Rakan-rakan peserta bengkel, mohon isikan borang maklumabas di bawah ye .. TQ :)
Screencast-o-matic merupakam aplikasi web berasaskan Java yang boleh digunakan untuk menghasilkan ‘screen-cast’. Apa itu ‘screen-cast’? Secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa ‘screen-cast’ merujuk kepada video pendek yang dirakam bersama suara pengguna atau individu yang menghasilkan bahan tersebut dan dalam masa yang sama memaparkan segala pergerakan pada skrin monitor. Kebiasaannya penggunaan ‘screen-cast’ sangat sesuai untuk menunjukkan sesuatu proses seperti penggunaan formula-formula dalam Excel, pembangunan blog atau cara-cara penghasilan video. Walau bagaimanapun, ia tidaklah terhad kepada tujuan itu sahaja kerana dengan menggunakan teknik ‘screen-cast’, para guru atau pensyarah boleh menghasilkan syarahan atau penerangan lisan berdasarkan bahan yang disediakan. Salah satu aplikasi yang mudah (dan percuma) serta tidak memerlukan proses muatturun (‘downloading’ dan ‘installing’) ialah Screen-cast-o-matic. Saya secara peribadi menggunakan aplikasi ini untuk kursus-kursus berkaitan penggunaan komputer serta Web 2.0. Berikut adalah contoh tutorial yang boleh dijadikan panduan: Namun persoalannya, kenapa perlu menghasilkan bahan ‘screen-cast’ jika guru boleh menerangkan kepada pelajar di dalam kelas? Kelebihan utama penghasilan bahan seperti ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada pelajar untuk belajar sesuatu perkara tanpa kuliah bersemuka (secara tidak langsung meningkatkan kebolehan meneroka dalam diri pelajar), tetapi ia mampu memberi peneguhan serta memantapkan kefahaman pelajar kerana bahan video dapat diulang-ulang oleh pelajar sehingga mereka benar-benar mampu menguasai konsep atau kemahiran yang diperlukan.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana mempermudahkan segala urusan bengkel Google Drive pada 13 Februari 2015 yang lalu. Nampaknya sambutan lebih menggalakkan pada kali ini di mana seramai 21 orang pensyarah telah sudi hadir ke bengkel ini.
Pendedahan yang diberi meliputi penggunaan Google Docs untuk kolaborasi serta penyeliaan. Di samping itu, para peserta turut berpeluang membangunkan soal selidik atas talian menggunakan Google Form serta menganalisis data secara deskriptif. Penggunaan Google Form juga boleh digunakan secara efisyen untuk memantau kemajuan para pelajar dalam penulisan tesis mereka. Diharap agar bengkel pendek ini membuka ruang kepada penggunaan Google Drive secara lebih meluas dan serius dalam kalangan pensyarah semua kerana selain ianya percuma, Google Drive menawarkan banyak faedah! Inilah dia maklumbalas serta cadangan daripada para peserta untuk bengkel yang akan datang : |
![]() Find categories here
All
Archives
August 2024
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations ![]() This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |