Graf di atas merupakan hasil analisis terhadap keperluan kemahiran berkaitan e-pembelajaran yang dikutip melalui kertas edaran sempena Mesyuarat Fakulti ke-258.
Kemahiran tertinggi yang dipilih oleh pensyarah (23 orang telah mengembalikan kertas edaran) ialah: Membina Blog Pendidikan (13 orang), diikuti oleh Kolaborasi Gaya Google Docs dan Google Presentations (12 orang) dan seterusnya Google Forms (9 orang). Enam orang pensyarah turut memilih Online Testing & Evaluation, e-Publishing for Educators dan Interactive Lecture Using Web 2.0. Manakala kemahiran-kemahiran lain tidak menunjukkan skor yang begitu memberangsangkan. Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermakna bahawa pilihan oleh beberapa orang itu tidak dianggap penting, sebaliknya perlu juga diberi perhatian khusus. Cuma buat masa sekarang, saya memilih undi majoriti terlebih dahulu. Jika ada permintaan yang 'serius' daripada ahli fakulti untuk mendapatkan kemahiran tertentu, saya dengan rendah hati memohon jasa baik semua untuk terus menghubungi saya. InsyaAllah saya cuba aturkan yang terbaik kerana saya percaya bahawa professional development tidak boleh dijalankan dalam bentuk 'one-size-fits-all', justeru kerana keperluan kita adalah berbeza-beza :) Sebagai langkah pertama, dan respon kepada dapatan kecil ini, saya mengambil peluang untuk memulakan Siri e-Learning Support Training dengan kursus Asas Pembinaan Blog dalam Pendidikan. Kursus asas ini disasarkan kepada rakan-rakan sefakulti yang belum pernah mempunyai pengalaman membangunkan blog atau pernah mencuba, tetapi terlupa akan langkah-langkahnya. Insya-Allah, untuk mereka yang sudah memulakan aktiviti 'blogging' tetapi memerlukan kemahiran tambahan; siri 2 pembinaan blog (Intermediate) akan dilaksanakan sebagai rentetan kepada siri pertama ini. Kursus Asas Pembinaan Blog melibatkan kemahiran paling asas seperti pembinaan blog baharu, posting, pages, serta penggunaan aplikasi pada posting editor. Kursus Pertengahan Blog pula bakal merangkumi kemahiran seperti mengubahsuai layout blog, memasukkan 'aksesori' pada side bar blog, serta mengintegrasi beberapa aplikasi Web 2.0 ke dalam blog secara link atau 'embedded'. Kemahiran lain yang mungkin boleh diterokai (bergantung kepada permintaan) melibatkan juga pengintegrasian elemen-elemen di dalam Google Drive seperti Google Docs, Google Form and Presentations. Saya berharap agar siri latihan ini meskipun kecil, namun signifikan dengan keperluan tugas kita seharian. Ampun maaf dipinta.
1 Comment
|
Find categories here
All
Archives
December 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |