Aduh aduh aduh .. tanda ketuaan yang nyata barangkali .. memori yang tercipta ini sudah agak lama namun baru hari ini tiba-tiba terkenangkan saat ini lalu sempatlah membuat update entri baharu :) Sekitar Bengkel Micro Learning di UUM Sintok suatu ketika dahulu!! Bagaimana agaknya para peserta kita sekarang? Sudah adakah yang mengamalkan Micro Learning dalam merekabentuk P&P mereka? Masa mengejar. Mohon permisi!
0 Comments
Ternyata tahun 2019 merupakan tahun yang agak 'berat' untuk diharungi lantaran urusan kerja yang tidak berkesudahan datang bertimpa-timpa. Mungkin saya perlu membuat refleksi tentang bagaimana saya menguruskan susunatur pelaksanaan kerja tersebut sehingga hampir 'melimpah' ke tepi meja nampaknya! Namun kerana hal yang satu ini merupakan passion saya, maka jemputan ini tidak dapat saya tolak! Insha-Allah saya kembali berkongsi tentang penggunaan teknologi AR dalam pengajaran dan pembelajaran di UiTM Tapah Perak. Kali ini bukan sahaja HP Reveal, tetapi turut melibatkan beberapa aplikasi AR yang lain :) Thinking Like and ID: Empowering Students' Ownership of Learning Using an AR-based application2/15/2019 Perancangan untuk pengendalian bengkel ini sebenarnya telah berlangsung semenjak tahun lepas lagi namun di atas faktor masa dan komitmen yang lain, tarikh bengkel terpaksa dibawa ke tahun 2019. Berbanyak-banyak terima kasih buat kedekanan FST di atas jemputan ini, khususnya PM Dr Azmin, yang secara personal meminang saya ^__^ Melalui bengkel ini, saya berkongsi sedikit maklumat ringkas namun signifikan untuk dihadam oleh setiap yang bergelar pengajar - iaitu tentang Pendekatan Rekabentuk Bersistemik (Systemic Design Approach). Melalui konsep ini, pengajar bertindak sebagai 'doktor' yang bertugas mencari penawar kepada 'penyakit' yang membantutkan pembelajaran pelajar. Sememangnya tidak ada istilah one-size-fits-all apabila kita membincangkan tentang pendekatan dalam aktiviti pembelajaran kerana pelajar kita begitu berbeza dari sudut latar belakang dan prestasi akademik, gaya belajar, malah sikap serta persepsi terhadap sesuatu perkara. Justeru, kepelbagaian ini perlu diraikan dengan harmoni. Untuk menghadirikan situasi yang berpanca warna ini, seorang menuntut ketelitian dan pemikiran kritikal pengajar itu sendiri. Di sinilah, instructional design memainkan peranan yang memberi panduan kepada proses mengenalpasti masalah sebenar (root couse of the problem), bagaimana mereka bentuk pengalaman pembelajaran dengan mengambil kira kepelbagaian pelajar dan seterusnya membuat penilaian terhadap keberkesanan aktiviti tersebut. Adalah tidak kurang pentingnya untuk seseorang pengajar berfikiran reflektif bagi membolehkan proses penambahbaikan dilakukan dari semester ke semester. Segmen kedua pula menyentuh tentang penggunaan Augmented Reality sebagai salah satu aktiviti yang boleh memberi empowerment kepada pelajar dalam menghasilkan sesuatu tugasan sekaligus melalui penglibatan yang berterusan dalam proses tersebut akan meningkatkan kefahaman serta self-esteem mereka. Terima kasih buat semua rakan pensyarah yang sudi mendengar dan berkongsi pengalaman serta menunjukkan komitmen yang mantap. Mudah-mudahan ada bekal yang berguna, biarpun sedikit namun bermakna! It's undeniable that many researchers had used AR in their teaching and learning and many studies had been done to examine the effects of using AR on students' motivation, self-confidence etc. But it remains unclear of how students can demonstrate their construction of knowledge when they were given a task to develop their own AR project. This is among the issues being discussed during the workshop at Asia Pacific University. Oh I had a good time conducting the session. What more when all the attendees were so sporting and energetic! Thanks APU for the invitation - particularly Miss Intan, and Dr Tan who showed me the true meaning of hospitality! Hope to see you again and happy AR-ing everyone! ^__^ These are short answers of what the participants thought about ML after they were introduced to the concept of ML: Participant A: Learning through interactive format makes retention rate higher Participant B: Enables the teacher to reach the students at a faster and more convenient pace for both teacher and learner Participant C: "natural way of learning" as it focuses only one learning objective at any one time Participant D: Micro learning promotes learners' autonomy at which they take responsibility for what they learn Participant E: Enables the teacher to reach the students at a faster and more convenient pace for both teacher and learner Participant F: Has only one learning objective & presented in a short time Participant G: An alternative way for teachers to deliver information in more concise way for better understanding. ^__^
Here's an example of how a Micro Learning can be used to explain a concept:
In a Padlet below, please share the link to your Micro Learning content (^_____^)
Download your notes here:
|
Find categories here
All
Archives
December 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |