Assalamualaikum, Mungkin ada di antara kita yang mempunyai keperluan untuk menghasilkan video yang cantik dan kelihatan profesional tetapi memunyai kekangan dari sudut kemahiran dan masa. Untuk kali ini, saya akan kongsikan satu daripada video maker yang sangat mudah digunakan iaitu Biteable. Terdapat banyak pilihan template yang sedia untuk digunakan serta muzik latar yang 'catchy'. Penghasilan video pula tidak menggunakan konsep 'timeline' sebaliknya dalam bentuk slaid yang boleh diubah kedudukan susunannya mengikut keperluan pengguna. Namun demikian, sedikit masa akan diambil untuk menunggu hasil akhir video yang telah dibangunkan. Ini termasuklah masa 'rendering' untuk kesemua slaid. Walau bagaimanapun, yang cantknya Biteable membolehkan kita terus memuatnaik video yang dihasilkan ke YouTube dan untuk proses ini, masa yang diambil adalah sangat singkat! Jika anda ingin mencuba Biteable, sila layari DI SINI Di bawah adalah contoh video yang saya hasilkan hanya dalam beberapa minit untuk mempromosi kursus MOOC Educational Technology.
1 Comment
Tarikh keramat.
30 Ogos merupakan hari terakhir untuk para pembangun MOOC melangsaikan segala modul serta bahan dan aktiviti berkaitan sebagai persiapan terkahir sebelum melayakkan diri ke pertandingan MOOC peringkat universiti. Sebagai panduan, beberapa kriteria utama yang perlu dilengkapkan adalah jumlah modul yang tidak kurang daripada lapan (8). Setiap modul mengandungi bahan-bahan berkaitan samada video/teks/pdf dan lain-lain serta disusuli dengan aktiviti pengayaan/perbincangan atau tugasan. Selamat meneruskan usaha .. pantang beralah sebelum waktunya! :) Terima kasih pihak PPTP yang sudi menghasilkan sekali lagi video tentang bengkel Weebly yang dirakam seusai bengkel tersebut. InshaAllah kita lihat perkembangan laman web masing2 :) Alhamdulillah, bengkel pembinaan Weebly akhirnya berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang sangat memberangsangkan .. saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta (mohon berbanyak maaf kerana tidak sempat berkenalan dengan lebih lanjut .. tapi jangan segan untuk hubungi saya nanti ye!) yang memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menguasai kemahiran yang dibekalkan. Masa terlalu suntuk untuk membuka ruang yang lebih panjang untuk sesi hands-on .. namun saya mengharapkan sedikit sebanyak apa yang dikongsi dalam bengkel ini menjadi bekal berguna untuk memulakan langkah pembinaan laman web masing-masing :) Setinggi penghargaan juga kepada pihak Pengajaran UKM, khususnya Prof Dato' Mohamed Amin Embi serta PM Dr. Raihanah Mydin yang sudi memberi peluang untuk saya berkongsi sedikit maklumat bersama. Di atas kekurangan saya mohon berbanyak maaf. InshaAllah di lain kesempatan, bertemu lagi! :)
InsyaAllah satu lagi bengkel akan saya kendalikan dalam masa terdekat iaitu pada 16 Ogos ini berkaitan pembinaan laman web menggunakan Weebly. Sasaran bengkel merupakan kumpulan T30 yang meliputi pensyarah-pensyarah dari seluruh fakulti UKM yang terpilih dalam kumpulan berprestij ini.
Untuk memudahkan rujukan, saya lampirkan sekali slaid ringkas:
Alhamdulillah, perancangan untuk mengadakan bengkel MOOC kali ke 6 yang melibatkan dua aplikasi (Open Learning & Camtasia) mendapat sambutan menggalakkan - kerusi di makmal hampir penuh walaupun menjelang petang, kehadiran agak susut kerana pada tarikh yang sama, ada 2 lagi agenda yang berlangsung serentak di FPend. Terima kasih sayau capkan kepada semua yang hadir, khususnya buat Prof. Dr Supyan Husin serta En Hashim Muda dari PPTP UKM serta fasilitator Puan Liza dan Atikah. Doa saya agar usaha menyiapkan kursus MOOC akan dapat diteruskan oleh semua pensyarah terbabit. Barangkali dengan bertambahnya kemahiran untuk menggunakan Camtasia sebagai perisian untuk mengedit video serta screencasting, maka semakin bervariasilah bahan-bahan dalam kursus MOOC nanti! Sedikit peringatan tentang perjumpaan pada 15 Ogos 2015 ini. Ramai-ramai kita datang untuk mencari semangat meenruskan perjuangan MOOC! Sedikit gambar yang sempat dirakam:
Assalamualaikum,
Mohon kerjasama semua peserta untuk mengisi borang maklumbalas ini dengan menekan butang SUBMIT setelah selesai member maklumbalas. Terima kasih ^___^ InsyaAllah saya akan bersama-sama dengan rakan-rakan pensyarah di IPGKBA sempena Hari Akademik dan Inovasi Pendidikan mereka pada 10 Ogos ini. Tajuk yang diberi adalah berkaitan pengajaran di abad ke-21. Tajuk ini saya kira amat relevan untuk dibincangkan secara serius khususnya dalam kalangan tenaga pendidik, seiring dengna perkembangan semasa serta kehendak dan stail pembelajaran generasi Z kini. Melihat tajuk bengkel ini membuat ingatan saya meluru kepada sebuah buku hasil penulisan para pelajar Sarjana saya untuk kursus Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat yang bertajuk Pendidikan Abad ke-21: Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Cabarannya. Buku inin mengandungi 10 bab yang menyentuh pelbagai aspek penggunaan dan kritikan tentang integrasi teknologi dalam pendidikan Abad ke 21.
Selesai Ramadhan, Syawal pula menjelma. Tugas tetap diteruskan. InshaAllah satu lagi bengkel e-learning akan dijalankan seperti mana berikut: Setiap peserta akan diberikan lesen Camtasia secara percuma! Seronok tak?
Dibuka kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan UKM :) jemputlah! |
Find categories here
All
Archives
December 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |