Undangan daripada ADEC UM saya terima dicelah-celah Bengkel Terjah yang rancak kami jalankan. Alhamdulillah, akhirnya berjaya dilaksanakan menerusi platform Microsoft Teams. Beberapa sebelum bengkel sebenar, saya telah mencuba Teams untuk memastikan demonstrasi live dapat dijalankan iaitu untuk menunjukkan proses screencasting dilakukan dan semuanya berjalan lancar. Hati senang. Namun, pada hari bengkel dijalankan, talian Internet saya agak merosot (oh, my Unifi!). Berkemungkinan asbab itu, paparan screencast tidak dapat dilihat oleh para peserta. Saya terpaksa beralih ke Plan B secara adhoc. Mujur sekali saya pernah menghasilkan manual penghasilan bahan screencast dan masih tersimpan dalam komputer riba. Harapnya sampailah maklumat yang nak disampaikan! Antara yang dikongsi juga adalah tips dalam membuat rakaman video - pre-production, during dan post production. Terima kasih banyak2 ADEC UM di atas jemputan ini! Download your notes here:![]()
![]()
Alhamdulillah, perancangan untuk mengadakan bengkel MOOC kali ke 6 yang melibatkan dua aplikasi (Open Learning & Camtasia) mendapat sambutan menggalakkan - kerusi di makmal hampir penuh walaupun menjelang petang, kehadiran agak susut kerana pada tarikh yang sama, ada 2 lagi agenda yang berlangsung serentak di FPend. Terima kasih sayau capkan kepada semua yang hadir, khususnya buat Prof. Dr Supyan Husin serta En Hashim Muda dari PPTP UKM serta fasilitator Puan Liza dan Atikah. Doa saya agar usaha menyiapkan kursus MOOC akan dapat diteruskan oleh semua pensyarah terbabit. Barangkali dengan bertambahnya kemahiran untuk menggunakan Camtasia sebagai perisian untuk mengedit video serta screencasting, maka semakin bervariasilah bahan-bahan dalam kursus MOOC nanti! Sedikit peringatan tentang perjumpaan pada 15 Ogos 2015 ini. Ramai-ramai kita datang untuk mencari semangat meenruskan perjuangan MOOC! Sedikit gambar yang sempat dirakam: Selesai Ramadhan, Syawal pula menjelma. Tugas tetap diteruskan. InshaAllah satu lagi bengkel e-learning akan dijalankan seperti mana berikut: Setiap peserta akan diberikan lesen Camtasia secara percuma! Seronok tak?
Dibuka kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan UKM :) jemputlah!
Rakan-rakan peserta bengkel, mohon isikan borang maklumabas di bawah ye .. TQ :)
Screencast-o-matic merupakam aplikasi web berasaskan Java yang boleh digunakan untuk menghasilkan ‘screen-cast’. Apa itu ‘screen-cast’? Secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa ‘screen-cast’ merujuk kepada video pendek yang dirakam bersama suara pengguna atau individu yang menghasilkan bahan tersebut dan dalam masa yang sama memaparkan segala pergerakan pada skrin monitor. Kebiasaannya penggunaan ‘screen-cast’ sangat sesuai untuk menunjukkan sesuatu proses seperti penggunaan formula-formula dalam Excel, pembangunan blog atau cara-cara penghasilan video. Walau bagaimanapun, ia tidaklah terhad kepada tujuan itu sahaja kerana dengan menggunakan teknik ‘screen-cast’, para guru atau pensyarah boleh menghasilkan syarahan atau penerangan lisan berdasarkan bahan yang disediakan. Salah satu aplikasi yang mudah (dan percuma) serta tidak memerlukan proses muatturun (‘downloading’ dan ‘installing’) ialah Screen-cast-o-matic. Saya secara peribadi menggunakan aplikasi ini untuk kursus-kursus berkaitan penggunaan komputer serta Web 2.0. Berikut adalah contoh tutorial yang boleh dijadikan panduan: Namun persoalannya, kenapa perlu menghasilkan bahan ‘screen-cast’ jika guru boleh menerangkan kepada pelajar di dalam kelas? Kelebihan utama penghasilan bahan seperti ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada pelajar untuk belajar sesuatu perkara tanpa kuliah bersemuka (secara tidak langsung meningkatkan kebolehan meneroka dalam diri pelajar), tetapi ia mampu memberi peneguhan serta memantapkan kefahaman pelajar kerana bahan video dapat diulang-ulang oleh pelajar sehingga mereka benar-benar mampu menguasai konsep atau kemahiran yang diperlukan.
|
![]() Find categories here
All
Archives
December 2020
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations ![]() This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |