Jika ingin melahirkan sebarang perubahan yang efektif serta keputusan yang tuntas serta selari dengan keperluan sistem, maka musyawarah tentulah satu kewajipan yang perlu dilazimi di setiap peringkat. Ini bukanlah kali pertama kami mencuri ruang untuk bersemuka bersama Prof TNC Akademik & Antarabangsa kami. Namun agenda pada pertemuan kali ini agak menuntut penaakulan yang komprehensif serta kebitaraan dalam membuat keputusan.
Di UKM, kemasukan pelajar ke program akademik di peringkat prasiswazah, selain melaui saluran UPU, calon-calon juga boleh memohon melalui Saluran UKM-i atau UKM International. Meskipun namanya International, saluran ini juga menerima sekian banyak permohonan daripada pelajar tempatan. Ada sebilangan calon yang memohon merupakan mereka yang tidak mempunyai kelayakan SPM. Hal ini disebabkan beberapa faktor, misalnya keberadaan mereka di luar negara menyebabkan kelompok ini perlu melalui sistem persekolahan luar negara. Mengikut praktis di UKM sebelum ini, calon-calon yang tidak memiliki kelayakan SPM akan diberikan tawaran bersyarat di mana mereka perlu menduduki SPM sekurang-kurangnya untuk subjek Bahasa Melayu dan Sejarah (minimum kelulusan perlu kredit). Namun demikian, MQA sebenarnya telah mengeluarkan senarai Kelayakan Masuk bagi Pelajar Antarabangsa bagi membolehkan Penilaian Kesetaraan Kelayakan Masuk ke Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia dilaksanakan. Justeru, calon-calon yang tidak memiliki kelayakan persekolahan Malaysia boleh diterima untuk memasuki program akademik di universiti di Malaysia dengan syarat sijil persekolahan yang dimilik tersenarai di dalam senarai keluaran MQA tersebut. Maklumat lanjut boleh diperolehi DI SINI. Dengan ertikata lain, mulai sekarang calon-calon yang mempunyai kelayakan persekolahan antarabangsa boleh memohon dan memasuki program di UKM (melalui saluran UKM International). Namun sebagai sebuah universiti watan yang menyanjung Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, satu program Bahasa Melayu telah dikenalpasti sebagai satu kursus wajibyang perlu diduduki oleh calon-calon program UKM-i yang berstatus audit. InshaAllah perkara ini akan mula dilaksanakan menjelang Semester 2 2021/2022. Terima kasih sekalung budi buat Prof TNC di atas perkongsian idea bernas :)
0 Comments
|
Find categories here
All
Archives
December 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |