Jemputan daripada sifu saya PM Azidah Abu Ziden, Timbalan Pengarah aka mak tiri dari Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik atau The Centre for Development of Academic Excellence (CDAE) USM. Kali ini slot bagi mengisi slot bersama para pensyarah muda USM. Dan saya diminta untuk berbicara tentang Augmented Reality. Lalu saya berfikir bahawa tajuk AR semata-mata mungkin kurang bermakna tanpa dikaitkan dengan aspek kemenjadian pelajar. Hal ini kerana, AR hanyalah merupakan satu teknologi yang boleh dimanipulasi untuk tujuan pelbagai namun apalah erti penggunaan teknologi tanpa hala tuju dan falsafah yang sebenar? Lalu saya cuba mencantumkan aktiviti pelajar dalam AR dan bagaimana penglibatan dalam projek ini dapat digunakan untuk membantu membangun kapasiti kemahiran Abad ke- pelajar - satu perkongsian berdasarkan praktis saya sendiri bersama para pelajar saya. Sebahagian daripada refleksi peserta:
0 Comments
Acara ini lebih kepada sesi suka-suka kerana pengisian yang diberi adalah bersifat 'lite and easy'. Geng Taro bermula kisahnya semenjak pandemik tahun nan sudah dan kekal hingga ke hari ini malah kami ada WhatsApp group tersendiri. Alhamdulillah sambutan yang baik sehingga full house katanya! Semoga perkongsian santai ini dapat dimanfaatkan oleh semua dalam mencari idea-idea kreatif khususnya dalam penghasilan bahan video untuk tujuan P&P. Sesungghunya kita ini pengkarya. Jika dibiarkan masa berlalu tanpa apa-apa inovasi, tentu sahaja hidup ini terasa begitu sebu dan membosankan. Lalu ayuh, kita sama-sama mencuba something new and fresh dan jangan takut untuk mencubanya bersama kumpulan pelajar anda. Satu prinsip saya semenjak sekian lama sebagai seorang educator, kita perlu ada spirit 'reflective practice' jika ada yang tidak pasti tentang konsep ini boleh try cari dan baca tulisan Schön. OK, saya kongsikan satu bab dalam penulisan yang suka gemari di bawah semoga bermanfaat! :)
Webinar ini merupakan webinar kali kedua saya bersama Fakulti Sains & Teknologi Maklumat (FTSM). Setahun yang lalu, saya dijemput untuk bercakap tentang TIps & Tools for Online Teaching manakala untuk webinar kali ini saya diminta mengupas isu-isu berkaitan kepelbagaian pentaksiran untuk P&P dalam talian. Lalu saya memilih untuk memfokuskan kepada aspek Penilaian Alternatif. Terima kasih Dr Syaimak, Penolong Dekan Pengajaran FTSM di atas jemputan ini. Ianya lebih bersifat perbincangan dan perkongsian, justeru saya merasakan banyak sekali potensi dalam penilaian alternatif yang boleh diterokai bersama dan disesuaikan dengan bidang pengajaran masing-masing. Semoga ada manfaatnya buat semua :) The ASEAN Youth Volunteer Program (AYVP) is a dedicated youth volunteerism platform that intends to create opportunities in knowledge-driven volunteerism, support the exchange of learning experiences, develop capacity, enhance cross-cultural understanding, and forge a sense of regional identity while making a sustainable difference to communities across ASEAN.
This event was cohosted by the Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and the University of the Philippines (UP). Focusing on the theme Strengthening ASEAN Education Delivery Systems in Challenging Times, the e-AYVP Philippines 2021 featured seven (7) ASEAN-focused online webinars, six project management workshops, and 22 masterclasses. This three-week programme, which seeks to build up the leadership qualities of the youth in the ASEAN Region, addressed the multi-dimensional challenges confronting the education sector, especially as occasioned by the pandemic—issues that will require solutions transcending time and space, given its global impact. The AYVP similarly attempts, as it hones the skills of future ASEAN leaders, to tap into volunteerism as a mechanism by which the youth may effectively apply their learnings to their own communities. Am truly honoured to be part of this event and shared some insights on Remote Learning together with my two other fellow colleagues - Dr. Syawal and Dr. Khairul Azhar. Jika ingin melahirkan sebarang perubahan yang efektif serta keputusan yang tuntas serta selari dengan keperluan sistem, maka musyawarah tentulah satu kewajipan yang perlu dilazimi di setiap peringkat. Ini bukanlah kali pertama kami mencuri ruang untuk bersemuka bersama Prof TNC Akademik & Antarabangsa kami. Namun agenda pada pertemuan kali ini agak menuntut penaakulan yang komprehensif serta kebitaraan dalam membuat keputusan.
Di UKM, kemasukan pelajar ke program akademik di peringkat prasiswazah, selain melaui saluran UPU, calon-calon juga boleh memohon melalui Saluran UKM-i atau UKM International. Meskipun namanya International, saluran ini juga menerima sekian banyak permohonan daripada pelajar tempatan. Ada sebilangan calon yang memohon merupakan mereka yang tidak mempunyai kelayakan SPM. Hal ini disebabkan beberapa faktor, misalnya keberadaan mereka di luar negara menyebabkan kelompok ini perlu melalui sistem persekolahan luar negara. Mengikut praktis di UKM sebelum ini, calon-calon yang tidak memiliki kelayakan SPM akan diberikan tawaran bersyarat di mana mereka perlu menduduki SPM sekurang-kurangnya untuk subjek Bahasa Melayu dan Sejarah (minimum kelulusan perlu kredit). Namun demikian, MQA sebenarnya telah mengeluarkan senarai Kelayakan Masuk bagi Pelajar Antarabangsa bagi membolehkan Penilaian Kesetaraan Kelayakan Masuk ke Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia dilaksanakan. Justeru, calon-calon yang tidak memiliki kelayakan persekolahan Malaysia boleh diterima untuk memasuki program akademik di universiti di Malaysia dengan syarat sijil persekolahan yang dimilik tersenarai di dalam senarai keluaran MQA tersebut. Maklumat lanjut boleh diperolehi DI SINI. Dengan ertikata lain, mulai sekarang calon-calon yang mempunyai kelayakan persekolahan antarabangsa boleh memohon dan memasuki program di UKM (melalui saluran UKM International). Namun sebagai sebuah universiti watan yang menyanjung Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, satu program Bahasa Melayu telah dikenalpasti sebagai satu kursus wajibyang perlu diduduki oleh calon-calon program UKM-i yang berstatus audit. InshaAllah perkara ini akan mula dilaksanakan menjelang Semester 2 2021/2022. Terima kasih sekalung budi buat Prof TNC di atas perkongsian idea bernas :) |
Find categories here
All
Archives
December 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |