Thinking Like and ID: Empowering Students' Ownership of Learning Using an AR-based application2/15/2019 Perancangan untuk pengendalian bengkel ini sebenarnya telah berlangsung semenjak tahun lepas lagi namun di atas faktor masa dan komitmen yang lain, tarikh bengkel terpaksa dibawa ke tahun 2019. Berbanyak-banyak terima kasih buat kedekanan FST di atas jemputan ini, khususnya PM Dr Azmin, yang secara personal meminang saya ^__^ Melalui bengkel ini, saya berkongsi sedikit maklumat ringkas namun signifikan untuk dihadam oleh setiap yang bergelar pengajar - iaitu tentang Pendekatan Rekabentuk Bersistemik (Systemic Design Approach). Melalui konsep ini, pengajar bertindak sebagai 'doktor' yang bertugas mencari penawar kepada 'penyakit' yang membantutkan pembelajaran pelajar. Sememangnya tidak ada istilah one-size-fits-all apabila kita membincangkan tentang pendekatan dalam aktiviti pembelajaran kerana pelajar kita begitu berbeza dari sudut latar belakang dan prestasi akademik, gaya belajar, malah sikap serta persepsi terhadap sesuatu perkara. Justeru, kepelbagaian ini perlu diraikan dengan harmoni. Untuk menghadirikan situasi yang berpanca warna ini, seorang menuntut ketelitian dan pemikiran kritikal pengajar itu sendiri. Di sinilah, instructional design memainkan peranan yang memberi panduan kepada proses mengenalpasti masalah sebenar (root couse of the problem), bagaimana mereka bentuk pengalaman pembelajaran dengan mengambil kira kepelbagaian pelajar dan seterusnya membuat penilaian terhadap keberkesanan aktiviti tersebut. Adalah tidak kurang pentingnya untuk seseorang pengajar berfikiran reflektif bagi membolehkan proses penambahbaikan dilakukan dari semester ke semester. Segmen kedua pula menyentuh tentang penggunaan Augmented Reality sebagai salah satu aktiviti yang boleh memberi empowerment kepada pelajar dalam menghasilkan sesuatu tugasan sekaligus melalui penglibatan yang berterusan dalam proses tersebut akan meningkatkan kefahaman serta self-esteem mereka. Terima kasih buat semua rakan pensyarah yang sudi mendengar dan berkongsi pengalaman serta menunjukkan komitmen yang mantap. Mudah-mudahan ada bekal yang berguna, biarpun sedikit namun bermakna!
0 Comments
|
![]() Find categories here
All
Archives
February 2021
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations ![]() This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |