Screencast-o-matic merupakam aplikasi web berasaskan Java yang boleh digunakan untuk menghasilkan ‘screen-cast’. Apa itu ‘screen-cast’? Secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa ‘screen-cast’ merujuk kepada video pendek yang dirakam bersama suara pengguna atau individu yang menghasilkan bahan tersebut dan dalam masa yang sama memaparkan segala pergerakan pada skrin monitor. Kebiasaannya penggunaan ‘screen-cast’ sangat sesuai untuk menunjukkan sesuatu proses seperti penggunaan formula-formula dalam Excel, pembangunan blog atau cara-cara penghasilan video. Walau bagaimanapun, ia tidaklah terhad kepada tujuan itu sahaja kerana dengan menggunakan teknik ‘screen-cast’, para guru atau pensyarah boleh menghasilkan syarahan atau penerangan lisan berdasarkan bahan yang disediakan. Salah satu aplikasi yang mudah (dan percuma) serta tidak memerlukan proses muatturun (‘downloading’ dan ‘installing’) ialah Screen-cast-o-matic. Saya secara peribadi menggunakan aplikasi ini untuk kursus-kursus berkaitan penggunaan komputer serta Web 2.0. Berikut adalah contoh tutorial yang boleh dijadikan panduan: Namun persoalannya, kenapa perlu menghasilkan bahan ‘screen-cast’ jika guru boleh menerangkan kepada pelajar di dalam kelas? Kelebihan utama penghasilan bahan seperti ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada pelajar untuk belajar sesuatu perkara tanpa kuliah bersemuka (secara tidak langsung meningkatkan kebolehan meneroka dalam diri pelajar), tetapi ia mampu memberi peneguhan serta memantapkan kefahaman pelajar kerana bahan video dapat diulang-ulang oleh pelajar sehingga mereka benar-benar mampu menguasai konsep atau kemahiran yang diperlukan.
1 Comment
Husna
10/12/2020 12:34:50 am
Nak tanya,, kenapa ye saya guna screen o matic ni bila record suara saya jadi macam pecah + garau. Ke laptop saya yg problem?
Reply
Leave a Reply. |
![]() Find categories here
All
Archives
December 2020
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations ![]() This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |