengan gabungan idea yang dilontarkan kerana hakikatnya, teknologi hanyalah satu tool atau alat yang mempermudah urusan pembelajaran namun aspek humanistik, hubungan interpersonal serta nilai juga merupakan aspek yang tidak kurang pentingnya malah tidak keterlaluan jika saya katakan ia sebagai nukleus dalam kehidupan dan kejayaan seseorang. Terima kasih MAIWP di atas jemputan tersebut. Semoga perkongsian sederhana ini dapat memberi manfaat kepada semua :) Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berpeluang merasai suasana persidangan secara bersemuka, inilah kali pertama saya menghadiri majlis ilmu secara fizikal semenjak hampir setahun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Acara forum merupakan pembuka majlis bagi Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan 2021 anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Tajuk forum selari dengan tema persidangan iaitu 'Pendigitalan Memacu Pentaksiran Pendidikan'. Topik ini merupakan topic of interest saya juga kerana kebelakangan ini saya pernah berkongsi dalam beberapa webinar tentang falsafah dalam pentaksiran serta tidak dilupakan potensi pentaksiran alternatif dalam penglahiran pelajar dengan pakej identiti serta skill set yang mampu mendepani keperluan Revolusi Penrindustrian 4.0. Keberkesanan pentaksiran banyak bergantung kepada proses constructive alignment yang perlu diselarikan sebelum pelaksanaan dijalankan bersama pelajar. Pemilihan dan penentuan domain yang hendak diukur juga memainkan peranan penting bagi memastikan aktiviti penilaian dapat memberi impak yang maksimum. Apabila memperkatakan aspek pendigitalan, teknologi hanyalah bersifat tool yang boleh dimanipulasi untuk menghasilkan kesan yang lebih optimum, sedangkan proses perancangan dan reka bentuk merupakan fasa utama yang bakal menjamin keterserlahan impak ini kepada pelajar. Begitu banyak hendak saya perkatakan namun masa tidak mengizinkan. Namun diharap perkongsian ringkas dapat membuka mata kepada pemilihan pentaksiran yang lebih menjurus kepada sesuatu yang lebih holistik sifatnya, dan bukan hanya terhad kepada penilaian pen and paper semata-mata. Terima kasih LPM selaku penganjur di atas jemputan ini. Seronok juga bertemu dengan orang-orang kuat LPM - sesuatu yang jarang dapat dilakukan dalam acara non formal. #kpm #lembagapeperiksaanmalaysia #alternativeassessment #penilaianbilikdarjah Petikan kamera telefon bimbit saya sejurus sebelum acara Lama tidak berkarya dengan shutter dan aperture .. meski saban semester mengajar kemahiran fotografi bersama pelajar-pelajar UKM. Pemandangan indah nan menakjubkan sekitar senja semalam benar-benar membuat saya rindu untuk mengelek kamera Olympus Pen saya lagi! :) #note9 je I am so glad to be part of this great event - Edutech Phillipines - a virtual conference for educators from K-12 and Higher Education Institutions. Together with me in the Townhall session were fellow experts from Phillipines - Jeffrey and Giged (Floydeth somehow couldn't make it today) and our excellent moderator - Brent Reodica. We talked about the assessment strategies for HEIs in the time of pandemic and related issues.
There are many ways to do assessment and there are many great tools available online for assessments. But the utmost important thing to bear in mind should be - why do we conduct an assessment? This 'why' question is vital for all educators to reflect on as this 'why' will guide us in determining what kind of assessments suitable to be conducted. I would like to express my thanks to all the panelists for your insightful sharing. What a joyful afternoon it was! :) Kali ini memenuhi undangan daripada pihak CELPAD UIA untuk berkongsi tentang Tips and Tools for Online Assessment. Pada asalnya dimaklumkan parap eserta hanya sekitar 19 orang yang terdiri daripada ahli Jabatan Bahasa Melayu, namun akhirnya dikembangkan kepada semua jabatan dan di hujung bengkel saya dimaklumkan peserta mencecah 100 orang (jumlah maksimum dalam Zoom). Alhamdulillah, dan terima kasih di atas sambutan menggalakkan yang diberi :) Kali ini saya mengupas secara lebih mendalam tentang aspek penilaian serta elemen yang perlu ditekankan dalam aspek penilaian misalnya berkaitan dengan taksonomi Bloom serta signifikannya Kemahiran Abad ke 21 dinilai dalam situasi di mana kita sedang berada di era perkembangan teknologi mutakhir, ditambah pula dengan ciri-ciri pelajar yang kita hadapi sekarang yang rata-ratanya terdiri daripada generasi Z. Saya juga memetakan taksonomi Bloom dengan bentuk assessment yang sesuai untuk mengukur setiap aras kemahiran dan kemudian apakah tool yang sesuai untuk melaksanakan assessment tersebut secara dalam talian. Saya kagum dengan engagement yang ditunjukkan oleh para peserta dengan pelbagai soalan yang diutarakan. Harapnya setiap jawapan yang diberi dapat memuaskan hati semua! Terima kasih daun keladi CELPAD! |
Find categories here
All
Archives
December 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |