Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Taklimat Pelajar Baharu ODL

1/15/2023

0 Comments

 
Picture
Picture
Penantian yang panjang akhirnya tiba di penghujung apabila kohort pertama pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin & Falsafah) untku program ODL berjaya diraikan baru-baru ini sempena Taklimat Pelajar Baharu. 

Alhamdulillah, tiada yang mustahil untuk digapai - yang maha penting adalah usaha dan ikhtiar serta komitmen yang tidak putus. Tidak dinafikan pembangunan program ODL memakan masa yang panjang. Benar .. ianya panjang sekali! Namun saya tidak mahu mengisahkan tentang liku-liku yang dilalui sebaliknya entri ini saya dedikasikan kepada seluruh warga kerja dari Fakulti Pengajian Islam khususnya pakar bidang yang tleah bertungkus-lumus membangunkan dokumen, menyiapkan SIM serta mereka bentuk corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih futuristik, selari dengan tuntutan dalam pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh ini. 

Syabas dan mubarak untuk semua. 
Sekalung tahniah juga buat semua pelajar kohort pertama untuk SMPI ini. 
Saya ulangi doa buat kalian di sini agar segalanya berjalan dengan lancar dan inshaAllah anda semua bakal menaiki pentas di DECTAR dalam tempoh 4-5 tahun ini mudah-mudahan. 

#ODLUKM #UKMShape 
0 Comments

Bengkel  Pembangunan Modul

8/24/2022

0 Comments

 
Picture
Acara tertangguh semenjak sekian lama. Hanya kerana Covid 19 yang melanda sebilangan ahli fakulti lalu tarikh yang telah dipilih terpaksa ditunda lagi. Alhamdulillah kali ini Unit ODL menghimpunkan lebih ramai penyertaan daripada beberapa PTJ. 

Bengkel selama dua hari sememangnya tidak mencukupi untuk setiap pakar bidang menyiapkan modul mereka namun diharap perjumpaan ini menjadi satu pencetus kepada momentum untuk meneruskan penulisan inshaAllah. 

Bertemu rakan baharu juga menjadi satu proses rejuvenisasi kepada minda yang sekian lama terperap. Terima kasih semua di atas silaturahim yang dihulurkan :) 
0 Comments

Virtual  Visit

5/20/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture

Yesterday was a long day. My schedule was packed with one agenda after another until almost 7pm. 

Anyway, Alhamdulillah, I managed to spend some time for a virtual visit as an External Examiner for three undergraduate programs in the Faculty of Management, Multimedia University (MMU). 

​I had a blast and a wonderful time during the whole session. I also enjoyed warm hospitality from everybody, especially Dr. J - The Head of ODL Program, whom I had been keeping in touch with all this while :) and yes, Nadira, who sent me lunch via FoodPanda. I wonder how did she know that I love Nando's so much .. Hehe!

The overall presentations were a pleasure to listen to - this covered an overview of the Faculty by Dr. Fairuz, the dean, and the presentation by Ms. Asnur - the programs coordinator. Claps!! 

Although I had been to MMU maybe a hundred times or more (as parent lah ..) I had a limited number of acquaintances among the lecturers at MMU. So I take this as an opportunity to expand my academic circle. The interview or a chitchat session with three other lecturers teaching the programs was satisfying. I had a chance to listen to their stories as ODL lecturers. My overall conclusion from our communication is that - experience really develops who they are. Flexibility is vitally needed when dealing with ODL students, as most of them are working adults. Deep in my heart, I wish that our ODL lecturers in UKM will also embrace the philosophy of ODL when they embark on the actual journey inshaAllah. 

Congratulations, FOM, for the comprehensive preparation for this session. Keep up the good work :) 
0 Comments

Talkimat Pelajar Baharu

5/15/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Syukur. 
Perjalanan nan panjang akhirnya tiba ke destinasi.
Fakulti Pendidikan bakal menerima kumpulan pelajar pertama untuk Sarjana Pendidikan dalam Teknologi Pendidikan di bawah program ODL.

Taklimat kepada pelajar baharu berlangsung di malam hari namun itu suatu norma biasa apabila melibatkan program secara Terbuka & Jarak Jauh. TIdak semua dapat menghadirkan diri ke sesi ini kerana faktor-faktor lain. Anyway, rakaman akan dibekalkan kepada semua oleh pihak sekretariat ODL. 

InshaAllah UKMShape akan sentiasa memastikan support system yang terbaik buat semua pelajar. 

Didoakan agar pengalaman bersama kami di program ODL akan memberikan makna tersendiri buat semua. 

Selamat Maju Jaya! 
Picture
0 Comments

We are getting there!

4/27/2022

0 Comments

 
Picture

Alhamdulillah. All the praise is to Allah Azza wa Jalla. 
In Sha Allah - our first ODL master's program from the Faculty of Education will receive the first cohort of students. 

As the time approached, we realized there were still many more things, especially domestic arrangements, that needed to be put into place. We had a chance to gather virtually with fellow subject matter experts from the faculty to share a briefing on the actual process.  

Apart from that, our Instructional Designer - Zul, demoed the Learning Management System - Virtual Interactive Platform (VIP). 

#hasbunallahuwanikmalwakil 


Picture
0 Comments

Micro-credential  - Inbiosis

4/9/2022

0 Comments

 
Picture
Picture

Lagi sesi taklimat merangkap konsultansi berkaitan penawaran kursus secara Micro-credential dan kali ini berkesempatan untuk bersama-sama rakan pensyarah daripada Institut Biologi Sistem atau INBIOSIS. Sesi dihadiri oelh para felo dari institut terbabit dikepalai oleh Timb Pengarahnya PM Dr Syarul Nataqain atau lebih mesra disapa Dr Ain. 

Menurut Dr Ain, setelah beberapa kali mendengar maklumat tentang Micro-credential dan program Open & Distance Learning lewat bengkel di Seri Pacific Kuala Lumpur dan di Royale Chulan Seremban, beliau dan team lebih jelas tentang halatuju penawaran kedua-dua jenis program ini. 

Malah lebih menyemarakkan lagi perbincangan, INBIOSIS turut berminat untuk menawarkan Sijil Profesional dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.  

Mudah-mudahan ini bukanlah penamat kolaborasi antara INBIOSIS dan UKMShape, sebaliknya menjadi titik tolak kepada lebih program pada masa mendatang inshaAllah :) 

​
0 Comments

Berita ODL

4/8/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Majlis Pelancaran Program ODL UKM

4/8/2022

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah .. ini boleh dianggap satu acara kemuncak setelah berbulan-bulan meneleku tugasan berkaitan pembangunan program ODL, akhirnya dua program sulung ODL UKM bakal menemui prospek Mei 2022 ini. Memandangkan penawaran program secara ODL merupakan agenda Universiti Watan, maka kami merancang majlis pelancaran yang gemilang dan bermakna. 

Kudos to all UKMShapians who had been persistently committed to their jobs! Words alone might not be enough to express my gratefulness of having this bunch of great people, with great collaboration and synergy.  May Allah grants all of you with Rahmah dan Rahim throughout your life <3

Majlis dirasmikan oleh Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dengan kehadiran semua Naib Canselor (kecuali Prof Mad our TNCAA), ProVCs, dan Dekan-dekan serta Pengarah Pusat serta Institut di UKM. 

Majlis ringkas namun penuh makna ini berlangsung sekitar 1.5 jam sahaja namun seperti mana yang saya katakan tadi ia benar-benar memberi suntikan semangat serta nilai satuhati semua yang terlibat dalam menjayakan program ini baik dalam kalangan staf di UKMShape, malah PTJ lainnya. Rentetan daripada acara ini juga kami menerima permintaan daripada institusi pengajian tinggi luar lain yang ingin mendengar perkongsian mengenai best practice tentang pelaksanaan penawaran program ODL UKM. InshaAllah, nekad untuk menjadikan UKM sebagai hub serta rujukan program ODL khususnya buat semua institusi di Malaysia akan dilaksanakan sebaiknya, bi'izinillah! 

Nota: 
Terlalu lama ingin mencoret tentang ini namun detik bersejarah ini erlalu bermakna sehingga ia berkunang-kunang di dalam kabad seberapa lama sehingga tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Really I took some time to cherish the moments with my very own inner-self. 
0 Comments

Bengkel Pembangunan Garis Panduan Penyediaan Dokumen Program ODL

4/8/2022

0 Comments

 
Picture

Berlangsung beberapa minggu nan sudah namun seperti biasa, laporan tertangguh setelah diperam dalam geluk :D 

Alhamdulillah sinergi dalam pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan akhirnya membuahkan jaya. Gabungan mantop tiga PTJ - Pengajaran-UKM, Pusat Jaminan Kualiti UKm serta UKMShape. Kami bersidang selama dua hari dengan satu niat dan tujuan iaitu untuk membangunkan Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Program ODL. 

Tidak dinafikan telah berbaris-baris program ODL in the pipeline - kebanyakannya sedang khusyuk dalam proses pembangunan dokumen COPPA ODL namun sehingga kini Garis Panduan Pembinaan Dokumen belum muncul jua kerana beberapa kekangan yang di luar kawalan. Melihat kepada keperluan ini, maka kami berkampung di Bangi Resort. 

Dua hari ternyata tidak memadai untuk melunaskan kesemua perkara secara lengkap lalu kerja rumah dibawa pulang untuk masing-masing menyiapkan bahagian tersendiri. 

Saya merakamkan jutaan penghargaan yang tidak terhingga buat rakan-rakan yang sudi memerah idea dan tenaga untuk tugas murni ini: PM Keff, PM Yanti & Cik Jem serta staf dari Pengajaran-UKM, PM Ermy dari Pusat Jaminan Kualiti  serta Pn Yanti dan Pn Shatilla dari UKMShape. 
Picture
Picture
0 Comments

Bengkel Pelan Strategik

4/5/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Perancangan dan Halatuju APEL, ODL, Micro-credential dan Sijil Profesional sempena jemputan daripada pejabat Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UKM sehari sebelum Ramadhan. 

Pembentangan mengenai perkembangan semasa bagi setiap program perbincangan tentang halatuju serta sasaran merupakan sesi yang bermakna. Pelataan kepada setiap Pusat Tanggungjawab perlu dilunasi dan direalisasikan oleh pihak PTJ. UKMShape sebagai sebuah pusat yang berrtanggungjawab untuk membantu pelaksanaan program akan terus komited dalam memberikan apa jua bentuk sokongan yang diperlukan demi menjamin objektif dan sasaran dapat dicapai sepertimana yang dirancang. 

Melalui bengkel ini, perbincangan berpusatkan sekitar program APEL, Micro-credential, Sijil Profesional serta ODL. Alhamdulillah, pelantar untuk pelaksanaan MC serta SP telah siap dibangunkan di pihak UKMShape. Kami hanya menunggu pakar bidang untuk mendapatkan kelulusan Senat untuk penawaran MC serta SP. 

Manakala untuk program ODL, tidak dinafikan bahawa tempoh masa yang diperlukan untuk sesebuah program itu dibangunkan sehingga mendapat kelulusan JKPT agak panjang sehingga melepasi tempoh 1 tahun. Namun tempoh yang panjang ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menidakkan potensi program ODL ini. Hal ini kerana, ODL UKM merupakan satu bentuk program yang dibangunkan berpaksikan kepada COPPA-ODL yang digariskan oleh pihak MQA. It is about Open & Distance Learning, dan tentunya ada standard tertentu yang perlu dipenuhi secara tuntas misalnya keperluan menyediakan Self Instructional Materials (SIMs) serta infostruktur yang kondusif untuk menyokong pembelajaran kendiri. 

Mungkin ada juga yang berpendapat bahawa - kalau dah mengajar secara online, maka inilah ODL! 

Mohon maaf semua, kefahaman ini saya kira meleset sama sekali. Sila rujuk panduan ODL oleh MQA untuk kefahaman lebih lanjut. Kepada mana-mana IPT yang berminat untuk menawarkan program ODL juga diharap dapat membezakan antara Open & Distance Learning yang sebenar dengan 'simply' Online Distance Learning. Kaedah yang kedua iaitu Online Distance Learning hanyalah merujuk kepada pelaksanaan pengajaran secara dalam talian (seperti yang kita lalui semasa suasana pandemik ini) di mana kurikulum serta COPPA masih menggunakan COPPA program konvensional. Dan apabila pandemik berakhir, pelaksanaan program ini perlu dilaksanakan secara bersemuka (sekurang-kurangnya sebanyak 40%) kerana inilah hakikat yang ada di dalam COPPA program konvensional. Namun kerana keperluan semasa suasana pandemik, maka ianya kelihatan seperti everything can be delivered online. Sedangkan untuk program ODL yang menggunakan COPPA ODL, pelaksanaan serta delivery boleh berlaku 100% dalam talian meskipun tiada lagi pandemik kerana sifatnya memang begitu, selari dengan falsafah ODL itu sendiri untuk menyokong life long learning serta memberikan pengalaman pembelajaran yang fleksible buat pelajar-pelajarnya. 

Another advantage of the ODL program is that, international students can opt for either full time or part time modes. This is something that never happens in the conventional program - through which, international students have no choice other than choosing full time mode.  In ODL program, international students also do not have to be in Malaysia during their study years. This is how ODL guarantees flexibility you see! 


Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. 

Namun tidak dinafikan juga dari perspektif komersial, masa yang panjang tentu akan menjejaskan operasi. Walau bagaimanapun saya percaya pelaburan ini tentu akan memberi pulangan apabila tiba masanya. It's just a matter of time. Lalu kita jangan terlalu gopoh dan terburu-buru sehingga membelakangkan kualiti dan intergriti. ODL UKM merupakan satu program yang direkabentuk secara tersusun kerana kami mengutamakan keselesaan kepada pelajar-pelajar serta kami menjamin pengalaman pembelajaran kendiri yang lebih bersistematik. Selari dengan tagline kami: 

FUTURISTICS EDUCATION BY THE EXPERTS!

Thanks Prof Mad, our TNCAA who never fails to shower us with his tremendous and endless support!

​#odlukm #micro-credential #ukmshape 
0 Comments
<<Previous
    Picture

    free website counters

    Find categories here

    All
    21st Century Skills
    4IR
    Active Learning
    Alternative Asssessment
    Analysis Software
    Animation
    Apple Teacher
    AR Cards
    Assessment
    Asynchronous
    Augmented Reality
    Bengkel
    Biteable
    Blended Learning
    Blippar
    Blogging
    Button Badge
    Camtasia
    Canva
    Citizen Journalism
    Community Of Practice
    Conference
    Content Creation
    Content Curation
    Creative Common Copyright
    Creative Commons Copyright
    Cyber Security
    Digital Education
    Editting
    Edutech
    E Learning
    E-Learning
    Emergency Remote Teaching
    Examiner
    Feedback
    Feedback On Workshop
    Filmora
    Flipgrid
    Format Generator
    Forum
    Google Drive
    Google Forms
    Green Screen
    I Folio
    I-Folio
    Instructional Design
    IPad Pro
    Keynote
    Keynote Speech
    Latihan
    Macbook
    Memasukkan Proforma Ke I-Folio
    Metaverse
    Micro Credential
    Micro-credential
    Micro Learning
    Mobile
    MOOC
    Movie Maker
    Mpbile Apps
    Nitro
    Nvivo
    ODL
    Online Assessment
    Online Class
    Opemn & Distance Learning
    Open & Distance Learning
    Open Learning
    Padlet
    PDF To Word
    Photos
    Photoshop
    Piktochart
    Poster
    Powtoon
    Prezi
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Remote Learning
    Screencast
    Sijil Profesional
    SIM
    SMEs
    Social Media
    SoTL
    SPSS
    Study UKM
    Supervision
    Synchronous
    Tips And Tools
    Trello
    Turnitin
    Tutorial
    UKM International
    UKMShape
    Video
    Wakelet
    Web 2.0
    Webinar
    Weebly
    Workshop
    YouTube Channel
    Zoom

      Contact me: 

    Submit

    Archives

    January 2023
    November 2022
    August 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    August 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    January 2020
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    June 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    May 2017
    March 2017
    February 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014

    Links

    i-folio
    i-direktori  
    Maklum balas dan aduan
    Gerbang SMS
    Direktori Akademik UKM
    Webmail  
    Papan Digital UKM
    PTSL
    Kalendar Acara Universiti
    Logo UKM 
    Penerbit UKM
    Repositori Artikel Journal
    e-Repositori Penerbitan  
    UKM e-journals

    Links  to Web 2.0 Apps 

    Web 2.0 Cloud Storage
    Google Drive
     
    Dropbox 
    SkyDrive  

    Web 2.0 Sharing & Creation Tools
    Weebly
    WordPress  
    Blogger  
    Youtube  
    Camtasia  
    Jing 
    Raptivity
    Slideshare 
    Evernote 
    Flipsnack
    Scribd 
    Socrative 
    LectureMaker 
    Blendspace  
    ​
    PowToon 

    Web 2.0 Social Networking
    Facebook 

    Edmodo  
    Schoology  
    Linkedin 
    Twitter

    Web 2.0 Sharing & Knowledge

    Pinterest
     
    Scoop it
    Tumblr 

    Web 2.0 Interactive Board
    Padlet  
    Educreations 

    RSS Feed

    Website Counter
    Creative Commons License
    This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
    Based on a work at www.farizakhalid.com.

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks