Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Sharing on Micro-credentials

12/22/2023

0 Comments

 
Picture

We had been discussing the date for this sharing session for months and we finally came to a mutual agreement :) 

My heartfelt thanks to Prof Dom, a friend from the Philippine Normal University, for initiating this collaboration between UKMShape and the College of Flexible Learning (CFlex). It has been a great pleasure to meet Prof Celia, the Dean of CFlex, who also attended the webinar. 

We talked about the concept of Micro-credentials, its benefits, the design and principles of good Micro-credentials, and possible credit transfer, specifically in the context of Malaysian Higher Education. 

Hopefully, the session provided a better insight into the philosophy of Micro-credentials, especially when it comes to supporting lifelong learning. 


#micro-credentials #design #principlesofmicrocredentials #trainingonmicrocredentials 
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Workshop  on  Micro-credentials

12/21/2023

0 Comments

 
Picture
Picture

It is not an easy job, but I suppose if you do not put in any effort, nothing will come your way. As part of our support to all subject matter experts who are developing their Micro-credentials, we organized a 2-day workshop. 

The workshop intended to provide our SMEs with the current template of MC module development, demonstrate the feature (H5P) available in Moodle, and show how to plug content into our Learning Management System (e-Course).

I was so glad to see many familiar and unfamiliar faces attend the session. Some were in the phase of developing their modules, and some had not started anything yet but were enthusiastic to venture into MC. 

Hoping to see more MC offered in 2024 inshallah and see you again in the next series of workshops :) 

#microcredential #workshop #training
0 Comments

Micro-credential Education Summit

6/4/2022

0 Comments

 
Picture
Di dalam susunan jadual harian yang padat, saya menerima jemputan untuk hadir ke majlis ini. Satu acara yang menarik di samping pengisian yang bermanfaat. Terima kasih kepada penganjur di atas undangan ini. Masih terlalu panjang perjalanan Micro-credential khususnya untuk UKM! 
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Perjalanan ke Hilton Hotel dari Putrajaya amat mudah. Saya dan Dr Azlin memilih untuk menaiki ERL sahaja. Uh .. bertahun tidak menjejak KL Sentral lalu lihatlah jakunnya orang tu berdua kat bawah haha!
Picture
Ketibaan kami di Putrajaya Sentral disambut pula oleh pelajar Sarjana Dr Azlin - Amin & Yat. Alhamdulillah .. saya dihantar terus ke rumah .. terima kasih ye! 
Picture
0 Comments

Inbiosis

5/28/2022

0 Comments

 
Picture

Menerima kunjungan daripada INBIOSIS UKM - PM Dr Ain bersama Dr Halida untuk perbincangan lanjut berkaitan penawaran dua kursus micro-credential. Ini merupakan lanjutan daripada bengkel pembangunan dokumen Micro-credential yang telah diadakan di awal Ramadhan tempohari. 

Alhamdulillah usaha yang membuahkan hasil. InshaAllah UKMShape akan memberikan khidmat terbaik bagi memastikan penawaran kursus micro-credential UKM dapat dilaksanakan dengan jayanya :)



0 Comments

Lagi tentang Micro-credential

4/27/2022

0 Comments

 
Picture

Ada yang ketawa sinis apabila pada suatu ketika dahulu saya maklumkan yang kami di UKM sedang dalam proses start up ODL dan MC. 

"Start up? Wow .. hahaha!" 

Well what can I say when it was the truth bro! Sememangnya kami di UKMShape membantu aspek pengkomersialan bagi kedua program ini so tidak salah kiranya jika itulah yang saya maklumkan. 

Anyway, ODL telah hampir sampai ke penghujung bagi satu program rintis di mana kami akan mula menerima kemasukan pelajar baharu sejurus selepas Aidil Fitri. Manakala bagi MC pula masih ada saki-baki proses yang perlu diberesi sebelum penawaran secara komersial dapat dimulakan. 

Saya berterima kasih. kepada team Business Development UKMShape - En Shamsul, En Hanif serta Pn Afiqah yang begitu berdedikasi dalam menghasilkan costing bagi MC UKM. 

Ianya tidak mudah. 
Banyak rujukan sana-sini perlu dilaksanakan. 
Ianya juga bukan sesuatu yang mudah dipersetujui. 
Kami masih bertanya itu ini. 

Apapun, sehingga catatan ini ditulis, saya berpuas hati dengan cadangan daripada team BD ini. Let's see how it goes ye ..! 

Allahul musta'an.
0 Comments

Bengkel  Micro-credential

4/27/2022

0 Comments

 
Picture
Ianya tidak mudah untuk menggerakkan penyediaan dokumen untuk kursus Micro-credential meskipun ia tidak serenyah penyediaan dokumen untuk program ODL .. namun sudah pasti memerlukan satu himpunan masa yang khusus terdedikasi untuk kerja-kerja berkaitan. 

Menyedari keperluan ini, UKMShape telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan bengkel ini di pertengahan Ramadhan. Meskipun pada awalnya jumlah yang mengatakan persetujuan untuk hadir jauh lebih ramai namun kami perlu akur dengan faktor yang tidak dapat dielakkan khususnya apabila ada sebilangan yang positif Covid 19. 

Saya benar-benar terhutang budi kepada Dr Keff, Timbalan Pengarah Pengajaran UKM di atas kesudian menerima undangan untuk sama-sama berkongsi tentang pembangunan dokumen MC kepada para peserta. 

Di penghujung hari, kami menikmati ifthar bersama-sama. Alhamdulillah, seronok mengenali lebih ramai sahabat baharu dari PTJ yang berbeza. 

Allahul musta'an. 
0 Comments

Micro-credential  - Inbiosis

4/9/2022

0 Comments

 
Picture
Picture

Lagi sesi taklimat merangkap konsultansi berkaitan penawaran kursus secara Micro-credential dan kali ini berkesempatan untuk bersama-sama rakan pensyarah daripada Institut Biologi Sistem atau INBIOSIS. Sesi dihadiri oelh para felo dari institut terbabit dikepalai oleh Timb Pengarahnya PM Dr Syarul Nataqain atau lebih mesra disapa Dr Ain. 

Menurut Dr Ain, setelah beberapa kali mendengar maklumat tentang Micro-credential dan program Open & Distance Learning lewat bengkel di Seri Pacific Kuala Lumpur dan di Royale Chulan Seremban, beliau dan team lebih jelas tentang halatuju penawaran kedua-dua jenis program ini. 

Malah lebih menyemarakkan lagi perbincangan, INBIOSIS turut berminat untuk menawarkan Sijil Profesional dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.  

Mudah-mudahan ini bukanlah penamat kolaborasi antara INBIOSIS dan UKMShape, sebaliknya menjadi titik tolak kepada lebih program pada masa mendatang inshaAllah :) 

​
0 Comments

Bengkel Pelan Strategik

4/5/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Perancangan dan Halatuju APEL, ODL, Micro-credential dan Sijil Profesional sempena jemputan daripada pejabat Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UKM sehari sebelum Ramadhan. 

Pembentangan mengenai perkembangan semasa bagi setiap program perbincangan tentang halatuju serta sasaran merupakan sesi yang bermakna. Pelataan kepada setiap Pusat Tanggungjawab perlu dilunasi dan direalisasikan oleh pihak PTJ. UKMShape sebagai sebuah pusat yang berrtanggungjawab untuk membantu pelaksanaan program akan terus komited dalam memberikan apa jua bentuk sokongan yang diperlukan demi menjamin objektif dan sasaran dapat dicapai sepertimana yang dirancang. 

Melalui bengkel ini, perbincangan berpusatkan sekitar program APEL, Micro-credential, Sijil Profesional serta ODL. Alhamdulillah, pelantar untuk pelaksanaan MC serta SP telah siap dibangunkan di pihak UKMShape. Kami hanya menunggu pakar bidang untuk mendapatkan kelulusan Senat untuk penawaran MC serta SP. 

Manakala untuk program ODL, tidak dinafikan bahawa tempoh masa yang diperlukan untuk sesebuah program itu dibangunkan sehingga mendapat kelulusan JKPT agak panjang sehingga melepasi tempoh 1 tahun. Namun tempoh yang panjang ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menidakkan potensi program ODL ini. Hal ini kerana, ODL UKM merupakan satu bentuk program yang dibangunkan berpaksikan kepada COPPA-ODL yang digariskan oleh pihak MQA. It is about Open & Distance Learning, dan tentunya ada standard tertentu yang perlu dipenuhi secara tuntas misalnya keperluan menyediakan Self Instructional Materials (SIMs) serta infostruktur yang kondusif untuk menyokong pembelajaran kendiri. 

Mungkin ada juga yang berpendapat bahawa - kalau dah mengajar secara online, maka inilah ODL! 

Mohon maaf semua, kefahaman ini saya kira meleset sama sekali. Sila rujuk panduan ODL oleh MQA untuk kefahaman lebih lanjut. Kepada mana-mana IPT yang berminat untuk menawarkan program ODL juga diharap dapat membezakan antara Open & Distance Learning yang sebenar dengan 'simply' Online Distance Learning. Kaedah yang kedua iaitu Online Distance Learning hanyalah merujuk kepada pelaksanaan pengajaran secara dalam talian (seperti yang kita lalui semasa suasana pandemik ini) di mana kurikulum serta COPPA masih menggunakan COPPA program konvensional. Dan apabila pandemik berakhir, pelaksanaan program ini perlu dilaksanakan secara bersemuka (sekurang-kurangnya sebanyak 40%) kerana inilah hakikat yang ada di dalam COPPA program konvensional. Namun kerana keperluan semasa suasana pandemik, maka ianya kelihatan seperti everything can be delivered online. Sedangkan untuk program ODL yang menggunakan COPPA ODL, pelaksanaan serta delivery boleh berlaku 100% dalam talian meskipun tiada lagi pandemik kerana sifatnya memang begitu, selari dengan falsafah ODL itu sendiri untuk menyokong life long learning serta memberikan pengalaman pembelajaran yang fleksible buat pelajar-pelajarnya. 

Another advantage of the ODL program is that, international students can opt for either full time or part time modes. This is something that never happens in the conventional program - through which, international students have no choice other than choosing full time mode.  In ODL program, international students also do not have to be in Malaysia during their study years. This is how ODL guarantees flexibility you see! 


Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. 

Namun tidak dinafikan juga dari perspektif komersial, masa yang panjang tentu akan menjejaskan operasi. Walau bagaimanapun saya percaya pelaburan ini tentu akan memberi pulangan apabila tiba masanya. It's just a matter of time. Lalu kita jangan terlalu gopoh dan terburu-buru sehingga membelakangkan kualiti dan intergriti. ODL UKM merupakan satu program yang direkabentuk secara tersusun kerana kami mengutamakan keselesaan kepada pelajar-pelajar serta kami menjamin pengalaman pembelajaran kendiri yang lebih bersistematik. Selari dengan tagline kami: 

FUTURISTICS EDUCATION BY THE EXPERTS!

Thanks Prof Mad, our TNCAA who never fails to shower us with his tremendous and endless support!

​#odlukm #micro-credential #ukmshape 
0 Comments

Institut  Penyelidikan  Tenaga  Solar

3/17/2022

0 Comments

 
Picture
Picture

Saya mula mengenali PM Adib - Timbalan Pengarah SERI semasa kami sama-sama menghadiri Bengkel Pelataan Penjanaan di Seri Pacific beberapa minggu yang sudah. Pada bengkel tersebut saya membentangkan tentang Micro-credential serta potensinya untuk ditawarkan oleh semua PTJ di UKM. 

Rentetan daripada sesi tersebut, perbincangan lanjut tentang MC telah berlangsung dengan meriahnya semalam. Terima kasih di atas kehadiran TP PM Adib, felo penyelidik SERI serta KJK Dr Norasiken. 

Banyak potensi penawaran yang diperdebatkan semasa sesi sumbang saran. Mudah-mudahan hasrat yang ditampilkan semasa perbincangan dapat direalisasikan sebaiknya. 

Tahniah SERI kerana selain MC, institut ini turut merancang penawaran program ODL bagi Sarjana dan PhD Mod Penyelidikan :) 

​#micro-credential #ODL #UKMShape 
0 Comments
    Picture

    free website counters

    Find categories here

    All
    21st Century Skills
    4IR
    Active Learning
    Alternative Asssessment
    Analysis Software
    Animation
    Apple Teacher
    AR Cards
    Assessment
    Asynchronous
    Augmented Reality
    Bengkel
    Biteable
    Blended Learning
    Blippar
    Blogging
    Button Badge
    Camtasia
    Canva
    Citizen Journalism
    Community Of Practice
    Conference
    Content Creation
    Content Curation
    Creative Common Copyright
    Creative Commons Copyright
    Cyber Security
    Digital Education
    Editting
    Edutech
    E Learning
    E-Learning
    Emergency Remote Teaching
    Examiner
    Feedback
    Feedback On Workshop
    Filmora
    Flipgrid
    Format Generator
    Forum
    Google Drive
    Google Forms
    Green Screen
    I Folio
    I-Folio
    Instructional Design
    IPad Pro
    Keynote
    Keynote Speech
    Latihan
    Macbook
    Memasukkan Proforma Ke I-Folio
    Metaverse
    Micro Credential
    Micro-credential
    Micro Learning
    Mobile
    MOOC
    Movie Maker
    Mpbile Apps
    Nitro
    Nvivo
    ODL
    Online Assessment
    Online Class
    Opemn & Distance Learning
    Open & Distance Learning
    Open Learning
    Padlet
    PDF To Word
    Photos
    Photoshop
    Piktochart
    Poster
    Powtoon
    Prezi
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Remote Learning
    Screencast
    Sijil Profesional
    SIM
    SMEs
    Social Media
    SoTL
    SPSS
    Study UKM
    Supervision
    Synchronous
    Tips And Tools
    Training
    Trello
    Turnitin
    Tutorial
    UKM International
    UKMShape
    Video
    Wakelet
    Web 2.0
    Webinar
    Weebly
    Workshop
    YouTube Channel
    Zoom

    Archives

    August 2024
    December 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    November 2022
    August 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    August 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    January 2020
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    June 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    May 2017
    March 2017
    February 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014

    Links

    i-folio
    i-direktori  
    Maklum balas dan aduan
    Gerbang SMS
    Direktori Akademik UKM
    Webmail  
    Papan Digital UKM
    PTSL
    Kalendar Acara Universiti
    Logo UKM 
    Penerbit UKM
    Repositori Artikel Journal
    e-Repositori Penerbitan  
    UKM e-journals

    Links  to Web 2.0 Apps 

    Web 2.0 Cloud Storage
    Google Drive
     
    Dropbox 
    SkyDrive  

    Web 2.0 Sharing & Creation Tools
    Weebly
    WordPress  
    Blogger  
    Youtube  
    Camtasia  
    Jing 
    Raptivity
    Slideshare 
    Evernote 
    Flipsnack
    Scribd 
    Socrative 
    LectureMaker 
    Blendspace  
    ​
    PowToon 

    Web 2.0 Social Networking
    Facebook 

    Edmodo  
    Schoology  
    Linkedin 
    Twitter

    Web 2.0 Sharing & Knowledge

    Pinterest
     
    Scoop it
    Tumblr 

    Web 2.0 Interactive Board
    Padlet  
    Educreations 

    RSS Feed

    Website Counter
    Creative Commons License
    This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
    Based on a work at www.farizakhalid.com.

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks