Alhamdulillah. Janji dan amanah tetap perlu ditunaikan. Meski tertangguh beberapa kali, bengkel Siri ke-4 untuk ODL SMEs dapat jua dilaksanakan. Thummalhamdulillah.
Bengkel kali ini difokuskan kepada aspek pengajaran segerak dan tidak segerak khususnya untuk pengendalian kelas-kelas untuk program ODL. Saya bukanlah pakar dalam perkara ini, sekadar berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang ada. Input daripada rakan-rakan peserta turut menambah maklumat kepada semua. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir! Main takeaway: Communication between learners-instructor can be the key factor to spur students' motivation and thus, help promote the quality of learning :) xoxo
0 Comments
Saya mula mengenali PM Adib - Timbalan Pengarah SERI semasa kami sama-sama menghadiri Bengkel Pelataan Penjanaan di Seri Pacific beberapa minggu yang sudah. Pada bengkel tersebut saya membentangkan tentang Micro-credential serta potensinya untuk ditawarkan oleh semua PTJ di UKM. Rentetan daripada sesi tersebut, perbincangan lanjut tentang MC telah berlangsung dengan meriahnya semalam. Terima kasih di atas kehadiran TP PM Adib, felo penyelidik SERI serta KJK Dr Norasiken. Banyak potensi penawaran yang diperdebatkan semasa sesi sumbang saran. Mudah-mudahan hasrat yang ditampilkan semasa perbincangan dapat direalisasikan sebaiknya. Tahniah SERI kerana selain MC, institut ini turut merancang penawaran program ODL bagi Sarjana dan PhD Mod Penyelidikan :) #micro-credential #ODL #UKMShape Hari ini saya dan team berkunjung secara maya ke Institut Alam Sekitar & Pembangunan Lestari untuk berkongsi maklumat yang lebih terperinci tentang Program ODL serta Micro-credential. Sesi yang begitu interaktif berselang selikan pelbagai soalan daripada ahli menjadikan ianya sesuatu yang bermakna. Sekalung penghargaan buat semua - Prof Sharifah Zarina, PM Dr Goh, Prof. Rizal, Dr. Tan serta lain-lain kerana sudi meluangkan masa yang agak panjang iaitu sekitar 3 jam untuk membedah siasat kefahaman tentang program ODL. Oleh kerana lebih banyak masa ditumpukan untuk ODL, lalu hasrat untuk segmen kedua iaitu Micro-credential terpaksa ditunda ke lain siaran.
Lestari kini sedang membangunkan satu program Sarjana mod Kerja Kursus iaitu Sarjana Sains Kelestarian. Mudah-mudahan hasrat untuk menawarkan program baharu ini secara ODL akan mendapat restu pengurusan sekaligus menyahut pelataan oleh pihak universiti kepada institut dalam penawaran secara ODL kelak inshaAllah. Allahul Musta'an .. Alhamdulillah setelah beberapa penangguhan tarikh di atas faktor yang pelbagai, akhirnya pertemuan bersama Institut Islam Hadhari berlangsung dengan jayanya.
Mungkin jerayawara ke IIH agak lambat namun saya berbesar hati mendengar perkembangan semasa berkaitan kesediaan mereka untuk menawarkan satu program baharu iaitu Sarjana Psikologi Islam dan Pengurusan secara Open & Distance Learning. Mudah-mudahan bertambah lagi bilangan program ODL UKM, sekaligus meraikan Visi ODL UKM untuk menawarkan program yang fleksibel serta mengintegrasikan teknologi digital dalam memperkasa pembelajaran kendiri pelajar-pelajar ODL. Rentetan daripada itu juga, penawaran Micro-credential turut dibincangkan. InshaAllah akan ada perbincangan selanjutnya selepas ini antara UKMShape dan IIH. Terima kasih kepada semua sahabat dari Institut Islam Hadhari yang telah sudi meluangkan masa bersama kami. Allahul Musta'an .. Alhamdulillah, sesi yang interaktif bersama rakan-rakan dari Institut Kajian Etnik (KITA) UKM. Insha-Allah another ODL program will be offered by KITA i.e., Sarjana Pengurusan Etnik. Semoga dipermudahkan perjalanan .. it's gonna be a long journey indeed .. Sebahagian lagi daripada siri jerayawara ODL dan MC melibatkan pusat dan institut. Hari ini, berkesempatan untuk berkunjung secara maya ke Institut 4IR untuk taklimat penawaran program secara ODL dan micro-credential.
Kebanyakan institut dan pusat sebelum ini lebih banyak memberi tumpuan pelaksanaan program PhD dan Sarjana yang berbentuk penyelidikan. Justeru, bilangan program secara kerja kursus di pusat dan institut boleh dikatakan masih rendah. Perbincangan petang tadi lebih banyak berkisar tentang selok-belok proses dalam penawaran program secara ODL. Ramai yang telah mendengar tentang ODL namun kefahaman yang sebenar tentang program ini masih agak samar-samar. Ada sebahagian pensyarah yang beranggapan bahawa pelaksanaan P&P secara dalam talian seperti praktis sekarang (rentetan daripada keperluan semasa pandemik) adalah ODL. Kefahaman ini agak meleset kerana apa yang berlaku kini hanyalah satu peralihan bentuk pengajaran daripada bersemuka kepada dalam talian. Namun ciri khas yang ada pada program ODL masih belum dipenuhi seperti mana yang digariskan dalam standard MQA sendiri. Itu belum bercerita tentang dokumen COPPA serta keperluan SIM (Self Instructional Material). Alhamdulillah, pertemuan sekitar hampir tiga jam tadi diharap memberi suluhan kepada kefahaman berkaitan ODL serta proses yang terlibat kepada semua yang hadir - Pengarah 4IR, Prof Haslina, Timb Pengarah - PM Dr Hanif, Dr Norshita, Dr Elly, Dr Taha dan lain-lain . UKMShape hanya menjalankan amanah yang diberi bagi memastikan setiap PTJ memulakan langkah ke arah penawaran program secara ODL. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan semua pihak dalam soal ini. Allahul musta'aan .. Alhamdulillah, sempat meluangkan masa bersama Pengarah Institut Perubahan Iklim UKM, PM Dr Zaini Sakawi serta ahli-ahli Dr Maggie, Dr Norsuzlin dan En. Naei'm untuk perbincangan awal tentang penawaran program secara ODL serta potensi pelaksanaan kursus secara Micro-credential.
Sebagai sebuah entiti yang diberikan amanah untuk menyelenggara dan menyelaras penawaran program ODL dan MC, UKMShape terus komited dengan tanggungjawab ini. Meskipun aktiviti dalam pembangunan program ODL memakan masa yang agak panjang serta melalui pelbagai proses di pelbagai peringkat - Pengajaran UKM, Pusat Jaminan Kualiti, JPPA, Senat, JKPT dan MQA, semuanya tidak mustahil untuk dilaksanakan. Alhamdulillah, dua program sarjana daripada Fakulti Pendidikan iaitu Sarjana Pendidikan dalam Teknologi Pendidikan dan Sarjana Pendidikan dan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) akan mula ditawarkan pada bulan Me 2022 ini. Nantikan entri akan datang tentang program baharu ini, inshaAllah. Semangat yang ditunjukkan oleh IPI sememangnya harus diberikan pujian. Saya mendoakan agar hasrat untuk penawarean program Sarjana Perubahan Iklim akan dapat direalisasikan ameen. Terima kasih di atas komitmen masa yang diberi .. semoga Allah jua yang memberi ganjarannya. Insha-Allah, I will be joining the 6th Technology and Innovation International Conference [TECHON 2021] as one of the keynote speakers. As I am currently in charge of Open & Distance Learning program development, so I decided to share my insights on ODL. As to avoid any technical problem occurrence, the keynote speech will be delivered as a pre-recorded presentation. See you there! Look, they have a beautiful teaser video of us! ^___^ Canva bukanlah sesuatu yang baharu. Saya percaya sudah ramai pengguna mengambil manfaat daripada Canva yang menghidangkan banyak template khususnya untuk menghasilkan bahan-bahan grafik; samada dalam format slaid, poster, kad dan bermacam lagi. Namun barangkali antara kelebihan Canva (versi Pro dan Education) yang tidak ramai yang mengambil berat adalah wujudnya peluang untuk kita menghasilkan pembentangan dalam bentuk video berasaskan slaid yang kita bangunkan di Canva. Oh oh .. khusus buat rakan-rakan pensyarah di UKM serta institusi pendidikan tinggi lain, jangan tak tahu yang kita boleh mendapat akses kepada Canva for Education apabila mencipta akaun menggunakan emel rasmi institusi (@edu)! Dengan akaun Canva for Education ini anda boleh menghasilkan video pengajaran semudah A,B,C! Alhamdulillah baru-baru ini saya berkesempatan berkongsi sedikit info bersama rakan-rakan pakar bidang yang terlibat dengan penghasilan SIM untuk program ODL UKM. Semoga sesi ringkas ini memberi manfaat dan ruang untuk berkarya dengan lebih kreatif dan produktif :) Panduan ringkas telah saya sediakan dalam betuk tutorial seperti di bawah. Semoga dapat dimanfaatkan: Alhamdulillah, despite a long and hectic daily schedule, our ODL team and I managed to spare a little time for our first workshop under ODL Essentials for SMEs Series! Creating Learning Materials using Screencasting Technique - We picked up this topic as we are aware that many SMEs need to develop their teaching materials. Screencasting is a simple technique that everybody can apply to create video-based learning materials. If you have presentation slides in your laptop folders, it is time to add some value to them! Using the existing slides, you may enhance the interactivity by adding your explanatory video - and I bet students will appreciate it more! And if you want to show the 'how-to' process, especially when using any tools on your machine, the screencast technique will work wonders! We will continue providing this kind of support to all ODL SMEs. For this first workshop we have about 90 attendees and hoping to have more participants in the future insha-Allah .. See you when I see you guys! :) |
Find categories here
All
Archives
March 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |