What does it mean to be a 21st Century Educators? Does it merely involve the integration of technology into your teaching and learning? What about teachers' roles concerning the 4th Industrial Revolution demands? How can an educator provide his/her service to inculcate top skills needed in the 21st Century? There is a lot of paradigm shift that has to take place when we talk about this topic. I am grateful to have had a chance to dig into the topics during our face-to-face sessions. Participants were 20 educators from MARA institutions, teaching various subjects specifically related to TVET discipline. When you have active participants, the atmosphere will automatically become more alive thus, helps to indulge in the discussion more effectively. Congratulations to all the participants for showing great interest and commitment throughout the sessions!
0 Comments
Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berpeluang merasai suasana persidangan secara bersemuka, inilah kali pertama saya menghadiri majlis ilmu secara fizikal semenjak hampir setahun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Acara forum merupakan pembuka majlis bagi Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan 2021 anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Tajuk forum selari dengan tema persidangan iaitu 'Pendigitalan Memacu Pentaksiran Pendidikan'. Topik ini merupakan topic of interest saya juga kerana kebelakangan ini saya pernah berkongsi dalam beberapa webinar tentang falsafah dalam pentaksiran serta tidak dilupakan potensi pentaksiran alternatif dalam penglahiran pelajar dengan pakej identiti serta skill set yang mampu mendepani keperluan Revolusi Penrindustrian 4.0. Keberkesanan pentaksiran banyak bergantung kepada proses constructive alignment yang perlu diselarikan sebelum pelaksanaan dijalankan bersama pelajar. Pemilihan dan penentuan domain yang hendak diukur juga memainkan peranan penting bagi memastikan aktiviti penilaian dapat memberi impak yang maksimum. Apabila memperkatakan aspek pendigitalan, teknologi hanyalah bersifat tool yang boleh dimanipulasi untuk menghasilkan kesan yang lebih optimum, sedangkan proses perancangan dan reka bentuk merupakan fasa utama yang bakal menjamin keterserlahan impak ini kepada pelajar. Begitu banyak hendak saya perkatakan namun masa tidak mengizinkan. Namun diharap perkongsian ringkas dapat membuka mata kepada pemilihan pentaksiran yang lebih menjurus kepada sesuatu yang lebih holistik sifatnya, dan bukan hanya terhad kepada penilaian pen and paper semata-mata. Terima kasih LPM selaku penganjur di atas jemputan ini. Seronok juga bertemu dengan orang-orang kuat LPM - sesuatu yang jarang dapat dilakukan dalam acara non formal. #kpm #lembagapeperiksaanmalaysia #alternativeassessment #penilaianbilikdarjah Petikan kamera telefon bimbit saya sejurus sebelum acara Lama tidak berkarya dengan shutter dan aperture .. meski saban semester mengajar kemahiran fotografi bersama pelajar-pelajar UKM. Pemandangan indah nan menakjubkan sekitar senja semalam benar-benar membuat saya rindu untuk mengelek kamera Olympus Pen saya lagi! :) #note9 je Jemputan daripada sifu saya PM Azidah Abu Ziden, Timbalan Pengarah aka mak tiri dari Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik atau The Centre for Development of Academic Excellence (CDAE) USM. Kali ini slot bagi mengisi slot bersama para pensyarah muda USM. Dan saya diminta untuk berbicara tentang Augmented Reality. Lalu saya berfikir bahawa tajuk AR semata-mata mungkin kurang bermakna tanpa dikaitkan dengan aspek kemenjadian pelajar. Hal ini kerana, AR hanyalah merupakan satu teknologi yang boleh dimanipulasi untuk tujuan pelbagai namun apalah erti penggunaan teknologi tanpa hala tuju dan falsafah yang sebenar? Lalu saya cuba mencantumkan aktiviti pelajar dalam AR dan bagaimana penglibatan dalam projek ini dapat digunakan untuk membantu membangun kapasiti kemahiran Abad ke- pelajar - satu perkongsian berdasarkan praktis saya sendiri bersama para pelajar saya. Sebahagian daripada refleksi peserta: Oh oh .. ini cerita basi! Entah kenapa terlalu sukar mencari ruang untuk mencatat tentang peristiwa ini. Berlaku sehari setelah Seminar Pendidikan Digital di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara pada 16 Januari 2020. Esoknya, saya berdua bersama Syazwan muncul sejenak di Selamat Pagi Malaysia untuk membincangkan tentang Pendidikan DIgital Era RI 4.0, sekaligus berkongsi tentang sebuah buku hasil penulisan pelajar-pelajar Sarjana saya. |
![]() Find categories here
All
Archives
December 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations ![]() This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |