Pendigitalan Pendidikan merupakan salah satu agenda penting dalam dunia pendidikan hari ini. Hal ini tentu bersangkut paut dengan wujudnya pelbagai platform serta aplikasi dalam talian yang boleh dan perlu dimanfaatkan dalam dunia pendidikan. Perkembangan dalam dunia digital juga menuntut anjakan yang serius (tapi terancang) dalam setiap aspek reka bentuk, pelaksanaan dan tentunya keberkesanan sesuatu aktiviti pembelajaran.
Fakulti Pendidikan UKM dengan slogannya - Peneraju Inovasi Pendidikan tidak pernah ketinggalan dalam memastikan setiap aktiviti dan tindakan dalam hal-hal pengajaran & pembelajaran selari dan senada dengan perkembangan teknologi masa kini. Syabas dan setinggi-tinggi tahniah buat semua warga dan khususnya buat peneraju fakulti kami - Dato' Prof Dr Norazah yang seringkali sarat dengan idea-idea inovasi dan terkehadapan. Alhamdulillah, I'm proud to be part of the faculty! Once again, pengiktirafan diberikan kepada seluruh warga akademik fakulti yang turut menyumbang kepada bertambahnya bilangan Apple Teachers - saya kira bilangan tertinggi di UKM atau mungkin di seluruh negara. Saya telah menulis tentang Apple Teacher DI SINI.
0 Comments
Insha-Allah, I will be joining the 6th Technology and Innovation International Conference [TECHON 2021] as one of the keynote speakers. As I am currently in charge of Open & Distance Learning program development, so I decided to share my insights on ODL. As to avoid any technical problem occurrence, the keynote speech will be delivered as a pre-recorded presentation. See you there! Look, they have a beautiful teaser video of us! ^___^ Canva bukanlah sesuatu yang baharu. Saya percaya sudah ramai pengguna mengambil manfaat daripada Canva yang menghidangkan banyak template khususnya untuk menghasilkan bahan-bahan grafik; samada dalam format slaid, poster, kad dan bermacam lagi. Namun barangkali antara kelebihan Canva (versi Pro dan Education) yang tidak ramai yang mengambil berat adalah wujudnya peluang untuk kita menghasilkan pembentangan dalam bentuk video berasaskan slaid yang kita bangunkan di Canva. Oh oh .. khusus buat rakan-rakan pensyarah di UKM serta institusi pendidikan tinggi lain, jangan tak tahu yang kita boleh mendapat akses kepada Canva for Education apabila mencipta akaun menggunakan emel rasmi institusi (@edu)! Dengan akaun Canva for Education ini anda boleh menghasilkan video pengajaran semudah A,B,C! Alhamdulillah baru-baru ini saya berkesempatan berkongsi sedikit info bersama rakan-rakan pakar bidang yang terlibat dengan penghasilan SIM untuk program ODL UKM. Semoga sesi ringkas ini memberi manfaat dan ruang untuk berkarya dengan lebih kreatif dan produktif :) Panduan ringkas telah saya sediakan dalam betuk tutorial seperti di bawah. Semoga dapat dimanfaatkan: |
Find categories here
All
Archives
December 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |