Musim sebegini memang meruntun jiwa jika terlalu banyak bermenungan tanpa produktiviti! Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk bersama-sama 90 lebih pensyarah dari UUM untuk perkongsian tentang konsep Micro Learning. Bengkel ini adalah di bawah penganjuran pihak UTLC UUM. Platform yang digunakan untuk menjayakan sesi ini adalah Webex. Bengkel dijalankan melalui platform Webex - satu platform yang sangat user friendly and effective! Di dalam bengkel ini saya mebincang sedikit sebanyak tentang konsep Micro Learning serta jenis-jenis bahan yang boleh dibangunkan untuk tujuan Micro Learning, di samping tools yang boleh digunapakai untuk menghasilkan bahan. Selari dengan permintaan tuan rumah, saya menampilkan Biteable sebagai salah satu tool dalam talian untuk menghasilkan bahan video yang mudah dan cepat. Terima kasih UTLC UUM di atas jemputan!
0 Comments
Assalamualaikum, Mungkin ada di antara kita yang mempunyai keperluan untuk menghasilkan video yang cantik dan kelihatan profesional tetapi memunyai kekangan dari sudut kemahiran dan masa. Untuk kali ini, saya akan kongsikan satu daripada video maker yang sangat mudah digunakan iaitu Biteable. Terdapat banyak pilihan template yang sedia untuk digunakan serta muzik latar yang 'catchy'. Penghasilan video pula tidak menggunakan konsep 'timeline' sebaliknya dalam bentuk slaid yang boleh diubah kedudukan susunannya mengikut keperluan pengguna. Namun demikian, sedikit masa akan diambil untuk menunggu hasil akhir video yang telah dibangunkan. Ini termasuklah masa 'rendering' untuk kesemua slaid. Walau bagaimanapun, yang cantknya Biteable membolehkan kita terus memuatnaik video yang dihasilkan ke YouTube dan untuk proses ini, masa yang diambil adalah sangat singkat! Jika anda ingin mencuba Biteable, sila layari DI SINI Di bawah adalah contoh video yang saya hasilkan hanya dalam beberapa minit untuk mempromosi kursus MOOC Educational Technology. |
![]() Find categories here
All
Archives
December 2020
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations ![]() This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |