Cerita minggu nan lalu. Saya bertemu dengan kumpulan pensyarah-pensyarah yang sangat havoc dan energetic di UiTM Tapah! Pada asalnya saya bercadang untuk menunda bengkel ini ke satu tarikh lain kerana sedikit faktor teknikal, namun dimaklumkan penganjur yang sudah ada peserta yang mendaftarkan diri untuk menghadiri bengkel tersebut. Tidak sampai hati pula menghampakan harapan orang, lalu perancangan tersebut diteruskan juga. Saya bertemankan pelajar PhD - Syaida. Kebetulan ulang tahun kelahirannya baru sahaja berlangsung jadi kami mengambil kesempatan meraikannya secara sederhana :) Jika sebelum ini saya banyak menggunakan HP Reveal untuk penghasilan bahan AR, kali ini saya bawakan Blippar sebagai hidangan. Sebelum bengkel diteruskan dengan aktiviti penghasilan AR, saya meninjau persepsi peserta-peserta bengkel tentang tahap kesukaran menghasilkan bahan AR. Dalam skala 1 hingga 10, rata-rata memberikan skor 8-9. Namun, persepsi berubah sekelip mata setelah masing-masing berjaya menghasilkan Blipp sendiri. Skala 2 menjadi pilihan! Begitulah, sebenarnya tidak sukar untuk menghasilkan bahan AR, namun yang lebih sukar sebenarnya adalah bagaimana hendak merancang isi kandungan dalam setiap 'overlay video' yang akhirnya dapat membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran yang disasarkan. Pendekata, untuk menjadikan pembelajaran sesuatu yang imersif, segala aktiviti yang dirancang haruslah menekankan aspek pelajar atau learner-centered. Pengalaman saya memberikan tugasan membangunkan bahan AR kepada pada pelajar seringkali mendapat sambutan yang sangat positif serta impak pembelajaran yang melebihi jangkauan. Jadi, gunakanlah teknologi ini sebaiknya. AR hanya perencah rasa - tidak perlu berlebihan, cukup sekadarnya sahaja. Jadi, terpulanglah kepada kebijaksanaan pengajar untuk mereka bentuk pengalaman pembelajaran yang bermakna buat para pelajar mereka :) Jutaan terima kasih buat pihak penganjur di atas jemputan ini. I had a wonderful time, and I do hope that you did too!
0 Comments
Leave a Reply. |
![]() Find categories here
All
Archives
December 2020
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations ![]() This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |