Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berpeluang merasai suasana persidangan secara bersemuka, inilah kali pertama saya menghadiri majlis ilmu secara fizikal semenjak hampir setahun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Acara forum merupakan pembuka majlis bagi Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan 2021 anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Tajuk forum selari dengan tema persidangan iaitu 'Pendigitalan Memacu Pentaksiran Pendidikan'. Topik ini merupakan topic of interest saya juga kerana kebelakangan ini saya pernah berkongsi dalam beberapa webinar tentang falsafah dalam pentaksiran serta tidak dilupakan potensi pentaksiran alternatif dalam penglahiran pelajar dengan pakej identiti serta skill set yang mampu mendepani keperluan Revolusi Penrindustrian 4.0. Keberkesanan pentaksiran banyak bergantung kepada proses constructive alignment yang perlu diselarikan sebelum pelaksanaan dijalankan bersama pelajar. Pemilihan dan penentuan domain yang hendak diukur juga memainkan peranan penting bagi memastikan aktiviti penilaian dapat memberi impak yang maksimum. Apabila memperkatakan aspek pendigitalan, teknologi hanyalah bersifat tool yang boleh dimanipulasi untuk menghasilkan kesan yang lebih optimum, sedangkan proses perancangan dan reka bentuk merupakan fasa utama yang bakal menjamin keterserlahan impak ini kepada pelajar. Begitu banyak hendak saya perkatakan namun masa tidak mengizinkan. Namun diharap perkongsian ringkas dapat membuka mata kepada pemilihan pentaksiran yang lebih menjurus kepada sesuatu yang lebih holistik sifatnya, dan bukan hanya terhad kepada penilaian pen and paper semata-mata. Terima kasih LPM selaku penganjur di atas jemputan ini. Seronok juga bertemu dengan orang-orang kuat LPM - sesuatu yang jarang dapat dilakukan dalam acara non formal. #kpm #lembagapeperiksaanmalaysia #alternativeassessment #penilaianbilikdarjah Petikan kamera telefon bimbit saya sejurus sebelum acara Lama tidak berkarya dengan shutter dan aperture .. meski saban semester mengajar kemahiran fotografi bersama pelajar-pelajar UKM. Pemandangan indah nan menakjubkan sekitar senja semalam benar-benar membuat saya rindu untuk mengelek kamera Olympus Pen saya lagi! :) #note9 je
0 Comments
The ASEAN Youth Volunteer Program (AYVP) is a dedicated youth volunteerism platform that intends to create opportunities in knowledge-driven volunteerism, support the exchange of learning experiences, develop capacity, enhance cross-cultural understanding, and forge a sense of regional identity while making a sustainable difference to communities across ASEAN.
This event was cohosted by the Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and the University of the Philippines (UP). Focusing on the theme Strengthening ASEAN Education Delivery Systems in Challenging Times, the e-AYVP Philippines 2021 featured seven (7) ASEAN-focused online webinars, six project management workshops, and 22 masterclasses. This three-week programme, which seeks to build up the leadership qualities of the youth in the ASEAN Region, addressed the multi-dimensional challenges confronting the education sector, especially as occasioned by the pandemic—issues that will require solutions transcending time and space, given its global impact. The AYVP similarly attempts, as it hones the skills of future ASEAN leaders, to tap into volunteerism as a mechanism by which the youth may effectively apply their learnings to their own communities. Am truly honoured to be part of this event and shared some insights on Remote Learning together with my two other fellow colleagues - Dr. Syawal and Dr. Khairul Azhar. |
Find categories here
All
Archives
December 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |